Ikut AiTotYati

Showing posts with label MYdin. Show all posts
Showing posts with label MYdin. Show all posts

16.7.13

MAMU OH MAMU

malam tadi ke mydin dengan hajat nak bli groceries.
parked kete-masuk-capai groceries-beratur nk bayar - Namun.......

depan kami hanya ada 2 org je tapi kami menunggu 30minit kerana....

kerana apa?

keranamu mamu


ha?

mamu la


awat?


masa mamu dok scan barang orang yang tengah bayar tu kami perasan yang mamu dok keluar-masuk-keluar-masukkan barang. sebab tak scan.

barisan sebelah Ai dah berderet2 org setel tapi yang barisan Ai ni sangatlah menguji kesabaran.

mamu ni dah nampak berusia. rambut putih, pake spek, pake tarbus merah.
2-3 kali juga minta mamu minta bantuan partner sebelahnya tapi mcm acuh tak acuh je layan. tak tahulah sbb mamu byk sgt tanya kot.

Ai ambil peket pro diet (cat food) sebanyak 12 peket. tapi mamu p scan kat kotak tu. so terteralah 24peket. mamu tak tahu camne nak key in. so mamu tanya partner sebelah. partner mcm nak marah.

Ai pun mula2 masa mamu lambat entertain customer Ai macam nak marah tapi Ai kenangkan kalau2lah kita tua2 dilayan begitu, ish tak sanggup rasanya. end up rupanya mamu hanya key in 11 peket instead of 12 peket. mujur Ai check harga. kalau tak sian anak2 bulus Ai mkn mknn yg tak dibayar.

pembeli yang mamu dok keluar-masuk-keluar-masuk brg tu pun datang semula semasa Ai nk buat pembayaran. rupanya brg2 dia pun ada yg tak discan. makcik tu dtg balik sbb tak mahulah makan barg yang tidak dibayar.

masa Ai hulur duit pula then mamu nak pulangkan baki, mamu tertutup semula mesin tunai tu. dah dok tekan2 tak mahu terbuka. kalau tak terbuka macam mana nak pulangkan baki duit Ai? mamu tanya partner sebelah tapi tetap buat taktahu. tak baik betulla. tapi yelah mungkin dah banyak kali sangat mamu dok tanya tu yg dia stress tu.

kesimpulan:
harap mamu tak jadi cashier lagi. mungkin lebih baik ditempatkan utk jaga n susun brg2. tapi mungkin tak diletakkan di bhgn jaga n susun brg2 sebab mamu dah tua?

kesian mamu....

7.3.10

HIANBBE part 2: KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2010

jika kamu terlepas HIANBBE part 1. boleh klik sini.


so untuk entry seterusnya aku nak cerita tentang karnival Pendidikan melaka 2010 yang sedang berlangsung sekarang. (lepas ni aku refer sebagai KPM2010).

KPM start mulai 4-7 mac 2010. aku terlibat secara langsung sebagai wakil Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasinal (BPTV). jadi oleh kerana orang atasan sana telah menurunkan surat kepada pihak sekolah makanya insan insan yang terpilih telah dipanggil mesyuarat termasuk aku (eh meeting pun nk tulis ke?) oh aku cuma kena handle bahagian tayangan. kena sediakan powerpoint or movie or ape2 yg patut supaya org buleh tengok info tentng sekolah aku. camtulah lebih kurang bidang tugasnya. jadi itu mmg jawatan tetap & berpenden aku. hahahaha. dah dah jangan cakap banyak. layan gambar.

jam 7.30pagi aku dah sampai di MITC (Melaka International Trade Centre). nak parking pun senang gile sebab awal gile aku datang. itu pintu gerbang sebelum masuk ke dalam MITC.



dan itu adalah peta lokasi booth BPTV. BPTV diwakili oleh SMTeknik Melaka Tengah dan SMTeknik Bukit Piatu. sebelum masuk aku tengok dulu mana lokasi tu.
oh nombor 152 rupanya.
jom masuk.


itu pintu gerbang lagi sebelum masuk melalui pintu besar utama.



masa aku masuk dalam, belum banyak booth yang dibuka.
masing masing sedang set up sebab ada booth yang baru dapat turn nak buka hari sabtu mcm BPTV yang dapat turn hari sabtu & ahad. ada booth lain yg kena turn khamis-jumaat je.
ada yg kena 4hari terus.


wow!!! aku sampe kt booth kami tgk dah siap pasang. bagus2 cikgu2 ni mlm2 dtg pasang. aku lak dtg sbb nak set up kan laptop di bawah je. tapi aku tak angkat laptop ni. laptop 21 inci HP ni berat mcm ape kejadahnya. selalu aku cuma bawak my netbook yg halus mulus 800 gram ni aje. bila kena bw laptop sekolah yg berat ni aku mcm nak nangis je. dah le hubby takde sape nak tolong angkat. well hubby i kan g camping kat bt maloi, n9 bw murid2 bdn beruniform. hubby pelawa aku ikut tapi mcm biasalah, kami suami isteri bakal guru cemerlang mmg gile kerja. masing-masing faham komitmen.

mujur kwn2 sekolah memahami makanya aku pas pada penyelaras program ni.
aku dtg bw bdan je. sbb aku sampe awal makanya aku snap lah mana2 gambar yg patut :D



haaa itulah laptop bapak berat tu. dan itu adalah hasil kerja aku. jgn curikk!!! :P


ini bahagian SMT bukit Piatu. bahagian sekolah aku pd gambar yg 2 di atas tu.
pandai2lah tgk.


time ni petugas dah sampai. anak dara bertudung pink itu adalah pelatih. ye guru pelatih harus akur setiap tugasan yg diberikan. hahahahah (evil dowh). mereka kena ganti cikgu kaunselor yg tetiba kena cek up sbb masalah jantungnya berulang lagi.



dan tak lama lepas tu En Suraimi dari BPTV pun tiba.
maafkan saya en suraimi sbb buh gambo awak dlm blog saye :P
lega bile die berpuashati dgn bhn2 pameran yg telah disediakn.
beliau bawa banner nk gantung sbg backdrop kt blkg tu.
perhatikan pd gamabr yg ade guru pelatih tu bhgn di belakang masih kosong.


so legalah bila semuanya dah diset up kan. tak jauh dari booth kami, MOZAC pun tgh sibuk susun barg2 die. ade satu benda yg buat aku tertarik. jeng jeng jeng
mereka ade kiosk!!! aku jakun jap!!! dan aku menyamar jadi pengunjung. bersungguh sungguh pelajar tu explain. tapi kiosk die ni buat guna polistrine n papan lapis je. aku syak klu letak kt sekolah aku ni tak sampai 24jam dah jahanm. hahahahah.
sebab bos besar nk wat kiosk mcm nilah letak kt tempat2 tertentu.
tapi bile tanya syarikat yg nk wat tu, kosnya 8 ribu dowh.



maka selepas semua petugas datang, aku pun mulalah merayau rayau. aku biasalah lone ranger. aku dah biasa jln sorg2. aku hanya selesa dgn hubby n dgn org2 tertentu.
so bile hubby takde aku redah je.
pedulik ape. aku dah biassa ok. insyaalllah kt m'sia ni selamat.
aku mmg tak jaga booth tapi aku ikut sama menjaga. ekekekek temankan kakak2 yg kekurangan geng perempuan. so masa aku merayau aku g tengok pertandingan senamrobik dan pertandingan hiasan kek.
kreatif dowh semua org!!!! layan gambar lagi.




pertandingan senamrobik sekolah rendah. ada video tapi malas nk uploadlah :P



pertandingan menghias kek. tengok dari jauh je sebab cannot cross the line meh.



ini tapak UTeM. bapak gajah besar.
semua fakulti ade.
haruslah kan sbb UTeM ni IPTA yg melaka ade.
gambar ini saya tujukan khas buat cik nuril :D




dah puas pusing kt dalam aku keluar lak.
masa tu tengah ade pertandingan galah panjang.
kesian budak2 sekarg buleh main masa karnival je.
yelah dah ddk tmn perumahan mana ade kwsn lapang. hehehehe
masa hari khamis ade pertandingan formasi kompang.
aku takde fotonya tapi hubby ade. nantilah aku songlap dari digicam die.


dan PUM sekolah aku ade juga buka gerai jualan makanan.
gerai nombor 15.
layan gambar lagi....


dan aku amik keputusan jam 1 tengahari aku nk blk umah sbb aku gile mengantuk.
mane taknya. 2mlm akhir sblm KPM aku stay up. pdn muka buat keje last minute.
aku jangka takdelah byk nk edit tapi bila last minute bos kata nk gtu gini maka saya yg menurut perintah kena edit lagi lor...
aku tidur selama 1jam ptg sabtu tu. best giler!!!



ape kena mengena lak gambo UTeM ni?
hahahah cik nuril yg baik hati telah membawa aku dinner RFC. tima kasey sahabat!!!!
dan lps tu off ke UTeM sbb ade festival. eh perayaan. eh ape ye? aku lupalah tajuknye.
maka dapatlah aku masuk dewan UTem yg besar itu.
tapi besar lagi dewan USm (eh tiba tiba je :P) dan sengaja mengeja USM sebagai USm. hehehe
keluar rumah jam 6.45pm balik umah jam 9.45pm.



jadi begitulah cerita saya sepanjang satu hari sabtu 6mac2010.
saya merewang dan shopping sepuas hati dgn cik nuril. hahahahaha

sekian terima kaseyyyyyyyyyyyyy.