Ikut AiTotYati

16.10.09

27 syawal 1430

hari ini 27 Syawal 1430 tahun Hijrah. hari ini ulangtahun perkahwinan saya yang keempat --> lagi sekali tolong baca macam murid darjah satu ye.

semalam masa di sekolah sewaktu menunggu ibu bapa datang (ala semalam hari bertemu pelanggan eh eh bukanlah tapi hari bertemu ibubapa). guru2 ditempatkan mengikut nombor kumpulan. jadi KJ duduk di tepi aku. sementara menunggu ibubapa datang aku sempat berbual dengan KJ. Kj juga sama seperti aku. berkahwin ogos 2005 (aku november 2005 tahun masihi) tapi masih belum dikurniakan cahayamata. beliau sudah berjumpa dr hamid arsyad namun masih belum berhasil. kami agak rapat kerana kami punyai persamaan itu. dan KJ selalu meluahkan perasaannya tentang cahayamata apabila kami berjumpa. dan kami juga saling sabar menyabarkan serta berfikiran positif di antara satu sama lain. semalam KJ menceritakan tentang 'mulut' seorang rakannya yang macam takde insurans. aku bernasib baik sebab duduk di makmal Siber jadi kurang berjumpa dengan orang2 lain kecuali akuza. KJ telah diperli kerana beliau berusaha bersungguh2 untuk menyiapkan menanda kertas sebelum pulang cuti berhari raya aidilfitri yang lepas. ikuti dialog KJ dengan 'orang' itu.

orang itu: wah KJ, kau yang takde anak pun tak siap menanda kertas lagi? akak yang anak 4 org ni pun dah siap. ape kau buat di rumah?

KJ : diam aje ( KJ memang seorang yang lembut dan tidak banyak cakap tapi bukan pendiam).

aku hanya mampu menyabarkan KJ. kesian KJ kerana menjadi bahan gurauan. KJ kata pada aku yang dia memang rasa sangat kecil hati. tapi tak mahu memanjangkan perbualan itu lagi jadi dia senyap. padahal KJ memang nak siapkan tanda kertas sebab raya, kan kita nak rayalah!! tambahan pula subjek yang KJ ajar itu kertas trialnya itu jatuh pada 3hari terakhir sebelum mula cuti hari raya. sebab itu dia pulun habis menanda. KJ kata aku bertuah. bertuah sebab punyai bilik sendiri untuk menyorok daripada ditanya dengan soalan2 begitu. heheheheh aku senyum aje. dan nanti jika ada masa aku nak upload bilik baru kami!!! semalam buat open house makmal siber. kebetulan pula sama dengan bilik kami yang baru dikemas itu!!!! kebetulan!!! (eh tetiba topik anak jadi topik bilik?)

2 comments:

  1. suh KJ buat blog..
    pastu cakap kat org yg cakap2 tu..
    'well sila buat blog sendiri'

    ReplyDelete
  2. a'ah mmg dah bgtau pd KJ utk buat bloglps ni mmg die nak berguru utl buat blog (ceh mcm aku pandai sgt?) hahaha

    ReplyDelete