Ikut AiTotYati

1.4.13

RESEPI CUPCAKES COKLAT KUKUS @ kek cawan coklat kukus

resepi ini  pada mulanya dijumpai oleh enJekjek pada tahun lepas. iye enJekjek buat sempena birthday Ai tahun lepas. tahun lepas I was not at home. still duduk hostel study master (eh skrg pn tgh study pe). cerita tentang tu ada di sini

so inilah resepinya:

bahan A:
150g minyak masak
180g susu cair
200g gula kastor
220g susu pekat
1 sudu teh coklat emulco

bahan B:
50g serbuk koko (vochelle/ van houten)
 90g tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk penaik

bahan C:
3 biji telur dipukul kembang

cara buat:
1. panaskan bahan A tp jangan sampai didih. ketepikan.
2. ayak bahan B.
3. pukul kembang bahan C. bila bahan C dah kembang masukkan bahan A dan kacau rata.
4. setelah itu masukkan bahan B dan pukul rata dengan mixer.
5. biarkan adunan selama 20 minit sambil panaskan pengukus.
6. masukkan adunan dlm bekas cupcakes. boleh tabur coklat cips.
7. kukus selama 20 minit.

p/s: jika buat saiz mcm Ai buat tu boleh dapat 24biji kek cawan. kalau rajin boleh buh coklat ganache ye. takpun makan dengan eskrem vanilla.
yummy yummy

buh eskrem vanilla atasnya sedap

inilah rupanya bila dah masak.

senang sangat nak buatnya. cubalah!!!


2 comments: