Ikut AiTotYati

Showing posts with label Tama. Show all posts
Showing posts with label Tama. Show all posts

29.8.13

HI, BOLEH BERKENALAN?

Ai ni  bela 3 ekor kucing betina tapi kebanjiran kucing-kucing jantan tak dapat dikawal. dulu ada Bleki, takde jantan kabaret berani datang sebab nanti mesti Bleki lawan tapi sejak Bleki mati, dah takde abang kawasan nak jadi pelindung.


walaupun Ai letak Snowi Tama dan Comot dalam sangkar tetap ade yg berani lepak depan sangkar tu.
apatah lagi kalau Ai lepaskan Tama dan Comot, uiiii lagi ramailah yang ngorat.

gambar 1
 dalam gambar 1, waktu ni Ai baru keluar pagar rumah nak menuju ke tempat menuntu ilmu. sekali Ai kuar, kucing jantan tu terus panjat pagar rumah. amboi pantas betul dia tau Ai nak keluar ye. tapi masa ni Ai tak keluarkan kucing dari kandang. kurung je untuk elakkan kena ngorat.

gambar 2
 dalam gambar 2, itulah senario yang berlaku bila Ai lepaskan Tama dan Comot. Tama di sebelah kanan manakala Comot di sebelah kiri. depa memang suka lepak atas tembok tu. angin sepoi-sepoi bahasa katanya.


gambar 3
haaaa ni dalam gambar 3, kucing jantan cuba mengorat Tama. Tama sebelah kanan manakala kucing jantan sebelah kiri. ini bukan kucing dalam gambar 1 tapi kucing lain tau. Tama jual mahal je tapi si jantan ni tak putus asa. mana Tama pergi kat situlah si jantan ni ade.

Comot tengah bunting sekarang. yang Ai risau tu Comot belum berusia setahun pun lagi baru 7bulan. harap2 nanti kalau beranak, anak2nya hiduplah.

betulla, bukan senang nak jaga anak ni walaupun anak kucing. Ai tak sanggup nak mandulkan kucing2 ni. kesian sebab mereka pun benda hidup.

26.6.13

HARI RABU TAK NAK CAKAP BANYAK

Snowi dan anaknya Tama. tengok kaki tama

mmg hobi Tama duduk lepak gini

tengok, kakinya ala2 buat split kot

Snowi yg setia menanti tuan lelaki pulag ke rumah

4.6.13

HOBI TAMA

hai kawan2.

di rumah Ai skrg hanya ada 3 ekor kucing; Snowi, Tama dan Comot.

pada minggu lepas semasa kami di pantai timur, Snowi telah beranak dalam jagaan Dr M. tapi kelahiran pra matang, ada 5 ekor semuanya. semua pun mati. aunti suzie (isteri Dr M) beritahu yang anak2nya ada 3ekor kaler hitam, lagi 2 ekor kaler macam comot. huhuuhu sayangnye kaler hitam tu. kalau tak, dah ade pengganti Bleki. takpelah, Ai terima dengan redha takde rezeki kami nak tengok anak2 kucing tu.


saje nak habaq, ni hobi Tama

photo was taken yesterday

photo was taken this morning

perkara yang amat2 Ai perasan apabila kami lepaskan Tama keluar dari sangkar dan kemudian Tama masuk dalam rumah, selipar Ai tu yang Tama akan terkam dulu. ntah ape ntah syoknye tu. best giler kot sampai boleh hidu2, gigit2 dan main dengan selipar tu.

bolehkah dipanggil selipar busuk Tama? (eh tapi selipar ni Ai yang punye)

8.5.13

BLEKI & MYCOPLASMOSIS: HITAM TAPI KUNING DAN VAKSIN PERTAMA BUAT TAMA & COMOT


Bleki menyendiri.
tidak seperti biasa gagah berlari sana sini.

Bleki dalam bilik pemeriksaan

Bleki macam tahu bakal ditinggalkan.
Bleki merajuk taknak pandang kamera

Bleki kena jangkitan bakteria mycoplasmosis.
semalam hantar klinik sebab tengok kulit, mata dan telinga bertukar menjadi kuning.
lepas hantar Bleki tengahari tu, petang kami bawa Tama dengan Comot untuk divaksin buat kali pertama. dan melawat Bleki dalam wad kucing.
Bleki di bawah. atas tu kucing orang lain.
Nampak tak iv drip tu. ye Bleki masuk drip sebab berat turun dan dia tak mkn atau minum.
kos rawatan Bleki semalam:

ujian darah: RM150
masuk wad: RM100 untuk satu malam yang merangkumi penjagaan, rawatan dan masukkan iv drip tu
Ai baru bayar deposit RM100 untuk rawatan Bleki semalam.
lihat tangan Bleki yang masuk drip dibalut supaya Bleki tak jilat


ini Tama. anak saudara Bleki.
Comot tiada dalam gambar kerana kami letak dalam carrier


kos rawatan Tama dengan Comot pula:
vaksin : RM45 x 2 ekor
ubat cacing: RM2 x 2ekor
ubat kutu: RM20 x 2
Total: RM138


semoga Bleki cepat sembuh. kawan-kawan doakan ye

29.1.13

PINDAH LAGI?

bukan Ai laaaa...
ni haaa si Snowi ni dok usung anak2nye g ke ruang tamu pula.
kejadian ini berlaku malam tadi.

enJekjek dah masuk tidur sementara Ai membuat kerja di bilik kerja Ai. bila nak masuk tidur lalu ruang tamu Ai terdengar anak kucing mengiau. Ai pasang lampu nampaklah Snowi tengah menyusukan anak2nya sementara Chiki berada di bawah. aduhai Snowi.
 janganle buat camtu lagi. Chiki dah kuat untuk berjalan. Ai rasa maybe Chiki jatuh dari sofa kot.
haish kalau Ai tak nampak ni agak2 esok pagi kat manalah Chiki?
Bleki? dia reti tengok je. coffee table tu mmg port Bleki. sbb tu Bleki ada kat situ.


lepas tu tengahari tadi Snowi migrate lagi. kali ni di ceruk banat kat kaki kipas tepi meja komputer.
sila abaikan dinding rumah Ai yang terkopek2 tu. dinding ni bersebelahan dengan bilik air. kelembapan membuatkan cat tertanggal. uish jenuh Ai nak alihkan Snowi dan anak2nya dalam kotak semula.

esok nak pindah mana lagi Snowi?

25.1.13

AMANAH ALLAH

salam jumaat readers.
semoga Jumaat ini membawa keberkatan kepada kita semua.

short updates of my little Snowi & Bleki (hahahah little la sangat dah jadi mak pak)

 februari ini Snowi & Blek akan berusia setahun. aish Snowi tak setahun lagi dah beranak 7 tapi tinggal 5 ekor. Snowi pandai bela anak2 nya. pandai nak susukan, pandai mandikan, pandai bersihkan dan yang penting pandai sorokkan anak-anaknya daripada pandangan kami. jenuh cari kat tepi komputerlah, belakang dekoder astrolah, bawah almari bukulah, belakang peti sejuklah. tak pasal2 Ai kena rajin sedut bahagian2 tu yg kadang2 sebulan sekali je kot vacum. hihihihih


dalam gambar hanya ada Tama, Chiki and Rayyan. Toby dan Miko masih belum buka mata dan tak reti nak duduk diam bila nak tangkap gambar. Bleki itu adalah abang kepada Snowi tapi biasalah sumbang mahram antara binatang. anak2 Snowi baru berusia 15hari. heee baru 2minggu baru pandai buka mata. jalan tak berapa lagi.

itu sahaja. nanti2 update lagi.
babai.