Ikut AiTotYati

25.8.09

TAG: KENAPA AKU BERBLOG

aku sudah ditag oleh irtiyah. tag itu bertajuk: KENAPA AKU BERBLOG

irtiyah adalah sahabat yang aku kenal di alam blog ini. walau aku tak pernah bersua muka tapi aku dapat rasakan beliau seorang yang ikhlas dan baik (irtiyah sila kembang hidung :D). dulu aku takut nak luahkan perasaan tentang anak dalam blog. lepas aku terjumpa blog irtiyah aku rasa aku tidak keseorangn lagi. ramai di luar sana yang senasib dengan aku (ceh ape aku melalut daaaa). aku suka baca blog irtiyah sebab ia memberi aku kekuatan (terima kasih irtiyah!!!)

okes. kenapa aku berblog?

mengikut sejarah aku, aku berblog sebab:

1. nak isi masa terluang di rumah dan hilangkan kebosanan. aku perlukan sesuatu untuk larikan fokus pemikiran tentang anak. ada orang cadangkan aku menjahit or wat cross stich tapi aku dah busan. berblog or blog walking lagi best!!! buleh tahu pngalamn hidup orang.

2. mula2 dulu berblog sebab aku nak luahkan tekanan di tempat kerja. oleh kerana aku seorang yang payah nak buka mulut, maka aku lebih suka melepaskan tekanan dalam blog. marahlah sepuas hati. lepas dah lega bila baca semula rasa kelakar gile. hihiihihi (ceh malu sbb suka ikut emosi). aku juga seorang yang sangat perahsia. aku hanya buleh berkongsi rahsia jika aku benar2 kenal seseorang mcm kakF di tpt kerja aku. disebabkan dalam blog aku tak kenal sesapa(masa awal-awal tu) maka lebih mudah aku meluahkan rasa. pada awal kemunculan blog, aku hanya invite orang tertentu shj utk baca blog aku. sekarang dah makin ok rasanye.

3. nak meluaskan pengalaman hidup. walaupun aku tak bersama-sama dengan kawan2 tapi aku dapat rasakan aku berada dengan kawan2 ketika membaca blog mereka. baca blog artis, doktor, pelajar sekolah dan lain-lain lagi.

itu 3 sebab kenapa aku berblog pada awalnye. sekarang ni ada sebab baru. $$$$$$$

lepas tengok hubby aku menjana aku pun sibuk nak join. hihihihiih.

baiklah. sekian sahaja dari bilik berita greatteacher. saya nak tag:
1. hubby
2. sijengking
3. aimihjghazali
4. natc
5. kak ita jepun
6. nuril
7. lutfi
8. akuza
9. sesiapa yang baca entry ini.

4 comments:

  1. Salam

    TQ greatteacher sebab sudi menjawab. Utk pengetahuan anda.. anda berjaya mengembangkan hidung saya yg sedia kembang. Hehehe

    tak la.. I senyum je. Apa pun terima kasih jadi kawan blog saya.

    ReplyDelete
  2. salam irtiyah.

    sama-sama kasih. :D

    ReplyDelete
  3. ceh! terkena gak aku
    skrg nuril ada hobi baru - asyik nk visit blog ko! hehehe

    ReplyDelete
  4. ayanli run,
    sila jawab tag aku ye. takjawab aku gegau asrama student hang. hahahahaha

    ReplyDelete