Ikut AiTotYati

26.8.09

FACIAL & FISIOTERAPI

S.E.M.A.L.A.M

aku ke JJ untuk buat facial. tiba lewat sedikit (ala lambat sikit staf2 dia dah kecoh bagai- selalu aku sampai awal aku kena tunggu tapi aku tak kecoh pun!!)

so aku pun terus masuk bilik dan bermulalah pengalaman mukaku dibelai manja. aku bukan nak cerita pasal facial tapi topik yang aku dan beautician tu bincangkan. biarlah aku panggil beautician tu zeeta je.

zeeta baru berusia 29 tahun tapi sbb susuk bdnnye kecil die nampak mcm umur 20 thn. serius weh mmg comel!!! (beautician kalau buruk ade orang nak datang ke? hahahaha. aku pun taknak!!!). zeeta dah punya sepasang anak. aku yang ramah tamah pun bertanyakan kabar anak2nye. dan maka bermulalah episod luahan perasaan seoarang wanita yg punya anak kepada wanita yang masih belum dikurniakan anak(akule tu). zeeta merungut kerana anak2nya sangat lasak dan nakal. ntah mcm mana terkeluar ayat,

"mereka tak ada pun lagi baiklah!"

uish aku terkesima kejap masa dengar ayat itu. takkan aku nak suruh dia mengucap kot? dia cina! soooo aku just bagi beberapa ayat untuk menenangkan dia.

"zeeta, u janganlah rasa anak2 u tu menyusahkan. u fikir yang positif je. just imagine if ur children suddenly dissapear. what would u feel?"

wah baekkk punye tazkirah. zeeta tak jawab sepatah pun. dia diam je. aku rasa maybe dia tensen tu. die nak melepaskan kemarahan plus kegeraman pada aku je tu. plus nak meluahkan perasaan sebab menurutnya suaminya langsung lepas tangan. tak peduli pun hal anak-anak. kesian aku dengar. zeeta kawen dah 8 tahun. anaknye yg besar dah sekolah. menurutnya anaknye yang sulung tu jahat macam 'hantu'. kids nowadays memang lah macam tu. nak pulak bagi susu formula masa baby. memang banyaklah letak formula nak bagi anak2 bijak. heheheh

habis cerita semalam.


-------------------------------------------------------------------------------------------------


H.A.R.I I.N.I

jam 2.45 pm aku dan huby bergegas ke GH melaka. haruslah aku buat fisioterapi hari ini (aku harus dtg 1-2 kali seminggu- aku lak klu bz 1 kali je dtg. klu rajin 2 kali seminggu-hehehehe).

on the ke GH, hubby memandu kereta dengan bersopan santun (weh memang sopan 6okm/jam). hubby follow kereta depan. tetiba kereta depan melencong ke kanan tanpa bagi signal masa tiba di persimpangan Y. kalau kereta tu masuk terus kanan takpe, ni bontot kereta tu terjuih kat jalan kami. maka dengan skill yang paling mahir hubby aku terpaksa membelok sedikit ke kiri untuk mengelakkan kerata kami berciuman. tiba2.....


"sretttttttt. eeeeeieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet' yang panjang. bunyi orang brek tayar (bau hangit tayar - ok tipu je takde bau pun!)

aku toleh ke kiri. dan itu dia...

"woi bodoh nak mampus tak nampak ke?"

betul ape yang kamu fikir. kami sedang dimaki oleh seorang penunggang motorsikal ( anggaran usia 35 tahun ke atas). memang jelas suaranya sebab dia maki kat sebelah aku je. kereta kami memang berhenti sebab tunggu turn nak keluar simpang. ayat itu diulang-ulang(3kali kot). aku yang mula-mula cool dan nak minta maaf (yelah disebabkan kereta depan brek, kami nak elak eksiden tetiba kena maki pula) pada dia. terus cancel niat. saat aku nak turunkan cermin kereta lalulintas telah bergerak semula. aku yang memang dijangkiti sindrom-tak-buleh-nak-puasa sejak semalam naik berang. dan laju je mulut aku,

"woi bodoh!! kaulah yang nak mampus. dah tau simpang bawa moto laju2 apehal?"

haaa amek kau!!! aku dah tak peduli dah masa tu. die terus je pecut motor. dan kami terus mengekori motor itu (wah macam nak gaduh- hubby stil bawa biasa je- hubby aku memang cool beb) . die membelok di satu simpang sebelum jalan masuk ke hospital. masa nak belok tu penunggang motor pandang aku dan aku dengan senang hati,

"angkat tangan bagi jari tengah" (oppss ini bukan dialog tapi perbuatan aku)

nasiblah kamu wahai penunggang motor. ko fikir kau aje nak maki aku bodoh? aku pun buleh gak (sila consider aku sedang alami sindrom-tak-buleh-nak-puasa: tahap hormon tak stabil beb). ya Allah ampunkan hambaMu yang mulut takde insurans ni. huhuhuhu.

so sampai hospital memang orang tak ramai. aku terus masuk ke bilik dan fisioterapist bagi hotpack di belakang badan. aku terlena.

*
*
*
*

"h******* bangun. buat exercise pula. lenanya awak tidur"

hahahaha sumpah aku tido lena walaupun dalam keadaan meniarap. aku siap mimpi lagi tapi aku lupa ape mimpi aku. masa nak bangun tu susah sikit sebab aku rasa sebelah belakang kiri aku sakit banget. aku nak wat exercise pun tak berani.

so sue(fisioterapist tu) pun bagi aku tarikh baru utk visit seterusnya.

semasa tunggu hubby sampai (hubby juga ejen unit trust-haruslah bz ulang alik ke public mutual- part time) aku disapa oleh akak yang menjaga kaunter tu.

"adik sekolah di mana?"

"ape dia kak?" aku tanya lagi sekali takut salah dengar.

"adik sekolah di mana?"

ok otak aku masih lembab.

aku jawab, " adik saya form 6 di s**********"

"bukan adik. tapi awaklah", kakak di kaunter tu ulang ayat .

masa ni aku memang dah kembang setaman. wah aku nampak macam budak sekolah ke? heheheheheheheheheheheheheh (senyum sampai ke telinga beb)

"errrr, saya dah tak sekolah kak. tapi saya kerja kat sekolah," aku jawab dengan senyuman yang paling manis.

"oh, cikgu ke? nampak macam budak-budak," kakak kaunter balas.

aku terus senyum dan senyum. aku nampak kereta hubby dah sampai depan unit fisioterapi dan aku ucapkan selamat berbuka pada akak di kaunter. aku melangkah dengan penuh lambat2 senyum simpul.

dalam hati, "hikmah aku belum dikurniakan anak- orang ingat aku budak2 padahal dah buleh jadi mak budak, hehehehehehehe"

semoga aku akan menjadi seorang ibu satu hari nanti walau aku taktahu lagi bila.......

5 comments:

  1. Salam

    kelakar la jawapan yati pada kakak kaunter tanya tu.

    Mesti kembang. I percaya kakak tu sure yang u dah terkembang. hehehe

    ReplyDelete
  2. salam irtiyah,
    ade kembang sikit2. hihihiihi. malu i

    ReplyDelete
  3. Insya'Allah satu hari mesti ada rezeki tu.. :)

    ReplyDelete
  4. huahuahua..jika kakti dak skolah kirenye sy ni dak tadika la eh..nk g jugak jmpe kakak kaunter 2..wahahaha..

    ReplyDelete
  5. "jika kakti dak skolah kirenye sy ni dak tadika la eh..nk g jugak jmpe kakak kaunter 2"

    saye? 2 tahun? ngee!!~
    sure dapat duit raye byk tahun ni, baru 2 tahun.

    np x bg flying kick je kat penunggang yg berhemah tu?
    sah-sah dia akan ingat sampai tua bulan puasa yg paling bermakna.

    :) :) :)

    ReplyDelete