Ikut AiTotYati

31.3.11

MURAH REZEKI

alhamdulillah pada hari ini, di kala Ai sedikit kesedihan kerana didatangi oleh 'P' Allah kurniakan berita kegembiraan lain.

kegembiraan yang pertama ialah tentang kek secret recipe.
cerita lanjut klik sini


kegembiraan yang kedua ialah:
Ai menang give away yang dianjurkan oleh Cik Lulu!!!!
shuke shuke!!!
kalau anda ada join n nak tengok keputusan penuh klik sini


Allah itu maha adil (^_^)

BUKAN KEK SECRET RECiPe BIASA


sila terliur dengan kotak di atas. saje kasi posing ala gaya nak terbang. maklum jelah nak terbang masuk mulut, kan?


yaaa semua org boleh bli. tapi kek ni Ai tak beli. mana dapat?
ni pelajar Ai bagi. meh intai kek tu:

ucapan kek tu memang panjang lebar. meh kalau tak berapa nk jelas Ai tuliskan di sini:

"terima kasih diucapkan kpd cikgu AiTotYati (ni pelajar tulis nama penuh Ai) krn sudi mengajar dan memberi ilmu kepada saya sehingga berjaya mendapat 'A' dlm mata pelajaran Applied Science SPM 2010. terima kasih cikgu. ikhlas dari: Abu Syazwan b. Abu Samah 5EE2/2010"



pelajar ni datang jam 11.30 pagi tadi. terkejut Ai. maklum le klu nak kata kek birthday masih terlalu awal (errr sila maklum ye birthday Ai 5 April depan. kalau nk hantar bunga or present boleh emel Ai. nanti Ai kasi alamat. ahahahahahaha)


Ai tak pernah mengharapkan balasa. cukup dengan keputusan cemerlang yang diperolehi oleh mereka. pelajar ni memang tak pernah dapat B apatah lagi A dalam sebarang ujian. memang syukur sangat2 berkat selalu kena motivasi dan pelajar ini juga timbul kesedaran maka beliau berjaya memperolehi 3A. mungkin bagi kamu apa nak dihairankan dengan 3A sedangkan lagi ramai pelajar yg cemerlang. Ai bangga dengan pencapaian beliau kerana beliau masuk ke tingakatan 4 dengan keputusan PMR yang sekadar 'cukup makan'. senang cerita, masuk tanpa sebarang A tapi keluar dengan SPM ada 3A. tak ke bagus tu?


alhamdulillah kek dah selamat masuk perut Ai dan enJekjek.

kamu nak?

29.3.11

KEPUTUSAN SPM 2011

saje nak berkongsi kegembiraan para pelajar.
pelajar2 Ai bukan budak yang gifted.
pelajar2 Ai bukanlah cerdik mana.
tapi para pelajar telah mengharumkan sekolah dengan mendapat gred purata sekolah di bawah 5.0



mereka berjaya menjadikan gred sekolah 4.34.
dan kejayaan ini telah mendapat penghargaan daripada pihak JPN.


dan untuk Ai juga tidak terkecuali. Ai ajar subjek Applied Science. satu daripada kelas Ai telah menggungguli carta dengan gred purata subjek 2.50. Alhamdulillah berkat usaha Ai dan para pelajar. sukar utk digambarkan kerana para pelajar Ai ni dulu masa masuk di sini bukanlah pelajar yang ada A dalam PMR atau subjek sainsnya mendapat A dalam PMR.


Ai selalu cabar pelajar, "kalau awak masuk sini tanpa A sila pastikan awak dapat sekurang-kurangnya satu A dalam SPM"


dan memang mereka sahut. tahun lepas Ai ajar  2 kelas tingkatan 5. satu lagi kelas tu gred purata ialah 3.86. kelas ni klu ikut ranking kelas adalah kelas tercorot sekali tapi berkat usaha mereka telah buktikan apa ada dengan ranking kelas tu. ada seorang yang dapat A+. pergh A+ tau. dan ade 3org lagi dapat A. syukur alhamdulillah.


menjadi seorang guru ni, melihat kejayaan para pelajar adalah satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. dan lagi puashati kalau pelajar tu menunjukkan sikap dan akhlak yang terpuji, kan?


memang betul, kalau nak kaya jangan jadi guru tapi joinlah MLM tu. jadi guru ni kaya dengan anak murid. dan mak Ai selalu pesan, kalau 40 orang pelajar bagi salam pada kita maka 40orang tu doakan kesejahteraan kite. sentiasalah ikhlas dalam setiap perbuatan (errr walau kdg2 ada gak shout di fb. heheheh)


tak gitu?

