Ikut AiTotYati

27.3.10

ISLAM AGAMA BERADAB, BUKAN BIADAP

siapa yang ajar buleh buat ayat di atas? aduyai... jumpa masa ronda2 kt JJ ayer keroh. itu adalah perkataan atas satu door mat yang dijual. 
"Selamat Dijemput?' hmmm banyak tafsirannya. 
maka Ai juga nak ucap begitu kepada kamu semua.
"SELAMAT DIJEMPUT- Selamat datang ke blog Ai. 
                                           Dijemput membaca  (^_^)




tajuk blog Ai pada hari ini ialah ISLAM AGAMA BERADAB, BUKAN BIADAP. ia adalah kesimpulan yang dapat Ai buat semasa mendengar ceramah maulidurrasul di sekolah. Islam adalah agama yang sangat sempurna. merangkumi semua aspek dalam kehidupan. segala perkara yang kita buat ada doanya. walaupun kite tak tahu doa nak naik kenderaan, bacalah bismillah. kalau tak hafal, lekatkanlah stiker doa naik kenderaan tu. dan kalau tak dapat hafal doa yang panjang-panjang tu bacalah bismillahirrahmanirrahim ye.

masa dengar ceramah tu Ai terfikir, Ai bukan tak tahu tapi kadang-kadang terlupa. ataupun mungkin Ai tahu tapi tak amalkan. ish... Ai dalam proses utk menjadi muslimah sejati. Ai ingin berkongsi sedikit ilmu yang Ai dapat masa sambutan maulidurrasul tempoh hari. Ai catatkan dalam bentuk point sahaja ye sbb sambil dengar sambil mencatat.

a. Rasullullah meninggalkan 2 perkara kepada umatnya iaitu Al-Quran dan Sunnah.

b. 7 sunnah Nabi Muhamad SAW ialah:
     1. menunaikan solat tahajud
     2. membaca Al-Quran
     3. memakmurkan masjid
     4. menunaikan solat Dhuha
     5. bersedekah
     6. menjaga wudu'
     7. membaca istighfar

c. ADAB DENGAN KAWAN
      1. saling memberi nasihat
      2. jujur
      3. memberi salam
      4. bersangka baik
      5. saling menghormati
      6. tidak mengumpat kawan

d. ADAB BERPAKAIAN
      1. membaca bismillah
      2. pakaian itu bersih
      3. jangan berlebihan - maksudnya jangan vogue sangat
      4. memakai pakaian yang sepatutnya- lelaki HARAM menyerupai wanita
      5. menutup aurat - maksudnya tidak nampak warna kulit (kain sekarang banyak mahal tapi    
          telus pandang). wanita mesti menutup keseluruhan badannya kecuali muka & tapak tangan.


e. ADAB MAKAN/MINUM
    1. membasuh tangan
    2. membaca doa
    3. jangan makan dengan gelojoh
    4. minum seteguk demi seteguk
    5. hendaklah duduk - Nabi melarang minum sambil berdiri.
     6. selepas selesai makan/minum hendaklah membasuh tangan dan membaca doa.

f. ADAB MENDAPAT CAHAYA MATA
     1. aqiqah - 2ekor kambing utk baby boy. 1 ekor utk baby girl. sunat pada hari ke-7.
     2. lakukan tahnik - maksudnya bagi madu & air zam-zam pada baby.

g. ADAB UNTUK PARA WANITA
     1. menutup aurat
     2. jangan memakai pakaian penuh tetapi terdedah - rujuk d(5)
     3. tidak boleh duduk berdua-duaan tanpa muhrim.

"SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA SOLEHAH"


maafkan Ai jika ada yang kurang. jika ada yang boleh ditambah silakan. ini adalah catatan Ai semasa mendengar ceramah itu.

oh masa sambutan itu, ada gotong-royong memasak. yang masak adalah guru-guru & staf tempat Ai bekerja. dah habis masak, semua orang makan dalam talam. satu talam 4 orang. bukan duduk dalam talam tapi berkongsi makanan. itukan sunnah nabi,. sempatlah Ai snap gambar pelajar yang Ai ajar. Ai duduk di depan dewan (well Ai ajk multimedia yg tetap & berpencen tapi Ai suka kerja ini sbb tak payah kupas bawang- utk info sejak kwen Ai jarang kupas bawang sbb hubby yg kupas. takpun bli yg dah siap je. kupas bawang perlu ddk lama n fokus. Ai tak buleh fokus nanti sakit belakang- kuat tak alasan? :P )

bukan main suka lagi pelajar-pelajar ni masa Ai snap gambar. 4 sekawan yg dok pandang kamera tu adalah kawan baik & pelajar yang 'baik' dalam kelas. oh jangan salah sangka mereka mmg baik cuma mulut macm bertih goreng. sejak  Ai mula mengajar di sini Ai selalu dapat pelajar lelaki yang very talkative tapi they  really make my days (^_^)






foto di atas pula adalah proses mendapatkan mainan baru hubby Ai. selaras dengan moto kami, hidup perlu diteruskan serta nikmatilah ia serta jangan mudah kecewa maka pembelian camera DSLR Nikon D5000 adalah sangat berbaloi. hubby suka snap gambar. sesuailah utk dia. kami beli di JJ bandaraya Melaka kedai Fotokem. harga sangat berpatutan iaitu RM2880 dapat kit dengan AF-S DX 18-55mm, f3.5/5.6G ED VR lens beserta waranti 3 tahun, memory kad 8GB, tripod besar & beg DSLR serta software yg membolehkan kite delete terus foto (maksudnya org tak buleh retrieve foto once dah delete). dalam iklan suratkhabar berita harian bertarikh khamis 25mac2010, dengan harga yang serupa dinyatakan hanya dapat kit dan percuma kad SD 4GB + beg DSLR. jadi silalah berkunjung ke kedai fotokem sekarang juga (eh Ai tak dapat duit promosi ni tapi layanan mesra mereka membuatkan kita tak kecewa). oh mmg tak usha kat kl sebab jauh sangat. if anything happen to that kamera senang nak pegi kedainya.




24.3.10

AKU BUAT AJE

sebab aku malas nak bantah maka aku buat aje.
tak kuasa nak melayan. buat aje.
biar dia rasa bersalah. aku buat aje.


kesimpulannya... aku buat aje kerana aku percaya,
 "TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA YANG MENERIMA"

21.3.10

MONDAY BLUES

tadi jam 9.40pm bukan main lagi mata Ai berat. tgk movie The Medallion pun sambil pejam mata.

tapi bila dah landing baik punye atas katil, taknak pejam pulak mata ni. aish monday blues dah mari dah.
baru nak lelap si Zaza pulak dok start main permainan dia. berbunyi-bunyi. paham2 jelah harmster ni haiwan nokturnal. masa malam ni lah Zaza aktif.

sekali dengan tuan Zaza pun aktif. Ai bangun minum se'mug' susu panas. oh guna mug yg dapat dari kenduri kahwin 20mac tu. mujur ko bagi 2 biji mug cik nuril, klu tak mmg konpem jadi rebutan Ai dgn mr jek lah (ok kami mmg tak matang, suka nak berebut objek baru :P)


oh semoga semuanya berjalan lancar. amin :D

KEBAIKAN & KEBURUKAN MEMPUNYAI FACEBOOK

sekadar gambar hiasan



semua orang ada facebook atau fb. siapa takde macam tak celik IT. Ai dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ada akaun fb tapi takdelah nak kecoh kecoh. in fact sejak Ai mula ada pc sendiri tahun 2000 semua social networking yang wujud sudah Ai join. tapi Ai heran dengan orang-orang yang baru je berjinak-jinak dengan komputer & internet ni yang macam poyo je lebih. nak kecohkan rumahnya pasang streamyx bagai. rumah Ai ade streamyx sejak ia mula diperkenalkan, Ai tak heran pun. dan Ai mula membuka akaun streamyx sendiri pada tahun 2004. tak mainlah mak bapak bayar. sebelum ade streamyx maka haruslah guna line internet yang dial up tu ye. yang bunyi tetttt truttt toing toing masa nak buat connection pada internet. kalau tak silap masa tu tahun 1997. so kirenye dah lamalah Ai bermain-main dengan dunia intenet ni. Ai tak kecoh pun!!!! jap jap Ai rasa macam dah melalut. macam dah jadi topik nak kutuk orang yang baru exposed dengan internet la pulak. opssss...



mari kita selidiki kebaikan mempunyai facebook:

1. buleh jumpa kawan lama- tak kira kawan sekolah rendah, sekolah menengah, kawan yang pernah kursus sama2. makanya boleh keep in touch.

