Ikut AiTotYati

Showing posts with label vaksin kucing. Show all posts
Showing posts with label vaksin kucing. Show all posts

8.5.13

BLEKI & MYCOPLASMOSIS: HITAM TAPI KUNING DAN VAKSIN PERTAMA BUAT TAMA & COMOT


Bleki menyendiri.
tidak seperti biasa gagah berlari sana sini.

Bleki dalam bilik pemeriksaan

Bleki macam tahu bakal ditinggalkan.
Bleki merajuk taknak pandang kamera

Bleki kena jangkitan bakteria mycoplasmosis.
semalam hantar klinik sebab tengok kulit, mata dan telinga bertukar menjadi kuning.
lepas hantar Bleki tengahari tu, petang kami bawa Tama dengan Comot untuk divaksin buat kali pertama. dan melawat Bleki dalam wad kucing.
Bleki di bawah. atas tu kucing orang lain.
Nampak tak iv drip tu. ye Bleki masuk drip sebab berat turun dan dia tak mkn atau minum.
kos rawatan Bleki semalam:

ujian darah: RM150
masuk wad: RM100 untuk satu malam yang merangkumi penjagaan, rawatan dan masukkan iv drip tu
Ai baru bayar deposit RM100 untuk rawatan Bleki semalam.
lihat tangan Bleki yang masuk drip dibalut supaya Bleki tak jilat


ini Tama. anak saudara Bleki.
Comot tiada dalam gambar kerana kami letak dalam carrier


kos rawatan Tama dengan Comot pula:
vaksin : RM45 x 2 ekor
ubat cacing: RM2 x 2ekor
ubat kutu: RM20 x 2
Total: RM138


semoga Bleki cepat sembuh. kawan-kawan doakan ye