27.3.11

Program Delima Zon Melaka N9


Off to ilp pedas,n9.hr ahd pn org jemput. biasala guru cemerlang(p'cubaan utk motivasi diri).ilmu kena dikongsi.x gtu?hv 2b there by 8am.enJekjek tlg hantar.mataseyh abg sbb very supportive(dh bodek dgn anime dlm lappy)

26.3.11

MALAM-MALAM MAKAN MEGI

malam-malam makan megi
macam mana nak kurangkan kalori?
apa nak buat ikut kata hati
burp dah kenyang
pinggan letak je kat sinki
esok barulah Ai basuh waktu pagi


dah
toksah nak mengepaw meggi Ai
habis dah?


kalau tengah malam macam ni korang makan ape ha kalau lapar?

25.3.11

HOBI

hobi? siapa ada hobi? siapa tak ada hobi?

kadang kadang kalau kita jawab sukati je pun kita kata, "hobi aku lah!!"
tak ke gile?

hobi Ai buat masa sekarang ialah:

1. berblogging
2. window shopping
3. tanam pokok


nak buat entry pasal pokok. nanti kendian sebab foto dalam henset enJekjek

hobi kamu ape?

LUAHAN HATI SEORANG GURU YANG PUNYA MIMPI

klise
bile orang kata, sabar jela ti
bile orang kata, belum rezeki


dan Ai memang tahu serta faham itu semua
orang-orang macam Ai ni la
diduga
diuji kesabarannya


cuma
bila orang bertanya
"kau taknak ambil anak angkat ka?


dan kita kata
tentang realiti hidupnya
hidup kini dan masa depannya
tentang remaja
tentang kebejatan sosial mereka


oh
tahu pula kau melenting
kau pertahan apa yang kau kata
dan kau kata
semua yang aku cakap itu doa?


habis tu
soalan yang kau tanya
aku taknak ambil anak angkat ka
bukankah macam doa juga?
doa supaya aku takkan ada zuriat
sampai bila bila


klise
klise
klise



tolong faham
cikgu juga manusia biasa
bukan sifatnya baik sentiasa

24.3.11

PANDUAN MEMBUAT CEK BANK

mesti orang akan kata, ala pegi jelah kat bank.

ala tapi ada jugak antara kome tak pernah buat cek, kan? kan?
baik mengaku ye.


proses nak buat cek bank ni mudah aje.
1. pergi ke bank yang korang nak buat cek tu.
2. isi borang untuk buat cek bak/ bank draf. isikan nama penerima cek dan nama pembayar. isikan juga amaun berapa juta yg kamu nak buat cek tu.
3. pastikan bawa savings book. takde pun takpe. nanti cek je lah akaun kamu tu online.
4. bayaran yang dikenakan untuk buat cek ialah RM 2.15 sahaja.
5. tunggu dalam 5-10minit.
6. cek pun siap.

tak perlu tunggu sampai esok.

ada sape2 nak bagi Ai cek?
cek tendang takmo


:P

CERITA LAWAK GAMPANG part 3

hari ini, Ai sensorang je kt Siber lab. my partner gi kursus kat BTPN.
hari ni juga, ada orang datang pasang railing langsir.
oleh kerana mereka nak pasang dalam bilik opis Ai maka Ai duduk di bahagian luar pintu bilik opis tapi masih mengadap ke dalam opis. faham tak? untuk gambaran sebenar meh datang tempat keje Ai.


dipendekkan cerita, mamat yang pasang railing ni pun sedang berusaha untuk menggantung semula gambar yang dia cabut sebab nak buh railing langsir di pintu tu.
tiba-tiba,



mamat railing: oh pan**t (melatah pasal gambar tu tetiba nak jatuh)
Ai : (pandang mamat railing, tunjuk muka tak puashati)
mamat railing: (senyum kambing. rasa tak bersalah sebut benda yang bukan dia punye kot)
Ai: sebut le sendiri punye. sebut orang lain punye apa barang?



eh apasal hah kebanyakan orang bila nak mencarut mesti sebut mak dia punye?
sebab lahir ikut situ ke?
kenapa haaaa?

23.3.11

CERITA LAWAK GAMPANG part 2

part 1 mana?
haa tulah sebabnya Ai dah standby nak kasi link ni. meh klik bawah ni. cerita pasal lawak gampang yang pertama. watak-watak sume dah diubah utk mengelakkan timbulnya spekulasi.

http://bestari206yati.blogspot.com/2011/03/lawak-gampang.html


dah habis baca?
meh baca cerita lawak gampang yang kedua
cerita lawak gampang yang kedua ni berlaku di sebuah institusi kewangan ye.
masa tu Ai di kaunter selaku pemerhati bebas. ecewah.


perempuan: eh En H. lama tak nampak. bizi ye?
lelaki: biasalah. ko dah slim sekarang ni (sambil mata tu meratah badan perempuan atas bawah)

perempuan: aku? sejak ade yg ke-4 ni aku dah jadi superwoman.
lelaki: (cakap sambil sengih sengih). ye ke? superwoman bila tu? waktu malam ke?



Ai yang dengar dah start rasa kurang selesa. sebab en H tu asyik ulang-ulang pertanyaan tu oleh kerana perempuan tu buat-buat tak dengar soalan tu. kenapa mesti perkara macam tu  dipesongkan?

kenapa haaaaa? (gaya Nasir Bilal Khan)

22.3.11

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage

ini entry ketiga untuk hari ini.

entry pertama:  http://bestari206yati.blogspot.com/2011/03/lawak-gampang.html

entry kedua: http://bestari206yati.blogspot.com/2011/03/giveaway-sempena-27-tahun.html


dah baca? meh join giveaway ni. tuan punye blog nak bagi coklat nih.

jika anda mahu join, klik pada banner tu untuk syarat2 nyer ye

tarikh tutup: 31 mac 2011
nak tag: Lieya dengan MakBed

sudi2kanlah buat ye
muahs muahs

GIVEAWAY SEMPENA 27 TAHUN

hari ni amik Cuti rehat tapi gian nak berblog tetap ade. macam memang tak boleh bed rest lorr. entry pertama hari ni link di bawah ni:

CERITA LAWAK GAMPANG

sape belum baca sila baca dan komen ye. hihihiihi


aaa ni nak ajak ramai2 join satu give away ni. mana Ai jumpa?
Ai blogwalking le.
senang banget nak join. walaupun tuan blog kata takyah follow tapi Ai tetap folo blog dia.
tuan blog kata takyah buh banner tapi Ai nk gak cilok header blog dia.
ni dia


klik banner untuk ke blog tuan yang buat GA ni.

jom join jom

CERITA LAWAK GAMPANG

alkisah di suatu hari yang damai, di sebuah tempat menjamu selera.

pompuan: bagus diwujudkan skim Guru Cemerlang ni
lelaki: kenapa pulak?

pompuan: yelah, skim ni mengiktiraf golongan guru yang berkaki lebar berkaliber, yang memang nak meningkatkan nilai diri tanpa perlu menjadi pentadbir.
 lelaki: yeke?  macam tu aku tergolonglah sekali.

perempuan: eh apsal plak.
lelaki: aku memang dah lama NAIK GURU CEMERLANG NI.

perempuan: ko dilantik masa cuti ke? bila masa ko jadi guru cemerlang?
lelaki: aku tak kata aku jadi guru cemerlang tapi AKU SELALU 'NAIK' GURU CEMERLANG.


pembaca sekalian, faham tak?

20.3.11

SAYA MAHU BERTERIMA KASIH KEPADA BLOG SUNGELANG

kenapa Ai mesti berterima kasih kepada blog ini?
kenapa dan mengapa? 2 persoalan yang akan Ai kupas


pemilik blog Sungelang ini bukanlah sapa-sapa. menteri bukan, dato' pun bukan. hartawan pun bukan.
tapi pemilik blog Sungelang ini telah mencelikkan mata Ai, telah membuka mata Ai tentang kewajipan dan tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapanya.


tak, Ai tak kena cubit. jauh sekali dipukul atau ditampar. perli secara terbuka pun tak kena.
pemilik blog Sungelang ini telah menunjukkan kepimpinan melalui teladan. teladan yang bagaimana?

RUPA MEJA ATAS

hahahahaha. saje suka suki nak tukar perkataan desktop kepada meja atas. ke atas meja?

ni kakza yang tag. sape kakza? terjah blog beliau di sini




meh Ai tayang sikit desktop Ai nih

mestilah wajib wallpaper guna foto boifren kedua Ai. lain2 adalah icon shortcut seperti GCleaner, tuneUp utilities, HP updtaes dan pelbagai lagilah!!!



Ai nak tag Lieya, kekda dengan Irtiyah. nak skodeng lappy deme jauh bebenor.


desktop kamu camne?

19.3.11

SYARAT BARU KAD KREDIT

bagus!!! Ai puji sangat tindakan Bank Negara Malaysia ni. mereka kuatkuasakan syarat baru untuk miliki kad kredit. takdelah nanti ramai yang muflis sbb hutang kad kredit atau lebih popular kad plastik. ke duit plastik?



syarat baru kad kredit:

1. had pendapatan individu mesti RM 24 000. dulu RM 18 000- memang patut sangatle. sekarang semua barang dah naik. kalau gaji setakat RM1500 tu tak payahle pakai kredit kad. bahaya!!!

