saje nak share story yang berlaku di Aeon Bandaraya Melaka tengahari tadi.
Ai keluar dengan hasrat nak bli natural yogurt untuk buat yogurt aiskrim. barang2 lain dah bli semalam di Mydin. so sebelum masuk supermarket tu Ai menonong menuju ke bahagian Aeon kredit card sebab mmg niat di hati nak apply Aeon kredit card. orang kata jangan guna cc tapi alhamdulillah Ai mmg jenis yang berdisiplin Insyaallah mmg selalu bayar on time. skrg ni Ai guna kredit kad maybank dan cimb.
sampai sahaja di kaunter tu ada seorang bermata sepet yang menjaga.
dia pandang Ai atas bawah.
Ai: morning (terus duduk)
sepet: you nak apa?
Ai: I nak apply kredit kad Aeon. boleh you explain? (cet padahal memang dah lama fikir untuk buat setelah mempertimbangkan kelebihan yang bakal Ai perolehi).
sepet: gaji you sampai 3 ribu ke? kalau tak sampai 3 ribu tak payahla apply (yes... sore belagak).
Ai berkata-kata dalam hati kata mentang2lah pakai tshirt dan seluar jeans lusuh je. sombong betul.
Ai tak cakap banyak, Ai bangun dan blah. terus pergi kat sorang lagi pegawai tu.
dan setelah mendengar penerangannya Ai pun buat permohonan.
Ai nampak si sepet tu tanya2 dengan pegawai yang Ai mohon tu masa pegawai tu pergi buat salinan mykad dan slip gaji.
ucapan untuk sepet tu, lain kali layan jelah semua pelanggan anda.
sorry Ai apply dengan ejen lain. padan muka you melepas komisen.
sekian (^_^)
Hmmm... cukup x suka dgn perangai manusia yang judgemental ni... padan muka dia terlepas komisen... nyombong lagi... huhuhuhu...
ReplyDeletekan kan kan?
Deletesi sepet tu mesti sangka Ai ni tak bekerja kot sbb masa sampai kat kaunter tu blm waktu lunch hour lagi. tu yg kerek semcam tu.
ok ok sangka baik, PMS kot. kuikui