Ikut AiTotYati

Showing posts with label penyakit kucing. Show all posts
Showing posts with label penyakit kucing. Show all posts

8.5.13

BLEKI & MYCOPLASMOSIS: HITAM TAPI KUNING DAN VAKSIN PERTAMA BUAT TAMA & COMOT


Bleki menyendiri.
tidak seperti biasa gagah berlari sana sini.

Bleki dalam bilik pemeriksaan

Bleki macam tahu bakal ditinggalkan.
Bleki merajuk taknak pandang kamera

Bleki kena jangkitan bakteria mycoplasmosis.
semalam hantar klinik sebab tengok kulit, mata dan telinga bertukar menjadi kuning.
lepas hantar Bleki tengahari tu, petang kami bawa Tama dengan Comot untuk divaksin buat kali pertama. dan melawat Bleki dalam wad kucing.
Bleki di bawah. atas tu kucing orang lain.
Nampak tak iv drip tu. ye Bleki masuk drip sebab berat turun dan dia tak mkn atau minum.
kos rawatan Bleki semalam:

ujian darah: RM150
masuk wad: RM100 untuk satu malam yang merangkumi penjagaan, rawatan dan masukkan iv drip tu
Ai baru bayar deposit RM100 untuk rawatan Bleki semalam.
lihat tangan Bleki yang masuk drip dibalut supaya Bleki tak jilat


ini Tama. anak saudara Bleki.
Comot tiada dalam gambar kerana kami letak dalam carrier


kos rawatan Tama dengan Comot pula:
vaksin : RM45 x 2 ekor
ubat cacing: RM2 x 2ekor
ubat kutu: RM20 x 2
Total: RM138


semoga Bleki cepat sembuh. kawan-kawan doakan ye

26.2.13

BLEKI NAK BUAT PHD?





itu Bleki. 
Bleki suka nak mengacau kalau Ai tengah buat kerja.
Bleki selalu buat muka comel. hihihihi
gambar satu hingga lima menunjukkan Bleki duduk atas jurnal paper yang Ai tengah baca.
Bleki nak cari port tidur laaa tu.
Bleki Bleki.

bila Ai marah Bleki, dia merajuk pergi turun ke bawah meja. alololo siannye


Bleki di luar rumah.
lepak la apa lagi.
mata sepet pasal sedang menghayati angin sepoi-sepoi bahasa.

semalam bawa Bleki ke klinik sebab kaki Bleki bengkak. sebelum check, timbang dulu. Berat Bleki ialah 3.9kg!!! wooo patutlah berat.

Bleki dapat injection sebab dia demam. nak balik Bleki dapat 2jenis pil iaitu pil untuk kurangkan radang dan antibiotik. doctor kata maybe sebab infection dari kucing yang bergaduh dengan Bleki minggu lepas.

semalam bawa juga Snowi. Snowi pun dapat ubat juga. Doctor kata fungus di kulit Snowi tu mungkin dapat masa Snowi di boarding house yang tak bertauliah tu. ye memang kami perasan lepas kami tinggalkan Snowi masa gi jepun tahun lepas, Snowi ade fungus. tapi semalam chcek Doctor kata dah tak nampak, maybe sebab kami dah sapukan ubat atas fungus tu.

owh total rawatan semalam ialah RM113.
2minggu lepas masa bawa arwah Chiki, Bleki n Snowi kena RM189+RM79

ye bulan ini memang bulan anak2 Ai sakit. 
semoga Bleki dan Snowi akan cepat sembuh.
Sian Bleki jalan terdengkot-dengkot