17.3.11

SURAT TERBUKA BUAT CHENTA HATI

abang,


kenapa abang? kenapa?
puas ayang memikirkannya.
puas ayang menasihatinya?
kenapa?
besar sangatkah permintaan ayang?
terlalu beratkah untuk dilaksanakan?
bukan sekali, dua kali atau tiga kali tapi dah berkali-kali ayang nyatakan.



tahu tak buffered earning selalu ke blog abang?
tapi tak sampai 2hari dah jadi metered earning.
nape entah nuffnang asyik bagi BE pada abang. tapi tidak ke blog ayang?
padahal ayang update blog hari-hari. kalau hari cuti lagi banyak entri tapi takdelah lebih 6 entry.
(rekod ayg pernah buat pun 5 entry sehari)


ayang tak kisah kalau kite tak share akaun Nuffnang tu. tapi ni kite share.
abang kenalah proaktif.
jangan lemau boleh tak?



abang.... oh abang!!
apa lagi yang ayang boleh katakan?

14.3.11

::Segmen:Apa kata kamu tentang cinta::

dapat tag daripada Pn Lieya Cute yang mmg sentiasa cute tuuuu.

kalau kamu nak tau psl segmen ni klik saje banner di atas tu ye.

pendapat Ai tentang cinta:

SAYA MAHU JADI DIRI SENDIRI DALAM BLOG PEUGEOT BESTARI 206

kenapa Ai suka jadi diri sendiri?
kenapa? 
kenapa tak suka nak jadi macam orang lain?


sebab kita sendiri tahu kemampuan kita, tahu emosi kita.
degil pun ia jugak kot. 
senyum kambing


13.3.11

Contest Cintai Alam Sekitar

sayang alam sekitar tak?
ape? tak sayang? kite mesti sayang alam sekitar.
Ai jalan2 jumpa pulak kontest kat blog encik amar ni. nak join klik sini



Contest Senyum Paling Ceria!! :D

nampak banner ni kat blog Lulu.

SAYA MAHU BUAT SEMUA TUTORIAL DI MARIBINABLOG.blogspot.com

ape? tak percaya?
eh hari ini aje Ai dah buat 4 tutorial daripada blog maribinablog.blogspot.com

SAYA MAHU JELASKAN KENAPA SAYA TIDAK FOLLOW BLOG BEN ASHAARI LAGI

Ai dah lama fikir, renung, fikir lagi. lepas tu renung.
tenung kat dalam draft blogspot ni. nak publish ke tak. nak publish ke tak.

tapi lepas Ai dapat ni,


emel dari Mommy Lyna dari MySuperKids semalam, Ai akan laksanakan tanggungjawab ini sama berat macam nak pilih parti mana ni dengan menekan publish pd hari ini.
Ai nak jadi peserta yang nk menang ipad, bukan juri yg dapat RM50 je.


NAK PERGI, PERGI JELAH

setiap kali nak cuti, mesti Ai akan dapat mesej drpd orang dah tu takkan kuceng pula


beliau menanyakan tentang destinasi percutian Ai. sblm2 ni mmg Ai jwb. tapi kali ni Ai mcm dah paham je. beliau tanya Ai dulu, so that bila Ai balas mesej tu mestilah Ai akan kena tanya dia semula, kan?

11.3.11

TAK MALU

enJekjek telah selamat pulang ke rumah setelah 3hari berkelana di pusat koku Lan_chang.

Ai trs ke dapur, nak minum. alih2 terpandang plastik sampah yang tergantung di pintu.

10.3.11

surat buat PTPTN

wahai PTPTN,

kamu mahu peminjam langsaikan hutang. tapi kamu yang lambat bagi surat pengesahan baki pinjaman secara lump sum. hari tu kata akan dipos dalam masa 14hari bekerja, ni tadi Ai tepon tanya status cakap 21hari bekerja pulak. korang ni nak duit ke taknak?


gaji Ai  bulan2 dahle kamu potong, ni kalau kamu lambat keluarkan surat pengesahan baki pinjaman tu, nanti satu hal pulak Ai nk tuntut lebihan bayaran tu.


PTPTN tu agensi kerajaan ke swasta?

awat lemau bonar?

TEKANAN

hari ni belajar tentang tekanan.

formula tekanan = daya bahagi dengan luas


tapi hari ni Ai yang jadi tertekan.
sebab?

nak masukkan nilai dalam formula pun pelajar tak boleh buat.
mengajar mereka kena banyak sabar, sbb setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza.
pernah dengar Multiple Intelligences? nama lain ialah kepelbagaian kecerdasan. nak tahu lebih lanjut baca di sini dan di sini.

SEIMBANG

poyo je dalam entry terdahulu Ai taip benda ni.

Ai cuba sedaya upaya seimbangkan kedua-duanya.



(-_-")

9.3.11

KERJAYA ATAU KELUARGA?

skrg Ai ambil keputusan utk lebih fokus pd family. Ai mean utk membina keluarga sendiri.
dah hampir 10tahun fokus utk kerja. dah bosan. bosan? 
weh orang lain susah nak dapat keje ko boleh kata bosan? tak bersyuukur ke?


tolong jangan salah faham. sekarang Ai lebih giat menggandakan usaha untuk mendapatkan zuriat. so bila kita fokus pd satu2 perkara tu pasti akan ada perkara lain yg terpaksa dikurangkan perhatiannya. dan Ai terpaksa slow down sikit pd kerjaya.


Ai fikir dah tiba masa bina masa depan sendiri. maklum sahaja, bulan depan dah masuk usia matang.ceh perasan


dan kamu2 yg baca jangan nak putar belit ayat2 Ai pulak, ini luahan hati dan fokus Ai buat masa sekarang.

faham?
tak faham tanya cikgu. Ai pun cikgu maka boleh tanya Ai juga. 
hahahaha

8.3.11

KEDEKUT ATAU PAHALA

hari ni ada rombongan dari Perak buat lawatan penanda arasan. omputeh panggil bench marking.
macam biasa Ai le tukang nk sediakan presentation utk sekolah. yang ni Ai make up je presentation thn lepas. update mana2 yg patut. sebelum2 ni mmg Ai ada buat. thn lepas masa bulan Ogos rombongan benchmarking drpd N9/Melaka yg datang sekolah Ai.



amat menakjubkan, lepas je tamat segala presentation yg Ai buat tu, Ai terima 20 bijik pen drive drpd ahli2 rombongan yg nak copy presentation Ai tu. perkataan menakjubkan boleh terima tak?


dgn pantas Ai PDF kan presentation Ai tu. dah tu buh password. then baru copy kan ke berpuluh2 pendrive tu.
sbb pada pendapat Ai, nak buat presentation utk sekolah tu bukan senang Ai nak perah idea. brain storming bagai nak pecah kepala kemudian org senang2 tiru? oh no no no



antara ahli rombonan tu ade yg berseloroh, kalau sekali copy tu RM10 senang2 je Ai collect RM200 hari ni.


Ai kedekut ke?

KEDEKUT

bukan senang nak jadi senang


tapi






bukan susah nak jadi susah








kan?

7.3.11

Budaya Jawa kian dilupakan

artikel ini Ai copy paste daripada kosmo hari ini. kalau nak ke link nye boleh klik sini


KANAK-KANAK yang dirai berkongsi nasi keluban di Majlis Among-Among 6 yang diadakan di Riverstone Ulu Yam baru-baru ini.


TAHUKAH anda apa itu among-among? Seorang wanita berketurunan Jawa pernah melontarkan soalan tersebut ketika penulis menghubunginya untuk bertanya tentang budaya masyarakat Jawa membuatkan penulis terdiam seketika memikirkan maksud di sebalik perkataan itu. Adakah ia sejenis makanan atau haiwan?
Jika perkataan among-among agak asing pada penulis, pastinya ia juga jarang didengari oleh mereka yang bukan berketurunan Jawa. Apatah lagi, di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia sendiri ada yang tidak mengetahui apa itu among-among. Jika ada pun hanya sekadar pernah mendengar perkataan tersebut.
Naluri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai among-among menemukan penulis dengan beberapa lelaki berketurunan Jawa melalui satu pertemuan yang diaturkan Riverstone, Ulu Yam baru-baru ini.
“Among-among merupakan satu tradisi masyarakat Jawa meraikan bayi selepas 36 hari dilahirkan. Ia akan diadakan setiap tahun sehinggalah bayi itu pandai bercakap, biasanya pada umur empat tahun.
“Sebelum among-among ini dijalankan ada beberapa tradisi lain yang perlu dilakukan sebaik sahaja seseorang bayi itu lahir. Hari pertama hingga ketujuh bayi dilahirkan, ramai jiran-jiran dan saudara-mara datang menziarah keluarga bayi. Kunjungan tradisi ini dipanggil muyi, biasanya kaum ibu datang pada waktu siang manakala kaum bapa pada waktu malam,” kata Zahrul Nizam Mahfuz, 43, yang lebih mesra disapa Kang Nizam. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mutiara i-Tech.

ZAHRUL NIZAM membisikkan sesuatu ke telinga Anuar Kusmat menunjukkan bagaimana tradisi balalan dilakukan.


