Ikut AiTotYati

9.9.09

CERITA LUCU PART II

kertas: MPAV 1 -Mata Pelajaran Asas Vokasional (11.30 - 2pm)
lokasi: kelas 5KFL
waktu mengawas: 11.10 - 12.20 pm

masuk kelas 5kfl. buat list 1- 4. list ape? klik sini.

aku check kertas soalan tu. tiada ruangan utk pelajar menulis nama dan tingkatan mereka. betul tekaan aku sebab ada pelajar tanya,

"cikgu, nak tulis nama kat mana?"

aku jawab, "tulislah kat depan. kalau awak tulis kat belakang, macammana cikgu awak nak tahu kertas sape."

amirul yang duduk betul-betul depan whiteboard capai white board marker dan mula menulis namanya di white board itu.

aku: ya Allah. apa yang awak buat tu amirul?
amirul: cikgu kata tulis nama kat depan. saya tulislah ni.

dalam hati aku: loyar buruk lak budak ni. kalau tak kerana puasa dah lama aku sekeh!

6 comments: