Ikut AiTotYati

11.2.09

kan Tuhan dah balas

"cikgu nk kamu siapkan latihan pd muka surat 180-181 n hantar pd cikgu pd hari selasa minggu depan. so kamu ade 6 hari utk selesaikan kerje rumah yg cikgu bagi ni," selesai aku berkata2 pelajar pn mengemaskan buku n menyusun kerusi di laluan tepi tanda sudah selesai kelas applied science. aku memberikan mereka kerja rumah krn mulai khamis (5/2) aku akan berangkat ke summit hotel utk menghadiri mesyuarat data pengambilan pelajar tingkatan 4 (2009)-ayat pendek: aku le tukang amik nama n tukang print surat twrn tu nanti...huhuhu..

so semlam(10/2) aku menuntut kerja rumah yg telah aku berikan namun hampa krn hanya 4org shj yg hantar.. lagi 28 org tak siapkan keje.. ade yg sibuk baru nk wat.. nk siapkan tulisle.. sabar jelah hati ni oiiii...so aku bg tempoh lagi spy hantar esok(hari ni le).

pagi tadi dgn mood aku yg ceria dgn harapan aku nk bw mereka ke makmal siber sbg balasan menyiapkan keje umah, harapan tu hampa. ms aku masuk kelas... masih ade yg tgh menulis... walhl smlm aku dh btau spy pen ketua kelas kutip sume kertas. mmg darah aku dh naik sampe kpl... tp aku mcm biasalah..cool aje(ayat budak2 aku. lagi satu ayat:"cikgu takyah marahlah sbb kelakar je muka cikgu")sebenrnya dlm hati nk meletup. so kali ni aku guna psikologi je.. aku minta ketua offkan kipas n aku minta sume berdiri kecuali yg dh hantar keje umah. aku biarkan mereka berdiri seraya aku berkata," kamu ni sepatutnya dihantar ke gaza.. kamu tak layak berada di sini utk belajar.. kamu hanya layak berperang," kelas mmg senyap sunyi.. if jarum jatuh mmg bunyiler...

aku baru nk sambung beri nasihat tatkala cikgu A tiba di muka pintu. "cikgu, kenapa ni? pelajar sy tak buat keje umah ke?,"cikgu A tanya aku. aku hanya mampu mengangguk sbb rasa nk meletup. cikgu A terus je menuju ke setiap pelajar seraya menghadiahkan 'buah sukun'.nk tau ape? rahsia.. bukan rotan aaaa.. tp satu bentuk hukuman yg biasa je tuh.. tp mmg berkerut gak bebudak ni.

selesai cikgu A bg nasihat n suh budak2 tu minta maaf pd aku... dlm hati aku rasa nk gelak ms depa minbta maaf tp tak boleh la... nanti mcm aku tak serius. so aku pn kemas2 brg ready nk kuar kelas(hr ni satu masa je=40minit). dtg lak cikgu R(beliau ni guru disiplin sekolah).

cikgu R lak tanya,"nape ni? budak2 tak buat keje ke?" aku hanya membatu. tanpa disuruh cikgu R mengarahkan pelajr2 tu berbaris. aku ingtkan ape die nk wat.. rupanya budak2 ni dpt lagi satu hadiah.. ni 'roti canai" lak. sebenrnya aku kesian tgk depa tp depa harus diajar. nasib korglah.

so masa nk kaur kelas tu aku ucapkan tahniah sbb dpt 2hadiah.. tp budak2 cakap,"bukan 2 cikgu tapi 3" aku tanya lagi, "nape lak 3?"

"yelah cikgu, jap lagi mesti cikgu RK pulak bg kami hadiah," pljr2 aku menjawb.

aku hanya tersenyum. sbb aku tau cikgu RK lebih garang drpd cikgu A n cikgu R. dlm hati aku berdoa smg lah budak2 ni selamat. sbb walaupun aku marah tp aku syg kt depa tp depa je tak syg diri sendiri.

"bagun, thank you teacher," aku melangkah keluar kelas dengan penuh kegelian.
dan aku tinggalkan mereka dgn ucapan,"kan Tuhan dh balas tunai..lainkali aniaya saya lagi yer, takyah wat keje umah ye" aku tersenyum simpul sambil menampakkan barisan gigi yg tak cukup(lupa nk pake gg palsu daaa)

0 komen terulung:

Post a Comment