Selepas muyi, ia diikuti dengan puputan atau kenduri cukur jambul. Pada masa ini para tetamu diraikan dengan jamuan nasi ambang atau disebut ambeng. Juadah nasi itu dimakan bersama ayam masak kicap, mi goreng, sambal goreng, sayur dan serunding kelapa. Kemudian barulah tradisi among-among bermula selepas tempoh berpantang tamat.
Among-among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan hinggalah bayi tersebut fasih bercakap tetapi kebanyakan masyarakat Jawa Malaysia menyambutnya pada hari lahir seseorang bayi tersebut.
“Among-among sebenarnya untuk meraikan kanak-kanak sama seperti sambutan hari lahir. Memadai menjemput jiran tetangga dan saudara-mara terdekat yang akan dijamu dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang,” kata anak Jawa kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu.
Urap
Kanak-kanak yang hadir akan makan beramai-ramai di dalam satu dulang berlaukkan urap. Urap adalah campuran sayuran seperti pucuk ubi, tauge, kacang panjang ala kerabu kelapa yang diletakkan di atas nasi dan di kelilingnya pula diletakkan telur, ikan bilis, ikan kembung goreng atau ayam mengikut kemampuan sesebuah keluarga,” kata Kang Nizam yang merupakan Naib Presiden I Persatuan Anak Jawa Malaysia (Ajmal).
Selain nasi keluban tetamu cilik juga dijamu dengan bubur abang dan jajan pasar. Bubur abang merupakan tradisi wajib kerana ia melambangkan kesyukuran.
Ia dipanggil abang kerana warnanya merah. Abang dalam bahasa Jawa ialah merah. Bubur tersebut diperbuat daripada beras yang direbus sehingga lembut kemudian ditambah santan, garam dan daun pandan, manakala jajan pasar pula ialah hidangan makanan ringan tujuh warna atau jenis yang berlainan.
Menurut Kang Nizam, among-among semakin jarang diamalkan dalam kehidupan masyarakat Jawa di Malaysia mengikut tradisi yang sepatutnya. Bagaimanapun, ia masih diamalkan di sesetengah tempat seperti di Teluk Intan, Perak, Sabak Bernam di Selangor dan Johor.

MASYARAKAT Jawa meraikan bayi dalam beberapa majlis seperti among-among, puputan dan muyi. - Gambar hiasan


Turut sependapat dengannya ialah Pengarah Urusan Etika Sihat Sdn. Bhd., Ashaari Sidek, 54. Ashaari memberitahu, tradisi masyarakat Jawa Malaysia seperti muyi dan among-among menunjukkan kesuramannya sejak pertengahan tahun 70-an.
“Saya masih ingat kerana pada masa itu kami adalah golongan yang diraikan. Orang lama tahulah mengenai tradisi ini. Kini, ramai yang tidak melakukannya kerana tidak tahu bagaimana kerana ia tidak diwarisi dengan baik.
“Kebiasaannya dalam sebuah keluarga ada orang lama yang menjadi pakar rujuk, apabila mereka tiada, tradisi seperti muyi, among-among, balalan dan baraan semakin dilupakan,” katanya ketika meraikan among-among Muhammad Harith Fahmi Mohd. Fidzhar berusia enam bulan di Riverstone Eco Resort yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Sungai Tua, Batu Caves baru-baru ini.
Jaluk ngapuro

TRADISI makan nasi ambang di dalam dulang yang dikongsi beramai-ramai mampu mengeratkan hubungan silaturahim.


Balalan atau dengan nama lainnya jaluk ngapuro iaitu tradisi bermaaf-maafan ketika Hari Raya Aidilfitri turut menerima nasib yang sama kerana ia jarang sekali dipraktikkan.
“Balalan ini hanya dilakukan ketika hari raya sahaja. Ia merupakan upacara meminta maaf di antara orang muda dan orang tua.
“Ia dilakukan secara duduk berdepan sambil kepala kedua-dua pelaku merapati satu sama lain secara sisi sambil bersalam dan meminta maaf daripada sekecil-kecil kesalahan hinggalah kesalahan yang besar. Upacara ini paling lama boleh mencecah selama 15 minit,” katanya.
Tambahnya apa yang diucapkan lebih kepada berbisik dan melibatkan penggunaan bahasa Jawa halus.
Dalam pada itu, seorang anak muda berdarah Jawa, Abdul Raouf Mohd. Dahlan, 31, memberitahu dirinya cukup bertuah kerana keluarganya masih mengamalkan tradisi masyarakat Jawa seperti puputan, among-among dan balalan walaupun juadah seperti nasi ambang dan nasi keluban tidak disediakan kerana kekangan masa.
“Sebagai seorang Jawa, saya berbangga dengan tradisi turun-temurun yang masih diamalkan dan menjadi identiti kami.
“Bagaimanapun, saya sedikit terkilan kerana banyak tradisi Jawa sudah dilupakan. Bagi saya tradisi adalah identiti kepada sesuatu bangsa,” katanya yang merupakan seorang guru.


