Ai sedang memohon sesuatu. nak mohon sesuatu tu kena lampirkan sekali laporan tatatertib. so tanya pada kerani, kerani suh g sendiri ke JPN, ambil di unit tatatertib.
dah banyak hari Ai terlupa nak membelok ke JPN waktu balik dari sekolah sbb nak mengejarkan tilam dan bantal di rumah. muahahahaha
so hari ni sebenarnya Ai decided nk g JPN tapi gerak hati kata, sila tepon dulu. sebab unit yang Ai nk pergi ni berada di tingkat 4. perghh mmg bercinta lah nak panjat tingkat 4 tu ditambah lagi dengan kena parking di luar kwsn JPN sbb kwsn JPN tu kecik cenoet je. so Ai pun search le kat tenet cari nombor tepon. memula g dail unit naik pangkat.
hahhaha apekah g dail nombor unit naik pangkat. sbb dalam otak ni memang dok terinagt je kerani asyik kata unit tatatertib dan naik pangkat. padahal sebenarnya dalam tu ade unit tatatertib dan lagi satu unit, unit naik pangkat.
so bila Ai tanya unit tataertib tu, rupanya kena bawa sekali salinan BRP (buku Rekod perkhidmatan). fuhhh mujur Ai tak terus redah aje. kalau tak mau menangis le jugak nk menapak dan naik turun tingkat 4 tu (peringatan: tulang belakang Ai bukan normal mcm korang ye).
so tadi dah jumpa kerani minta dia potostatkan BRP. tapi isnin depan baru dapat sbb kerani tu cuti rehat plak hr ni.
kesimpulannya, kadang2 kena jugak ikut gerak hati.
kalau tak naya nanti.
itulah pesanan puan bestari.
tak gitu?
gitu..gitu..gitu..
ReplyDeletemmg kena ikut kata ati.. err... bunyi cam seyes smpai kena bwk salinan BRP. huhu :D
@PUANSTOBERI yaaa ini antara hidup dan mati ni kekda.
ReplyDeleteceh poyo je. hihihi
lagik satu... ikut gerak kaki..hihihi
ReplyDeleteHati yg suci murni memberi gerak yg baik hehehe
ReplyDelete