2. buleh buat jemputan maya- jimat kertas (oh selamatkan dunia). jika nak buat kenduri kwen or puputan(alal kenduri utk baby) or ape2 program makan2 hanya perlu PM kwn2 berkenaan. jimat belanja weh.

3. boleh bertukar-tukar pendapat- tak tahu sesuatu buleh je jerit kat dinding aka wall tu. gerenti lps tu dpt banyak balasan.

4. Ai dah tak buleh fikir. jika ada idea lain buleh tinggalkan komen :D



setelah menyenaraikan beberapa kebaikan, Ai nak listkan keburukan facebook pula:

1. Leka- ni tak dapat dinafikanlah. Ai sendiri pun leka. kadang-kadang cuma nak jenguk je tapi akhirnya terleka. ceh ter pula. tu sebab kat sekolah Ai jarang-jarang buka. tak mahu terleka sbb nanti habis semua kerja Ai tak siap. bila balik umah je barulah Ai sibuk2 nk buka fb. tu pun kdg2 buleh leka. leka akibat games, sibuk nak tengok gambar orang lain. nak komen sana-sini. tapi bukan setakat keje lambat siap, kadang-kadang nak solat pun buleh tangguh-tangguh sebab nak layankan games yang ada dlm fb ni.

2. Riak- ade sesetengah orang mmg sengaja nak menunjuk-nunjuk bila die letak gambar dalam fb. eh kalau kamu letak foto hanya sekadar utk kenangan tidak mengapa ataupun kerana nak berkongsi dengan orang lain.

3. melanggar batasan- ada org tanpa segan silu letak gambar yang tak sepatutnya. macam gambar kapel, gambar free hair, gambar tergedik-gedik lidah terjelir, ish apekejadahnye? ini pendapat Ai.

4. pun sama Ai dah kering idea. nak tambah komen je





kesimpulannya, panda-pandailah menggunakan social networking yang ade ye :D


kesian ehhhhhh Sekian :P

19.3.10

PICASA 3








saje bereksperimen dengan picasa 3 ini. sebelum ini tiada kesempatan (malas sebenarnya :P)


mari lihat foto-foto berikut (kawan-kawan kliklah gambar utk besarkannya ye):

cerita mengenai Zaza ada di entry ini. janganlah malu-malu nak klik. so ini adalah foto sepanjang minggu ini. Zaza suka makan sayur & kuaci. Zaza juga suka tidur di atas rumahnya. bukan di dalam rumahnya. Zaza sudah pandai buat akrobatik. pantang nampak Ai atau hubby lalu mesti die macam tak sabar nak menyapa kami.





foto diambil khamis pagi sebelum bertolak ke kuala pilah. nampak hubby Ai? dia bajet nak mengacau le tu sbb Ai dok snap pictures kt cermin. sekali dgn sengaja Ai snap gambr dia melalui cermin tu. haaaaa menari lagi? :P






foto diambil semasa dalam perjalanan pergi & balik dari kuala pilah. pergi ke sana ikut jalan tampin je. oh sangat mendamaikan. tapi jika anda seorang perempuan.. awas krn jln sunyi dan kurang kenderaan.






balik dari kuala pilah kami ke hot spring Gadek. terletak dlm melaka aje. tak jauh hanya 40minit dr rumah. oh lokasinya dalah di alor Gajah. tiket dewasa masuk Rm4. kanak2 rm2 ye tuan-tuan atau puan-puan.






saje letak gambar makanan. Ai & hubby makan semua ni dalam bulan ni. ish cuba kira berapa banyak kalori? oh tidak tidak





ini kucing jiran yang suka bertandang ke rumah kami. sangat suka. petang tadi hubby rajin gi layan main. sangat chumels ok. yang gemuk macam garfield tu Ai pernah tulis entry di sini.






entry mengenai bunga matahari ini pula di sini.



baiklah. sekian, terima kasih :D

17.3.10

RUMAH UNTUK DIJUAL




salam kawan-kawan. jika anda berminat nak membeli rumah di melaka. meh le beli. lokasi sangat strategik. terletak di majlis perbandaran hang tuah jaya. dekat sangat dengan JJ, pusat pentadbiran. MITC dan segalanyalah.


meh tgk foto dulu meh.


hahahaha ini pandangan dari bilik keje Ai. usha ikut tingkap je.
mula mula kenalah pandang keladi gergasi ni. hubby yang tanam. dia amik anak pokok dari sekolah praktikalnya tahun 2008. dulu paras lutut je. la ni dah lawan tokey setinggi umah dah. wah sangat very sejuk mata memandangkan?eh cop. nak cerita tentang umah jiran ni ha.



ok ini pandangan sisi juga dari bilik keje Ai. nampaklah sliding door mereka. so jika mereka pandang umah Ai dari umah mereka, akan nampak paten yang samalah. tuan umah dah takde. dah pindah ke johor dah. umah mereka dah siap renovate dah.





ok bahagian direnovate tu, ni ha. mereka buat tambahan bahagian dapur basah, toilet dan bilik stor. pagar kawat tu yang memisahkan tanah kami. tetiba* wahhhh pokok pisang Ai dah berbuah. pokok pisang tu mak Ai yang tanam masa mak kat sini jaga Ai sakit tahun 2008. terima kasih mak!!!! la ni dah banyak kali merasa buah pisang ni. anak2 pisang banyak giler sampai tak terlarat nak jaga. ingat,m jika kita berbudi pada tanah, Insyaallah akan dapat hasilnya :D (pokok kari pun ade senang nak masak kari. eh daun kari kat tesco 2helai 50sen tau. pokok kunyit pun ada. Ai suka masak guna bahan2 yang fresh. well Ai jiwa kampung. tak malu mengaku Ai orang kampung walau tinggal di bandaraya melaka, ecewah :P)



ok ini pandangan dari hadapan gate umah Ai. yang nampak keladi gergasi macam nak mati n rumpunan serai itu adalah kwsn umah Ai. umah jiran tu, bahagian porchnye dah di tile kan. so mmg umah ni cantik. dalam pun dah wat plaster syiling bagai.


ok ini pandangan paling hadapanlah. umah Ai di sebelah kanan gambar tu. interframe sikit pun jadilah. owner nak jual sebab dia dah pindah keje kt johor dan tak akan kembali sini lagi sebab sedara mara semua kat sana. owner dah letak sign untuk dijual kat situ. harga? oooo umah ni harga beli tahun 2007 ialah rm198 ribu. owner renovate habis 30k lebih. tapi owner nak jual pada rege rm220k sahaja. untung tak untung sape yg beli tuh? tapi harga sekarang tak tahulah berapa. sebab ada umah barisan Ai ni jugak dijual dengan harga rm250k. ape? saiz? saiz tanah 40 x 80 kakilah. takkan meter pulak. aduyai :B
owner duduk sekejap je. masa Ai sakit merekalah yang tolong. masa mereka nak pindah Ai sedih giler. dah takde jiran dah. lupa pula nak bagitahu. rumah ini ialah semi-D setingkat. klu kat kl takdenye dapat semi_d rege macam ni. betul tak? dan kawasan umah Ai ini semuanya bumiputera. MCL kekal.

kirenya sape2 yang beli umah i nanti akan jadi jiran Ai lah kan? marilah hidup berjiran :P

TENTANG AI & KERJANYA

sebelum Ai terus menaip membuat entry yang lebih berilmiah, Ai nak letak gak foto meja kerja Ai di rumah. dan membuat ulasan. alaaa saje je nak sharing is caring. hahahahahah (ok nampak sangat blogger tegar semua nak masukkan dalam blog :P)




ini meja Ai malam tadi. sibuk tanda paper pelajar lagi. meh close up sikit.




hehehe
(tanda kerta pun lappy harus on.. sesambil YM ke Skype ke FB ke... go blog ke... hahahahaha)





dan ini meja Ai pagi tadi. dah sudah habis tanda semua paper. markah pun dah key in dalam lappy. naik sekolah nanti tinggal nak key in di bilik setiausaha peperiksaan je :D
kerja harus pantas walaupun Ai jalan macam siput.



ulasan mengenai barang-barang yang ada dlm gambar:

1. jam yang ada bingkai gambar tu hadiah pelajar 5Sains2 SMA masa mula2 mengajar tahun 2003 sempena Hari Guru. terima kasey!!!!

2. glob dunia yang kecil tu Ai beli di popular dgn rege Rm19.90. hari-hari bila duduk di meja ini Ai akan tgk glob tu. memasang angan-angan untuk melawat seluruh benua eropah tidak ketinggalan nak buat umrah. takpe pasang angan-angan. ada rezeki Ai akan sampai :D

3. torchlight- tetiba black out ade back up lite. harus sentiasa berjaga-jaga.

4. oh Ambi Pur perisa bamboo (what perisa?) harus ade. kot bosan2 boleh amik n spray. hahahahah. spray dispenser sudah rosak. malas nak beli.

5. tisu mydin in case tetiba rajin nak mengelap meja or lappy ke or makan sambil main lappy then malas nak basuh tangan (opsss....)

6. losyen EUBOS for sensitif skin. harus ada sebab bila Ai on kan aircond dlm bilik ini, kulit akan mula kering nyah!!

7. buku teks applied science- tetiba mood nak buat teaching aids muncul maka haruslah buat reference. Ai mmg cikgu cemerlang. takpe dah tahu :P

8. scientific calkulator ade 2biji. tapi satu tu mmg terlalu scientific sampe malas nak tukar bateri. model TI-89 Titanium from texas instrumens. Ai pakai cap ayam je sudahnya. Panatech model PA-350MS beli kt mydin je. maintenaince pun rendah je. so far tk rosak lagi :D

9. speaker Logitech harus ade. even kecik tapi power!!! bila hubby takde maka volume max akan dipasangkan. tapi segala tingkap pintu sume harus tutup rapat. klu tak seluruh kawasan kejiranan akan dengar sbb Ai akan melalak sekali dengan speaker tu. hehehehe. malu Ai

10. oh spect mata. ada ada atas kotak tisu mydin tu. sejak Ai pakai lappy saiz 10inci tahun lepas. penglihatan Ai semakin merosot. mata Ai silau. lagi2 jika drive pagi2 ke sekolah. mmg tawakal jelah. malas nk pake spect (tak sedar diri mata silau.,.heheheheh)


haaa itu ajelah utk hari ini. petang nanti Ai g swimming. klu dtg awal nanti Ai snap gambar pool. heheheheh. kan ai dah cakap. hidup ini terlalu indah utk disia-siakan. nikmatilah ia..... :D

16.3.10

RM

kuasa wang, tak siapa dapat nafikan.


why?


duit, always jadi issue?


habis tu, masuk tandas pun 20sen. eh tapi sekarang dah 30sen.


jangan mengeluh kawen lambat sebab mungkin dia bukan untuk kamu.


tetiba*







tak perlu komen

diam

DISKAUN HEBAT!!!




well walaupun cuti sekolah my hubby tetap ade kelas tambahan di sekolahnya. Ai aje yg senang lenang di rumah. eh eh senang ape. bangun pagi lepas gosok gigi mandi solat subuhi (eh subuh) kena buat bekpes. dan sejak mula cuti sekolah setiap pagi mesti ai buat jemput bilis beserta air milo. yaaaaaa air milo :P (Ai curti start dari ahad sbb sabtu Ai ade kursus di MMU selama satu hari. so cuti Ai short 1 hari. bile nak ganti? :B )


hari ini Ai plan nak ke JJ. sales hebat wohhhh. hahahaha. harus ambil peluang tatkala hubby takde. dah btahu kt hubby nak ke JJ so hubby kasi je. ceh sebenarnya Ai nak ke JJ utk bertemu dgn seseorang.