ulasan Ai:   Ai akui mmg sedikit sebanyak amalan ni dah semakin terhakis krn ramai anak2 tempatan yg migrate. contohnya Ai sendiri. Ai org Sabak Bernam, berkahwin dengan org sabak bernam tapi kami dah settle down di melaka. ibarat sirih pulang ke gagang kerana asalnya moyang kami adalah org melaka-Johor. dan Ai sendiri adalah generasi ke-7. kiranya kalau sumpahan mahsuri ni, dah tamat le. 

di kampung Ai, budaya ini masih lagi diamalkan. dan budaya menjemput orang melalui mulut masih lagi diamalkan. muyi juga masih diamalkan. nasi ambeng, family Ai masih lagi buat. tapi taktahulah akan datang siapa yg nak buat. rasa rugi pulak Ai tak pandai buat nasi ambeng n urap. hmmm balik cuti sekolah ni nak belajarlah. nal belajar buat sambal pecal emak. sambal pecal bonda lah yg paling seap sekali dalam dunia ni!!!

kamu, orang mana?

5.3.11

CINTA


“Bukan senang nak dapat teman hidup yg sanggup terima buruk baik kita,  sanggup berkorban utk kita, sanggup bersama sampai ke akhir hayat. Isteri bukannya hakmilik tapi anugerah”

                              -FILEM CINTA

BULAN DEPAN PADA TARIKH INI

pengumuman,

bulan depan pada tarikh ini Ai akan berusia 30 tahun.
usia?


bukan lagi rahsia.
ada apa pada usia?
pada pendapat Ai, yang penting cara bawa diri, dan bekalan utk ke akhirat. sounds so islamic?


itu kenyataan. semua orang akan mati. jadi kadang2 kalau Ai rasa dah 'ke laut' tu makanya ingatlah mati.

dan kena ingat, bekalan tu bukan bermaksud duduk atas tikar sejadah sampai dahi hitam, wirid dari pagi sampai malam sampai lupakan tugas di dunia, pergi tabligh sampai lupa anak bini konon nak dakwah pd org awam. bekerja juga adalah satu ibadah. bekerja kerana Allah untuk membantu suami dengan izin suami Insyaallah akan dapat pahala.


eh, jangan lupa bahawa anda dah boleh mula tempah cupcakes dan boleh start usha2 hadiah utk Ai.
kalau rasa tak sempat nak shopping untuk Ai, boleh klik banner heartbeat.my di bawah





boleh gtu?

3.3.11

GUA TENSION!!!

smlm ade org jatuhkan laptop gua!!! ye laptop gua!! bukan laptop sekolah tapi laptop gua!!!


gua letak laptop gua dalam beg, beg atas kerusi empuk gua.  gua duduk kerusi lain psl gua tgh buat kerja lain di komputer lain masa tu.
tapi laptop gua tu dalam sleep mode, sbb gua baru blk dari mengajar dan gua bajet nk trs on laptop lps balik dari makmal Applied Scince tu.
tapi lepas orang tu jatuhkan laptop gua, dia tak minta maaf pun!!! lps orang tu blah, gua tengok laptop gua. oh bateri laptop gua sudah tercabut. tapi gua tak buat ape2 masa ni sbb gua nak ke majlis sambutan maulidurrasul. jadi gua trs je buh semula laptop dalam beg dan ke maulud Nabi. kemudian gua balik rumah, dan gua tak on on sampailah gua datang semula ke sekolah pagi tadi.


dan hari ini, pagi2 tadi masa gua nak mengajar, gua on laptop tapi tak boleh masuk windows!!! gua try restart tapi perkara yg sama tetap berlaku. tak boleh nak masuk ke windows!!

menurut website ni, oleh kerana laptop gua dalam sleep mode, otaknya mungkin cedera. otak tu harddisk le.

"Check your OS:
Ok, so you were lucky enough to have it start up and no problems with the display. Everything’s great, right? Not so fast. Your Hard Drive, which holds your data (files, pictures, movies, music) may have been damaged. Let the system start up and see if you can begin to use the computer. If the computer just hangs and freezes at a point in the startup, you could have hard drive damage. Now, you may be able to repair this by re-installing your system. But what about your files, pictures, movies, music, etc?"

nak baca lebih sila klik link bawah ni:
http://www.interrupt19.com/2008/06/16/oh-no-i-dropped-my-laptop-what-do-i-do/


skrg gua tension. sbb byk data dlm tu. mmg gua ade back up tapi bukan semua keje yg kite buat kita akan terus back up. last gua back up adalah tahun lepas bulan sebelum raya. dan kalau data gua hilang, ini termasuklah gambar2 gua bercuti di Miri thn lps!!


laptop ni, gua tak habis bayar lagi. ada 3bulan lagi. gua bli tahun lps di Ikano jauh tu psl gua buat installment. gua bli ni psl gua bagi netbook puteh gua pd adek gua yg study kt oversea tu.

oh kenapa gua tak jatuhkan laptop gua tapi org lain yg jatuhkan?

gua tahu ini ujian. ya Allah, sabarkanlah gua!!


p/s: gua baru je dapat call drpd orang atasan yg ada lawatan benchmarking dari Perak nak turun ke sekolah gua Sealasa depan. gua ni dahle guru yg kena sediakan itu semua. I mean powerpoint psl sekolah yg gua dah buat ade dalam tu!!! dan sekarang gua rasa nk menangis sbb laptop gua sudah sakit!!

