Ikut AiTotYati

14.3.10

PEOPLE ALWAYS TAKE FOR GRANTED

aku suka melihat sekeliling dan kemudian berfikir. dan selalunya aku akan nampak perkara yang orang lain tidak buleh nampak. kadang-kadang aku rasa macam adrian monk. alaaa dalam cerita monk tu.

aku cuma nak kongsi beberapa perkara yang orang anggap remeh dan tiada apa-apa.

1. aku selalu nampak ayah/bapa/abah/papa/daddy/atuk/grandpa bawa baby bersiar-siar. itu bagus!!! yang tak bagus ialah dia bawa baby itu menaiki motorsikal. dia pegang baby itu dengan tangan kiri. tangan kanan pegang handle motorsikal. anda boleh bayang tak? baby itu diletakkan diatas kaki kirinya dan pegang sebelah tangan dengan tangan kirinya juga. baby di sini ialah baby berusia dua tahun ke bawah. mungkin ayah/bapa/abah/papa/daddy/atuk/grandpa itu rasa baby itu selamat. jika tiba-tiba kereta depan brek mengejut atau tiba-tiba jalan itu berlekuk/lubang, apa akan jadi pada baby itu? fikirkan...


2. ibu bapa selalu terlepas pandang tentang perasaan anak sulung. sulung di sini tidak kiralah kamu sulung lelaki, sulung perempuan atau bukan anak sulung tetapi anak yang tengah-tengah tetapi dia perempuan/lelaki pertama. selalu dibiarkan anak sulungnya itu. dengan harapan anak sulung membantu keluarga. meletakkan harapan itu bagus tetapi bagaimana dengan perasaannya? kadang-kadang ibu bapa terkata. sengaja letak 'ter' sebab selalu mereka tuturkan tanpa sedar. contoh, "kamu dah besar, pandai bawa diri. adik kamu tak pandai jaga diri lagi." kadang-kadang ibu bapa lupa bahawa sebelum anak sulung itu besar dia juga pernah kecil tapi pandai-pandailah bawa diri. jadi oleh kerana anak sulungnya itu telah biasa bawa diri sendiri makanya bila mereka dah besar & bekerjaya maka mereka tidak akan betah untuk tinggal lama-lama dengan ibu bapa disebabkan telah dilatih untuk menjadi seperti ayat yang dituturkan itu. jadi janganlah marah atau kecik hati dengan tindakan si anak sebab anak itu telah dilatih sebegitu rupanya.


3. orang selalu fikir yang orang yang baik itu akan selama-lamaya baik. tidak!!! kerana selagi orang itu adalah insan maka dia tetap akan melakukan kesilapan. jadi berilah peluang kedua kepada mereka. dan doakan mereka insaf. jadi berjaga-jagalah dengan orang yang baik itu. kalau dengan orang baik kamu harus berjaga-jaga. apatah lagi dengan orang yang kurang baik. fahamkan?


aku rasa cukup dululah list take for granted aku ni. nanti ada masa aku sambung lagi :D

4 comments:

  1. akak pun sama..kalau nampak orang bawak anak cara tu..selalu bebel sendiri..ssatu lagi..bawak anak naik kete..tingkap dibuka luas2 biarkan anak jengok keluar..hei seriau lah...kan..
    memang betul..selagi bernama manusia...pasti akan ada kekeurangan...

    ReplyDelete
  2. ye betul tu kak.

    harap2 jika orang yang buat tu baca entry ni, akan ada kesedaran :D

    ReplyDelete
  3. ye ye.. saya setuju dengan pendapat datin itu.. :)

    ReplyDelete