Ikut AiTotYati

29.4.11

APRIL YANG BUSY

pembaca: eleh ko Ai, busy busy pun blogging gak!!

Ai: weh, berblogging ni terapi stress aku. kdg2 nak sembang dgn enJekjek pun tak sempat. so thru berblogging maka tekanan dilepaskan pd blog. lps tu bila dah tak tertekan sangat, baca semula entry2 tu sure pakat gelak sorang-sorang. muahahaha


-------------------------------------------------------------------------

korang, sila abaikan monolog ciptaan Ai tu ye. ni jadual April.


4 -  7 April : kursus web portal di Carlton Hotel, Shah Alam.
5 April : befdei Ai. sambut sendiri di shah Alam. sedey.
8 April : meeting kejohanan Catur kwsn Ayer_Keroh

11 April : Kelas 'On Your Mark'
12 April : pertandingan catur dalaman dan ada meeting untuk 'Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah'- tak dapat attend sbb ke JPN.

13 April : pertandingan nyanyian solo peringkat negeri Melaka. Ai bhgn
lagu & PA. pada masa yang sama, data_SMM kena hantar sbb yg
hantar bulan lepas tu ada virus. so Ai bertugas pagi aje. masa
hari ini juga, kelas pun Ai kena masuk, relif pun Ai dapat,
bertugas kat Dewan pun kena. lps tu kebetulan penyelia asrama
minta tolong siapkan utk data_makan asrama dan data_SMA. memang
hari ini betul2 superwomanlagh!!

21 April : temudugu di bahagian tajaan, KPM di cyberjaya.

22 April : Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah. pada hari ini, pagi2 dah mengadap lappy sebab Ai kena sediakan sijil utk pertandingan kawad kaki yang akan berlangsung esoknya. mujur ade 2 printer
maka dalam masa sejam sempatlah siapkan sijil sebanyak 200
keping. terima kasih kepada sistem mail merge. lepas dah siap
tu maka bergegas ke dewan untuk jadi penerima anugerah plak.
cerita ada di sini.

23 April : pertandingan kawad kaki sekolah. masa ni Ai berhibernasi di
dalam makmal Siber je. siapkan data _SMM. data pelajar satu
sekolah. update untuk bulan April.

26 April : Kejohanan Catur Peringkat kawasan_Ayer Keroh. sebagai pengurus pasukanyang berkakilebar makanya harus hantar pelajar ke tempat pertandungan. pastikan makan minumnya terjaga. memberi sokongan moral dan kata kata semangat serta menghantar mereka semula ke rumah/asrama. sentiasa berdoa semoga semasa pergi dan balik dari kejohanan tu sentiasa selamat. tahu2 jelah jadi guru ni, salah sikit nanti kena saman. oh sekolah Ai takde van. bas pula digunakan utk menghantar pemain pasukan lain yang berskala besar.

27 April : dapat panggilan drpd orang atasan yg nak data_komputer lain.
padahal data tu Februari dah hantar. sekali dia kata, "oh taknak yg tu, nk yg ni". memang Ai rasa macam nk lemp.. je!!

30 April : soalan trial SPM zon_Melaka_negeri Sembilan harus diemel. dan
soalan peperiksaan pertengahan tahun tingkatan 5 kena disiapkan.


lama entry ni ddk dalam draf . hari ni 29 April, klimaks pd semua aktiviti yg telah ditempuhi makanya bermula malam tadi tekak Ai sakit. lepas tu sendi2 semua pun dah sakit. kepala dah berat. jalan pun rasa nak jatuh je. dunia ini tidak seimbang. mujur cuti 3hari lepas ni. nak rehat!!!


(-_-")

7 comments:

  1. same le kite, yat.... kite kan insan terpilih, hehe

    ReplyDelete
  2. Wah busy giler. Tapi bagus juga banyak xtvt dari duduk sesaja takde kerja hehehe

    ReplyDelete
  3. pergh... orang penting.. bila jadik orang penting maknanya orang tahu kita boleh wat keje..:)

    ReplyDelete
  4. @Makbedtak sabar nk masuk Mei. sbb Mei bulan exam. hehehe

    ReplyDelete
  5. @Za Nans setuju bonar Ai dgn pernyataan itu

    ReplyDelete
  6. Ai busy , banyak sangat agenda tu. cam mana kejar ngan anak , ngan blog.akak yang nengok pun pening.

    ReplyDelete