Ikut AiTotYati

Showing posts with label rumah semi-D setingkat. Show all posts
Showing posts with label rumah semi-D setingkat. Show all posts

6.2.13

SANTAI SI BLEKI

TIANG SATU HUJUNG KANAN

tiang dua sebelah tiang satu hujung kanan


hihi saje je kasi readers pening dengan caption gambar.
gambar di atas adalah tempat lepak Bleki yang baru.
alhamdulillah tembok belakang rumah dah siap bina.
cat?
nanti cat sendiri. jimat bajet woooo.
ni nak naik tembok pun dah 6tahun duduk rumah ni baru mampu nak buat 
(^_^)

3.12.11

Partition @ Divider

haaaa Ai mmg dah lama cari benda partition @ divider nih. cantek tak? di mata Ai terasa cantek dan sedap mata memandang. hehehhe

baru bli tadi kt Romantika kota fesyen, MITC melaka. harga? RM198.
pekerja tak boleh nak bagi diskaun. tadi cuma da 2 unit je yg tinggal. klu nk tunggu sales nanti dikhuatiri habis plak. kedua-dua bahagian partition ni ada gambar. jap lagi show the other side ye. partition ni tingginya 2m. lebih tinggi drpd enJekjek yg punyai ketinggian 182cm tu.

tujuan beli? sebab nak tutup pintu tandas tu. bukan tandas takde pintu tapi kalau kamu boleh lihat di bahagian belakang partition tu terletaknya tandas. di sebelah kanan dan kiri adalah pintu2 bilik. gambar ini adalah yg kelihatan kalau berada di dapur. kalau memasak mmg tak mengadap toilet tu tapi kalau nak makan tu akan nampak le sipi2 gtu. oiii takut putus selera. hihihi.


sebelum jumpa benda ni Ai & enJekjek dah keluar masuk 5 buah kedai. 3buah kedai adalah kedai perabot jati manakala 2 buah kedai lagi adalah kedai hiasan2 gtu. yg kami bli ini adalah kedai yg ke6 kami masuk. cerewet? nak bli kenalah ikut bajet, kan?

kedai pertama kami masuk, tauke sedang baca alQuran so kami tak disturb. Ai dah nampak ada satu partition drpd kayu tu. sgt cantek. sbb tauke tak hbs ngaji lagi kami pergi kedai sebelah dan sebelah. kat kedai perabot jati ni ada partition harga RM1k. ooo mak aih nk buat cover je. ada tu yg RM1300. oiii lagilah mmg tak masuk bajet. tapi mmg paham dah, kata perabot jati. duit yg keluar pun kenalah berat mcm jati, kan?

lps tu patah balik ke kedai yg tauke baca alQuran tu. cantek partitionnye. macam gaya dulu2. rugi plak tak amek gambar tadi. harga drpd RM130 tauke bagi RM120. Ai dah nak bli tapi bila buh atas lantai, ada satu bilah tu tak cecah lantai la plak. partition tu ada 5bilah. yg Ai bli mcm dlm gmbr tu cuma ade 3 bilah. so cancel.

g kedai perabot jati yg lain plak. ade partition yg dibuat drpd buluh. RM350 tauke bagi RM300. siyes yg ni pun Ai suka tapi sbb drpd buluh so tak rapat sangat le. kirenye orang lain boleh see through. sedangkan misi asal adalah utk cover pintu toilet n bilik2. ketinggian partition buluh ni lebih 2 meter. sbb seolah2 mcm buluh2 yg disusun cantek2 gtu.


 lps tu g kedai brg hiasan. oo mak Ai harga RM5++ tapi kalau member dapatle RM392. yg tu drpd kayu. cantek tapi tak berapa nk menarik. boleh?


dan akhir sekali kami pun ke kedai yg Ai bli ni, Romantika. yang kelakar tu, memula tanya pada pekerjanya ada tak partition or divider. dia tanya Ai ape benda tu? so Ai pun explain. then dia kata takde jual. enJekjek tak puashati so kami explore sendiri dlm kedai. rupanya ade je kt bhgn depan tu. ada 2 unit. kalau le Ai bos kpd pekerja tu gerenti Ai dah marah. yelah, kedai ade jual brg tu alih2 pekerja kata takde? kan dah rugi tu. mmg terasa nk tepon tauke kedai tu sbb kat mesin wang tu ada tulis nama bos dgn nombor telepon. mmg ada tulis, "any comen, please call Mr......"




nah ini the other side of the partition. oh partition ni drpd canvas. sbb tu ade lukisan yg lawa. kire oklah dengan spacenye. kalau partition tu diluruskan mmg akan tertup ruangan tu semua.Ai shuke..... (^_^)

tiba2 macam nak duduk je kat dapur tu. hihihihiihi

14.2.11

PANDUAN MENGUBAHSUAI DAPUR



itu bahagian dapur rumah Ai. kalau kamu nampak almari kecik n tempat pinggan di tepi peti sejuk tu, (kiri gambar) itu adalah brg2 dari rumah sewa  lama.
uish lama dah tinggalkan rumah sewa.
masuk pindah umah ni Ogos 2007.

setelah sekian lama dapur tidak diubahsuai maka tibalah giliran dapur.
mari ubahsuai dapur




taraaaaa





hehehhe. mesti ada yg kata, tang mana pulak ubahsuainye tu?

aik, tak nampak ke?
enJekjek dengan gigihnye telah mengecat bahagian dapur ni dengan warna-warna pastel.

kan kelihatan seperti baru.

pengubahsuaian tu wajib tukar kabinet ke? pada pendapat Ai tukar warna cat pun sudah memadai. memberi nafas baru setelah 5tahun warna puteh saje. feature wall guna warna gelap sikitlah.

feature wall yg ade cermin banyak2 tu. cermin beli kat ikea. buy one set free one set di mana each set mengandungi 4keping cermin (pasal cashier tu lupa nk key in 2 kuantiti. tapi lepas tu mesin basuh Ai rosak. haa karmalah tu. lps kejadian tu kalau shopping, mesti cek resit n mesti kire duit baki betul2. cth masa nk blk thn baru cina tempohari. ai singgah secret recipe nk belikan kek utk my bff. cashier bagi duit baki lebih rm1. Ai perasan cepat2 je pulang. takmo dah amik duit lebih2 ni. tak berkat)


kamu taknak cat dapur? marilah ubahsuai dapur kamu dengan bajet yang sedikit saje.
hati gembira, mata ceria, tak sesak kepala.

17.3.10

RUMAH UNTUK DIJUAL




salam kawan-kawan. jika anda berminat nak membeli rumah di melaka. meh le beli. lokasi sangat strategik. terletak di majlis perbandaran hang tuah jaya. dekat sangat dengan JJ, pusat pentadbiran. MITC dan segalanyalah.


meh tgk foto dulu meh.


hahahaha ini pandangan dari bilik keje Ai. usha ikut tingkap je.
mula mula kenalah pandang keladi gergasi ni. hubby yang tanam. dia amik anak pokok dari sekolah praktikalnya tahun 2008. dulu paras lutut je. la ni dah lawan tokey setinggi umah dah. wah sangat very sejuk mata memandangkan?eh cop. nak cerita tentang umah jiran ni ha.



ok ini pandangan sisi juga dari bilik keje Ai. nampaklah sliding door mereka. so jika mereka pandang umah Ai dari umah mereka, akan nampak paten yang samalah. tuan umah dah takde. dah pindah ke johor dah. umah mereka dah siap renovate dah.





ok bahagian direnovate tu, ni ha. mereka buat tambahan bahagian dapur basah, toilet dan bilik stor. pagar kawat tu yang memisahkan tanah kami. tetiba* wahhhh pokok pisang Ai dah berbuah. pokok pisang tu mak Ai yang tanam masa mak kat sini jaga Ai sakit tahun 2008. terima kasih mak!!!! la ni dah banyak kali merasa buah pisang ni. anak2 pisang banyak giler sampai tak terlarat nak jaga. ingat,m jika kita berbudi pada tanah, Insyaallah akan dapat hasilnya :D (pokok kari pun ade senang nak masak kari. eh daun kari kat tesco 2helai 50sen tau. pokok kunyit pun ada. Ai suka masak guna bahan2 yang fresh. well Ai jiwa kampung. tak malu mengaku Ai orang kampung walau tinggal di bandaraya melaka, ecewah :P)



ok ini pandangan dari hadapan gate umah Ai. yang nampak keladi gergasi macam nak mati n rumpunan serai itu adalah kwsn umah Ai. umah jiran tu, bahagian porchnye dah di tile kan. so mmg umah ni cantik. dalam pun dah wat plaster syiling bagai.


ok ini pandangan paling hadapanlah. umah Ai di sebelah kanan gambar tu. interframe sikit pun jadilah. owner nak jual sebab dia dah pindah keje kt johor dan tak akan kembali sini lagi sebab sedara mara semua kat sana. owner dah letak sign untuk dijual kat situ. harga? oooo umah ni harga beli tahun 2007 ialah rm198 ribu. owner renovate habis 30k lebih. tapi owner nak jual pada rege rm220k sahaja. untung tak untung sape yg beli tuh? tapi harga sekarang tak tahulah berapa. sebab ada umah barisan Ai ni jugak dijual dengan harga rm250k. ape? saiz? saiz tanah 40 x 80 kakilah. takkan meter pulak. aduyai :B
owner duduk sekejap je. masa Ai sakit merekalah yang tolong. masa mereka nak pindah Ai sedih giler. dah takde jiran dah. lupa pula nak bagitahu. rumah ini ialah semi-D setingkat. klu kat kl takdenye dapat semi_d rege macam ni. betul tak? dan kawasan umah Ai ini semuanya bumiputera. MCL kekal.

kirenya sape2 yang beli umah i nanti akan jadi jiran Ai lah kan? marilah hidup berjiran :P