2.3.11

1st Giveaway Zanariah Tap Blog

lagi GA. layan


syaratnye sgt mudah.
1. buh banner
2. folo blog
3. teka berat beliau : Ai teka 43.3kg
4. tag kwn2   :  irtiyah, lieya, nuril
5. tinggalkan komen kt entry kontest tu.

ape lagi. mehle masuk

tarikh tutup: 31 mac 2011

" CONTEST I LOVE RED "

Ai jumpa kontest lagi. meh kite join!!!


  senang je syaratnye.
1. jadi follower
2. buh banner
3. buh gambar kite pake baju merah
4. tag 3 org kwn
5. tinggal komen kt entry kontest tu


ape lagi. klik le banner kalau nk join.


ni gambar yang Ai pertaruhkan:

ni masa adek Ai nikah, mmg kami tema merah makanya inilah dia!!!


so Ai nak tag 3 orang kawan:
1. LULU CALDINA
2. TASEK
3. LIEYA


tarikh tutup 31 mac 2011

kakpah's GIVE AWAY

semangat join GA dlm diri Ai ni makin melampau2. pantang nampak asyik nk join saje. tq le Lulu sbb kasi tahu ini GA lah!!!


tengok sape punye GA ni

kak pah punye!!!!

kome meh le join beramai2 ye
nak tag sape ek?

3 orang yang kena tag:
1. Lieya
2. Nuril
3. Kak Za


mari join!!

tarikh tutup 12 Mac 2011

GA 'cool wif sunglass!'

GA ini Lulu yang tag Ai.

ni banner tuanpunye kontest




gambar yang Ai pertaruhkan adalah seperti berikut:
foto diambil ketika bercuti di Miri pada september tahun lepas. Ai yang depan tu. belakang tu my BFF, Nuril.

so Ai nak tag:

1. Lieya
2.faiz farish


kalau yg lain nak join pun boleh. takde masalah. klik pd banner tu ye utk info lebih lanjut.
tarikh tutup : 19 Mac 2011

1.3.11

jom join cabutan bertuah Raflessia Collection nak??

lagi GA aka lucky draw.

layankannnnn. bagus kan smgt bulan baru Ai ni.. hihihiih
kite lihat siapa yg Ai join tuh

Ai nak shawls nak shawls nak shawls!!! hihihi

nak tahu lebih lanjut klik banner kt entry ni dan di side bar pun ade

mari join!!!
tarikh tutup: 6 Mac 2011

INSPIRE DESIGN'S 1st GIVEAWAY

HADIAH :
Pemenang Utama : Starter Kit bernilai RM150
Pendorong/referrer Terbanyak : Starter Kit bernilai RM100
(contoh hadiah seperti banner)

memula cakap pasal hadiah. boleh baca, kan?

tau pasal ni drpd Lulu Caldina. tq Lulu.

jika mahu tahu lebih lanjut klik di sini. pd banner pun boleh. kat banner di sidebar pun boleh.
eh sume bolehlah!!!


Ai nak tag Lieya, Irtiyah n Lepidoptera

LULU CALDINA 1ST GIVEAWAY

dah lama Ai memendam hasrat ini. nak join GA cik adek yg manis ni.
selalu2 klu ade GA mmg akan bookmark cuma sempat atau tidak tu je le.
tapi yg LULU ni, Ai tetap nak sempatkan jugak!!

syaratnya cukup mudah. sesiapa sahaja boleh join. nak tahu lebih lanjut klik sini

dan Ai nak tag 2org iaitu:

yang lain kalau nak join pun Lulu lagi alu2kan. ni Ai wakilkan Lulu cakap. hehehe

Lucky Draw Ratu Tupperware

hamboi hamboi bulan baru semangat mesti baru, tak gtu?
so Ai semangat nk join ni.



kawan-kawan, marilah kita join lucky draw ni. amat mudah!!!
 nak tahu lebih lanjut klik sini

SELAMAT

Ai nak ucapkan


SELAMAT MASUK BULAN MAC


sekian


nape, tak boleh ke?
:P