Ikut AiTotYati

Showing posts with label menu berbuka. Show all posts
Showing posts with label menu berbuka. Show all posts

31.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 3

ada Ai tulis part 1 di sini manakala part 2 di sini

mari sambung part 3 iaitu berbuka puasa dari hari ke-15 hingga hari ke-21.
ini cheesekut. buat utk buka day 15

day 16; bihun goreng sukahati, roti sosej cocktail, air kathira

day 17; gigih kukus puding karamel

day 17; puding karamel

day 17; mee goreng, lemang dan rendang (beli) dan puding karamel


day 19; gigih buat froyo @ frozen yogurt

strawberry Froyo dah jadi

ini gigih buat puding roti marble butterscotch

yeah puding disejukkan nk masuk dlm fridge

ini gigih perap chicken breast nak buat chicken chop

day 19; chicken chop with black pepper sauce, strawberry frozen yogurt, puding roti marble butterscotch dan air teh o limau

day 20; kari ayam dan sayur buncis tumis air, nasi putih


part 3 habis. akan menyusul part 4 pula ye. tunggu raya kot. hehehehe


MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 2

PART 1 ada di link ini

part 2 adalah dari 8-14ramadhan ye

buka day 8; sup ayam, telur dadar, sambal kicap, roti sosej cocktail

day 9; gigih buat custard jagung

buka day 9; mee goreng ayam, buah mangga jiran, air hot coklat, tealovera

day 11; roti John Jek yang buat, nasi putih dan keli bersira

day 12; roti john Jek buat, laksa sarawak, air kathira

ini sahur day 14; oats, air milo dan smoothie avocado+susu kambing+ kurma
ok mari sambung part 3 pula ye

24.7.13

RESEPI CHEESEKUT NO BAKE CHEESE CAKE- gambar dah jadi cheesekut

pagi semalam Ai ada buat entry resepi cheesekut. Ai buat masa isnin malam selasa. resepi cheesekut di sini.
jadi petang semalam masa buka puasa Ai dah potong-potong untuk difaraidkan kepada jiran jiran dan Ai,

taraaaaaaaaaaaaaaaa


cheesekut yang belah kiri tu ialah 1/4 bahagian daripada loyang yang semalam. yang kiri tu nak bagi pada jiran sbb tu wrap dgn plastic. yang kanan tu Ai dah potong kecik2.

close up cheesekut. yummeh!!!

harap readers dapat cuba resepi cheesekut atau no bake cheese cake ni.
Ai rasa lagi senang buat cheesekut berbanding kek batik (alal yg guna biskut meri tu).
selamat mencuba.
rasa cheesekut sekali pasti nak lagi. hihihihi

17.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 1

awat part 1?

heeee kekonon kan semalam dah 7 hari puasa. 7 hari tu seminggu weh org tau le 
kekonon nak buh la kat sini menu sahur dan berbuka sepanjang ramadhan ni.
yang Ai sangat pasti, hari2 rajin nak masak. nak beli kat param @ pasar ramadhan tu tak berapa nak feel. mungkin sebab berkat Ramadhan. bak kata Jek, Ramadhan adalah bulan kegemarannya sebab Ai rajin nak masak macam-macam. 

baiklah kita mulakan dengan sahur untuk hari pertama:

sahur day 1 -
nasi goreng, air teh o lemon suam dan buah mata kucing



buka day 1;
nasi tomato, ayam masak merah, jelatah nanas + tomato ceri (nanas tanam sendiri) dan air cincau


buka day 2;
nasi ayam, ayam goreng berkicap, nasi impit, kuah lodeh, pisang salai goreng dan air cendol

buka day 4-
ni kat rumah mak Ai. menu ialah nasi puteh, ayam masak kurma, satay ayam, kuih lopez, sayur bening, karipap, lepat pisang, agar2, kuih apam msia, popia basah, air laici, air cendol, air laici kang.


sahur day 6-
oat, buah pic, air milo


buka day 6-
nasi goreng sultan, jemput jagung, sambal pecal, buah mangga, tomato ceri, air kasturi asam boi dan air kopi.



buka day 7-
spagetti meatballs, bubur jagung, air sarsi dan air teh o lemon suam.


 menu buka lagi banyak daripada sahur. biasanya kalau masak lebih Ai akan reheat makanan tu untuk sahur. menu berbuka untuk hari ketiga tidak diabadikan kerana pada masa ini Ai berada di rumah mertua. lagipun ayah mertua dah tegur jangan upload gambar berbuka, nanti anak kesayangan di sarawak menangis. sedangkan Ai upload gambar bazar ramadhan sabak bernam pun kena tegur, inikan pula nak upload gambar makanan. 

ok. itulah menu sepanjang berbuka ini. harapnya lepas ni akan menyusul part 2, part 3 dan part 4.

selamat menjalani ibadah puasa ye (^_^)

14.8.11

MEE BLACK PEPPER WITH BEEF, JEMPUT BILIS BERKARI DENGAN AIR KATIRA@KATHIRA: 14 RAMADHAN 1432H

air katira atau air kathira?
tatau mana satu nak eja. air ini telah dibuat sendiri oleh enJekjek
 selalu kami beli je tapi enJekjek bertekad nak buat sendiri. dengan berbekalkan sedikit modal maka terhasillah 4liter air katira. sampai tak larat nk minum masa buka. hehehheh




 
our entree ialah mee black pepper with beef. perghhhh sedap. resepi tu Ai tengok kat program Ketuk Ketuk Ramadhan yang dihoskan oleh sheila Rusly. cara nak buatnye senang sangat. next entry Ai share resepi ya.





air oh air. sungguh sedap diminum begitu saje. oh air katira adalah gabungan katira (getah anggur), selasih, kembang semangkuk, air ice cream soda, susu cair dan air gula serta sedikit pewarna hijau.




juadah berbuka keseluruhannya pada hari ini.
burp alhamdulillah







9.8.11

PANDAN CHEESE MUFFINS: 9 RAMADHAN 1432

yang sebenornye enJekjek ( http://akubudaksabak.com) yang carikan resepi muffins ni.
resepi asal ialah pandan muffins je tapi Ai buat sukati je sbb takmo banyak sangat lemak.
bajet nk kurus ramadhan ni hahahaha


bahan-bahan:
 200 g  tepung gandum
120 g  gula kastor
1  1/2 tbs baking powder
1 tbs soda bicarbonat
1 tsp garam
100 ml minyak jagung
2 biji telur
200 ml susu segar (resepi asal guna santan)
7 helai daun pandan- klu maleh blend bli je paste pandan tapi bau kurang le. tak pandannnnnn :P
parutan keju cheddar


cecara:
1. ayak tepung, soda n baking powder. buh dalam bekas then buh gula. kacau mesra :D
2.blend pandan dgn susu segar. tapis. amik airnye.
3. campur minyak jagung n  telur dalam air pandan bersusu tadi. kacau tapi jgn lelama.
4. buh campuran cecair ke dalam segala jenis bahan kering tadi. kacau asal mesra sudah.
5. sendukkan dalam bekasnye. then buh le keju cheddar yg diparut tu kt atasnya.
6. sebelum mula buat langkah satu tu seeloknya panaskan oven siap2 pd suhu 180 darjah celcius. bakar muffins selama 20minit.
7. makan- tunggu buka jap lagi



mari lihat urutan kadar kenaikan ketinggian muffins. 
sorry le d5000 takde so tangkap guna htc sensation je.

 ni dah buh dalam oven.
panas ooo sbb Ai biarkan terbuka cover oven tu gegara nk snap foto



tengok, muffins semakin menggebu. hehehe


pergh lagi tinggi muffins ni naik



dah dekat2 nk tamat masa memasak ni


baru keluar dari oven. panas panassss. 
klu tak pose dah ngap dah. heheheh
disyaki pasal buh cheese atasnye maka jadilah kaler kuning cheese terbakar tu. 
klu tak mesti kaler hijau cantek menarik tertarik memang nak makan. heheheh
untuk adunan ni ai dapat hasilkan 9biji muffins


selamat mencuba ye (^___^)


16.8.10

DIALOG JEKjEK

Pada suatu petang 5 ramadhan, di sebuah rumah yang aman damai. berkatalah si suami pada isterinya,

enJekjek: abang paling suka bulan ramadhan
Ai          : nape lak bang?

enJekjek: abang suka sebab bila ramadhan AYANG AKAN MASAK PELBAGAI JUADAH. bulan-bulan
               lain susah sikit nak rasa.
Ai          : ek eleh (sambil tersipu-sipu malu)

enJekjek: kan abang pernah cakap dulu. bulan puasa memang bulan yang ditunggu-tunggu
Ai          : *senyum sampai ke telinga



jadi bila Ai muhasabah dan belek-belek diri, betul jugak kata en Jekjek. biasanya hari lain mmg ade sikit malas. malas pertama sebab hanya sekali je makan di rumah iaitu makan malam. dan itu pun ikut mood Ai nak masak. sebab bila hari kerja Ai akan msk simple2 je macam nasi goreng ke or ape2 yg senanglah. lagi senang kalau bli kat pasar malam. hehhehe

setakat ni, baru 2kali enJekjek ke bazar ramadhan itu pun sebab bli kuih cara berlauk krn Ai teringin sangat nk makan. tapi rasanya mmg hampeh. bak kata my FIL, "manusia bila berjual takde konsep sedekah, makanan pun rasa macam sampah"

saje nak list down menu berbuka yang Ai dah masak utk 5 hari berbuka ini:

ramadhan 1: nasi dagang + kari ikan kembung + cempedak goreng
ramadhan 2: ayam selon oregano, kangkung masak belacan, kuih beli: cara berlauk
ramadhan 3: ayam singgang cendawan butang
ramadhan 4: mee bandung penuh udang + jemput jagung nestum bersusu
ramadahn 5: ayam masak kicap bercili, telur dadar, bayam merah rebus, roti sosej bertelur

terasa nak buat sticky entry lak menu ramadhan ni. buleh tengok selama 30hari ape yang Ai masak. ehehhe


comel tak? labu dgn labi skype dgn SIL, aimi yg ade kt Aussie
tq lutfi, akak amik jgn mare aaa. link lutfi di sini