Ikut AiTotYati

2.4.11

MERAIKAN KEJAYAAN 5 EE 2/ 2010

seperti yang telah Ai coretkan dalam entry terdahulu yang ada di sini, kelas yang Ai ajar telah mencapai gred purata yang paling rendah untuk subjek Applied Science.


jika pembaca masih kurang faham, GPS atau gred purata subjek ini adalah berbeza dengan CGPA. CGPA dikira semakin bagus jika nilainya menghampiri 4.0 tetapi untuk Gred purata subjek (GPS) ia dikira terbaik jika nilainya semakin kecil dan menghampiri 1.0 iaitu gred itu ialah A.

jadi untuk kelas yang Ai ajar, Gred Purata Subjek ialah 2.50. dan ini merupakan pencapaian peribadi Ai yang paling terbaik sejak subjek ini diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam SPM 2009. selain pencapaian peribadi terbaik, ia juga adalah merupakan keputusan terbaik antara 9 buah kelas yang ada di sekolah Ai. (makluman: utk subjek ni, semua 349 calon lulus 100% dan gred purata subjek ialah 3.30)

kelas yang Ai ajar ini adalah kelas bukan pelajar yang berpencapaian cemerlang. mereka ini terdiri daripada pelajar yang tidak memperolehi sebarang A dalam PMR. tapi berkat kesungguhan mereka, mereka dapat keputusan yang cemerlang dalam Applied Science.

jadi pada 2April 2011 Ai telah meraikan kejayaan mereka dengan belanja makan di RFC Ayer keroh. kebanyakan pelajar Ai ni buat kerja sambilan maka daripada 30lebih pelajar hanya 14 orang sahaja yg dapat menghadirkan diri.

berdiri dari kiri: ibrahim, yazid, zulhelmi, mira, farhana, shida, Ai, ida, dayah, liyana.
barisan depan: arif, zaid, sharman, shafizan, shafie amin


memang pelajar lelaki adalah dominasi.
kalau datang semua pelajar perempuan pun memang takkan terlawan bilangan pelajar lelaki (^_^)

p/s: pelajar terbaik kelas ini yg pakai spek mencangkung depan kiri sekali. beliau dapat 7A.

2 comments:

  1. wah..biler cikgu Ai nak dtg KL dan blanja kak stoberi puler??? teheheheh :D

    Owh. Ayer Keroh pun da ada RFC yer. Tingin nak terai, tp kat KL takde lagi

    ReplyDelete
  2. @PUANSTOBERIboleh boleh tade hal. mehle trn melaka kekda. dokek jo dgn tol ayer keroh ni. area MITC nih
    :D

    ReplyDelete