Ikut AiTotYati

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

31.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 3

ada Ai tulis part 1 di sini manakala part 2 di sini

mari sambung part 3 iaitu berbuka puasa dari hari ke-15 hingga hari ke-21.
ini cheesekut. buat utk buka day 15

day 16; bihun goreng sukahati, roti sosej cocktail, air kathira

day 17; gigih kukus puding karamel

day 17; puding karamel

day 17; mee goreng, lemang dan rendang (beli) dan puding karamel


day 19; gigih buat froyo @ frozen yogurt

strawberry Froyo dah jadi

ini gigih buat puding roti marble butterscotch

yeah puding disejukkan nk masuk dlm fridge

ini gigih perap chicken breast nak buat chicken chop

day 19; chicken chop with black pepper sauce, strawberry frozen yogurt, puding roti marble butterscotch dan air teh o limau

day 20; kari ayam dan sayur buncis tumis air, nasi putih


part 3 habis. akan menyusul part 4 pula ye. tunggu raya kot. hehehehe


17.7.13

MENU RAMADHAN 1434H TAHUN 2013; PART 1

awat part 1?

heeee kekonon kan semalam dah 7 hari puasa. 7 hari tu seminggu weh org tau le 
kekonon nak buh la kat sini menu sahur dan berbuka sepanjang ramadhan ni.
yang Ai sangat pasti, hari2 rajin nak masak. nak beli kat param @ pasar ramadhan tu tak berapa nak feel. mungkin sebab berkat Ramadhan. bak kata Jek, Ramadhan adalah bulan kegemarannya sebab Ai rajin nak masak macam-macam. 

baiklah kita mulakan dengan sahur untuk hari pertama:

sahur day 1 -
nasi goreng, air teh o lemon suam dan buah mata kucing



buka day 1;
nasi tomato, ayam masak merah, jelatah nanas + tomato ceri (nanas tanam sendiri) dan air cincau


buka day 2;
nasi ayam, ayam goreng berkicap, nasi impit, kuah lodeh, pisang salai goreng dan air cendol

buka day 4-
ni kat rumah mak Ai. menu ialah nasi puteh, ayam masak kurma, satay ayam, kuih lopez, sayur bening, karipap, lepat pisang, agar2, kuih apam msia, popia basah, air laici, air cendol, air laici kang.


sahur day 6-
oat, buah pic, air milo


buka day 6-
nasi goreng sultan, jemput jagung, sambal pecal, buah mangga, tomato ceri, air kasturi asam boi dan air kopi.



buka day 7-
spagetti meatballs, bubur jagung, air sarsi dan air teh o lemon suam.


 menu buka lagi banyak daripada sahur. biasanya kalau masak lebih Ai akan reheat makanan tu untuk sahur. menu berbuka untuk hari ketiga tidak diabadikan kerana pada masa ini Ai berada di rumah mertua. lagipun ayah mertua dah tegur jangan upload gambar berbuka, nanti anak kesayangan di sarawak menangis. sedangkan Ai upload gambar bazar ramadhan sabak bernam pun kena tegur, inikan pula nak upload gambar makanan. 

ok. itulah menu sepanjang berbuka ini. harapnya lepas ni akan menyusul part 2, part 3 dan part 4.

selamat menjalani ibadah puasa ye (^_^)

11.8.10

SALAM RAMADHAN GENERASI BERKUALITI


Assalamualaikum dan salam sejahtera Ai ucapkan kepada semua pembaca.

mula-mula haruslah mengucapkan selamat berpuasa ye. kad raya puasa di atas telah direkacipta oleh boipren ganteng encik suami tersayang. tapi ada orang yang tak segan silu gunakan foto itu di fb sebagai profile picturenya. agak2lah sikit sebab dah nyata dan jelas terpapar nama kami Jek dan Tot kalau nak pakai pun ape salahnye bagi kredit pada en suami ku. minta izin ke. haish

Ai ingin meminta maaf jika ada salah dan silap sepanjang bergossip berblogging. sama ada yg sengaja atau tidak ye. dan Ai maafkan segala salah silap yg kamu lakukan samada sengaja atau tidak. jangan simpan di dalam hati nanti hati cepat rosak (^_^). marilah kita sama-sama meningkatkan amalan kite. sebenarnya bukan pada bulan puasa sahaja tapi kalau boleh teruskan momentum itu selepas ramadhan.

bercakap mengenai bulan Ramadhan ini, satu fenomena yang telah menjadi trend kebiasaan dalam masyarakat hari ini ialah fenomena melebih-lebihkan solat terawih dan berbuka puasa.

oh bukan pasal tak boleh solat tarawikh tapi masyarakat skrg macam lebih teruja nak lakukan yang sunat daripada yg wajib. dan yang paling ketara ialah lebih teruja nak solat sunat terawih drpd melakukan solat yg wajib. mungkin sesetengah orang tidak spt yg Ai katakan. Ai kata kebanyakannye. kamu jangan nak terasa jika tak bukat ye :p    sbb bile Ai tanya pd pelajar, kebanyakannya akan tidur semula lepas bersahur. kalau dah tidur lps sahur maka solat subuh terlepas. tapi pada mlmnya pula sibuk nak terawih.

ade jugak fenomena lain, oleh kerana berbuka di luar maka terlajak makan sehingga solat maghrib terlepas nk dikerjakan. tak sempat solat maghrib katanya. tapi sibuk nak pergi solat terawih. ish, kalau boleh kita kerjakanlah yang wajib serta yg sunat. baru  meningkatkan amalan namanya.
penulisan ini juga adalah untuk peringatan diri Ai.sama-samalah kita saling ingat menginagtkan.

kalau nak cek kite berdisiplin atau tak, masa kita travel adakah kita akan menunaikan solat atau hanya biarkan waktu solat meninggalkan kite.

apalah ertinya puasa jika tidak bersolat.
renung-renugkan Rukun Islam.

Rukun Islam 5 perkara, marilah kita menunaikannya.

selamat berpuasa!!!!