Ikut AiTotYati

13.4.11

HARI INI...

hari ini kelas ku pagi-pagi
singgah sebentar di pejabat uruskan catur lagi
ada yang minta tolong itu ini
takkan kita nak meninggi diri
tolonglah dengan senang hati


ku lihat jam sudah 8.05 pagi
apa lagi mencicit le lari
tak.. aku tak lari sebab aku naik bestari
sampai di makmal pelajar ku main batu seremban lagi
"cikgu, kenapa lambat ni? kami dah rindu separuh mati"
sila percaya, itulah fakta hari ini



dalam kelas pula ku ditelefon oleh cikgu lelaki
minta tolong bawakkan lappy
untuk di letak di Dewan_Bunga_Raya sekolah ku ini
tapi oh bagaimanakah aku tengah mengajar ni
ku tak boleh sewenang-wenangnya tinggalkan kelas ini
sebab ramai orang luar datang  sekolah hari ini
untuk kejohanan bola tampar dan pertandingan menyanyi
yaaaa peringkat kawasan dan juga negeri
itu yang aku kena bertugas kejap lagi
tapi yang aku tak paham tu kenapa mesti dapat relief lagi?


tamat kelas ke kantin seorang diri
untuk mengisi perut yang bergendang ini
ku lihat oh memang muka-muka itu lagi
wahhhh kome sangatlah free
yang aku pulak memang tak cukup tangan hari ni
oh tapi memang hari hari
tak menang tangan bekerja begini
dipanggil orang ke sana sini
tetap ku terima dengan senang hati
cikgu cemerlang.. apa nak dikata lagi?


makan tak sudah ku di telefon cikgu lelaki tadi
pelik jugak kenapa tak cukup kakitangan ni?
kunyah makanan tak habis ku berlari lagi
terus ke dewan menjalankan tugas yang diamanahkan ini
dapat ku lihat oh paniknya cikgu lelaki
kerana terpaksa bekerja seorang diri


alahai peserta pertandingan menyanyi
kenapa kau sesuka hati
nak tukar lagu di saat-saat akhir ini?
tahu tak AJK dah separuh mati
mengejar dan susun lagu-lagu nyanyi peringkat negeri

tak sempat habis pertandingan nyanyi
ku di telefon kak sumiarti
tentang data yang dia kena submit hari ini
aku spesis tak sampai hati
lepas setel dan terangkan pertandingan nyanyi
tentang susunan lagu dan cd
pada cikgu lelaki tadi
aku terus minta diri untuk berjumpa kak sumiarti
naiklah aku ke makmal siber kesayangnku ini


lepas ajar itu begitu begini
kulihat jam 1.30 tengahari
cepat-cepat solat zohor mcm ayam serati
kemas barang yang patut dibawa mesyuarat ni
lepas tu turun mengambil barang di kaunter konti


nak dijadikan cerita ada pulak yang menguji kesabaranku lagi
tanya pada ku macam orang takde budi pekerti
kepala ku dah panas kerana dari pagi
kerja ku tidak berhenti-henti
aku bahasakan je biar dia mengerti
aku perempuan bukan boleh dimarah sesukahati
suara kau nak ditinggi-tinggi
lain kali jangan salah tanya lagi
atau nak bergurau ada dalam hati
sebab memang free free kau aku maki
tapi aku tak maki sebab kita orang yang berbudi pekerti


dah sudah puisi ini
tentang luahan hati
seorang guru yang naik bestari

sekian, hingga kita berjumpa lagi

5 comments:

  1. huyi.....
    moh ler kita ke matrikulasi...
    xpun sambung belajar lagi....
    hihhihihih....

    ReplyDelete
  2. @akubudaksabakbuat abang zaki, memang itu yang ada dalam hati, semoga semuanya diperkenankan ilahi

    :D

    ReplyDelete
  3. kalau la macam ini..
    bengong boleh jadi..
    sabar la ye Aitotyati..
    diorang tu memang iri hati..
    sesuka nak senangkan diri..
    tapi menyusahkan si Aitotyati..

    ReplyDelete
  4. @Lieya
    oh Lieya kau mmg sahabat sejati,
    kau mengerti dalam hati ini,
    semoga pekerjaanku diterima Ilahi,
    takpun dikurniakan kebaikan pd zuriatku nanti

    :D

    ReplyDelete
  5. amin...moga Allah makbulkannya...:)

    ReplyDelete