jadi sebelum Ai ke JJ, kena gi Maybank dulu. oh Ai gi simpan duit. nak masukkan kat mesen otomatik tu. setelah Ai parked kereta di belakang bangunan maybank, Ai nampak ini:

syok tengok, kat sini dah letak tiang ni.
sebab ape Ai seronok? sebab selalu malaun malaun tak paham bhs akan parking di sini. so nak lalu pun susah. dan biasanya Ai akan berjalan menyelit je antara kereta org tu dgn dinding (ini kes nak test slim lagi ke idak... hahahahah)


tapi tadi... lepas 25 minit menunggu baru buleh masukkan duit. sebab ape? sebab ada van safeguard kat luar. oh kakitangannya sedang bertungkus lumus keluarkan duit dari ATM. sambil tunggu sambil berangan. kan best klu notes RM yang banyak2 tu Ai yg punye. buleh shopping sampai tak muat bonet kereta. tapi cepat2 lamunan tu terhenti sebab Ai nampak senapang patah yg dipegang oleh pakcik safeguard. so sesambil wait kat luar tu sempat le snap foto. tapi dok kena usha dgn pakcik safeguard. so batalkan jelah niat tu. akibatnya dapatlah foto di bawah :P

nampak tak tangan pakcik safeguard tengah pegang pintu tu? tangan dia sebelah lagi tengah pegang senapang patah. maafkan Ai pakcik sebab snap foto tangan je (yelah nak tangkap foto lain pakcik sudah jeling-jeling :P)

so setelah berjaya bank in duit Ai meneruskan perjalanan ke JJ. dan segala urusan di JJ berjaya diselesaikan jam 12.25pm. oh ape Ai dapat masa keluar hari ini?
*





*




*












Ai dapat saman. saman masa nak bank in duit tuh. yelah mana tahu nak kena tunggu sampai 25minit gtu. biasa nya jika ai buat urusan tu cuma 5minit. sebab keluar kereta, jalan, masuk bank, beratur, tot tet tot tet dah sampe balik kt kereta. so sebab kawan Ai kata jika bayar dalam masa 24jam kompaun akan dikurangkan maka dengan hati yang paksa rela Ai g ke MBMB. oh senang je urusannya.

mula-mula g ke kaunter pertanyaan. beritahu nak bayar kompaun parking. then dia akan bagi borang hijau. isi dan pergi ambil nombor giliran. oh borang hijau tu ade di bawah borang kompaun tu.



ok ini borang hijaunya. alamak lepas amik guna handset tak nampak hijaulah pula. cuma perlu isikan nama, alamat, nomnbor telefon dan tandatangan.


seperti yang tertera Ai dapat nombor 1301. cuma tunggu 5 minit sbb orang tak ramai. sampai dikaunter, Ai hulur note rm50. sekali orang tu pulangkan RM45. aik, bukan patutnye baki RM20 ke? ai kena kompaun rm30 sebab tak letak tiket parking (padanmuka Ai heh :B)


oh rupanya jika kita terus bayar kompaun dalam masa 24jam maka denda akan dikurang menjadi RM5 sahaja. haaaa RM5 sahaja. kan diskaun hebat tu :P diskaun sehingga 90%!!!! tak percaya kamu orang buleh kiralah. hehehehe

(eleh tu bajet Ai nk story mory psl sales JJ ke. kamu salah. hahahahaha)









sekadar gambar tempelan. foto dirakam masa on the way nak balik umah dari MBMB lepas Ai bayar saman parking. rakyat m'sia memang suka dengan perkataan DiLARANG ni. letak DILARANG lagilah dibuatnya. ish, jika kereta calar balar barulah padan muka mereka ye? untuk pengetahuan, jalan ni one way. dan jika nak berselisih harus satu kereta berhenti utk beri laluan. so biasanya jika Ai terserempak dengan manusia dari arah bertentangan Ai takmo ke tepi sbb this is my way. sape suh ko lawan arah. jadi kamu harus ke tepi. heheheheheh. Ai tak keji cuma nak menguji. peace




BUKAN AI MENGALAH

sukar rasanya Ai nk menaip
sukar bila bercakap dengan manusia yg tak mahu redha dengan ujian Allah
yang dah lost hope
sukar Ai nak fahamkan pada dia bhw ini semua ujian
bukan dia seorang yang diuji
semua manusia akan diuji

tapi Ai rasa, jika dia tak mempercayai kewujudanNya
Ai tak buleh cakap banyak

Ai kata, mohonlah dariNya
dia kata buat ape
dah selalu mohon

hmmm... entahlah...
manusia ni macam macam ragamnya
kadang kadang Ai rasa give up nk nasihat dia
Ai doakan supaya dia akan terus tabah
Ai akan terus doa supaya hati dia akan terima Nur

Amin...

15.3.10

BUKAN BUKAN :B

dah lama aku fikirkan. terasa taknak guna panggilan aku. macam nak tukar nama. sebab ku tahu blog ini bukan hanya rakan sebaya yang baca, tetapi rakan tak sebaya pun baca :P

setelah difikirkan ketika memasak, makan, nak tidur, mandi waima melipat baju sekalipun, aku rasa nak ubah panggilan kot. hmmmm yang aku rasa best ialah (drum roll)

*


*


*



a



i



....Ai!!



ye aku rasa Ai itu best. Ai is refer tu my short name dalam kalangan family. Selain itu, Ai juga refer kepada I in BI yang bermaksud saya, aku, gua atau eden di samping nama pangkal our children to be (tatau nak ada anak bile, bubuh children to be takpe kot ek :B... maafkanlah aku). so next time aku dah dapat jimatkan 1 aksara utk setiap kali ganti diri pertama dan masa ku juga jimat.


eh eh patut dah guna Ai ni.

ok nanti Ai sambung lagi ek. mahu solat kemudian menonton Senja nan Permai (pepandai je :P)

14.3.10

PEOPLE ALWAYS TAKE FOR GRANTED

aku suka melihat sekeliling dan kemudian berfikir. dan selalunya aku akan nampak perkara yang orang lain tidak buleh nampak. kadang-kadang aku rasa macam adrian monk. alaaa dalam cerita monk tu.

aku cuma nak kongsi beberapa perkara yang orang anggap remeh dan tiada apa-apa.

1. aku selalu nampak ayah/bapa/abah/papa/daddy/atuk/grandpa bawa baby bersiar-siar. itu bagus!!! yang tak bagus ialah dia bawa baby itu menaiki motorsikal. dia pegang baby itu dengan tangan kiri. tangan kanan pegang handle motorsikal. anda boleh bayang tak? baby itu diletakkan diatas kaki kirinya dan pegang sebelah tangan dengan tangan kirinya juga. baby di sini ialah baby berusia dua tahun ke bawah. mungkin ayah/bapa/abah/papa/daddy/atuk/grandpa itu rasa baby itu selamat. jika tiba-tiba kereta depan brek mengejut atau tiba-tiba jalan itu berlekuk/lubang, apa akan jadi pada baby itu? fikirkan...


2. ibu bapa selalu terlepas pandang tentang perasaan anak sulung. sulung di sini tidak kiralah kamu sulung lelaki, sulung perempuan atau bukan anak sulung tetapi anak yang tengah-tengah tetapi dia perempuan/lelaki pertama. selalu dibiarkan anak sulungnya itu. dengan harapan anak sulung membantu keluarga. meletakkan harapan itu bagus tetapi bagaimana dengan perasaannya? kadang-kadang ibu bapa terkata. sengaja letak 'ter' sebab selalu mereka tuturkan tanpa sedar. contoh, "kamu dah besar, pandai bawa diri. adik kamu tak pandai jaga diri lagi." kadang-kadang ibu bapa lupa bahawa sebelum anak sulung itu besar dia juga pernah kecil tapi pandai-pandailah bawa diri. jadi oleh kerana anak sulungnya itu telah biasa bawa diri sendiri makanya bila mereka dah besar & bekerjaya maka mereka tidak akan betah untuk tinggal lama-lama dengan ibu bapa disebabkan telah dilatih untuk menjadi seperti ayat yang dituturkan itu. jadi janganlah marah atau kecik hati dengan tindakan si anak sebab anak itu telah dilatih sebegitu rupanya.


3. orang selalu fikir yang orang yang baik itu akan selama-lamaya baik. tidak!!! kerana selagi orang itu adalah insan maka dia tetap akan melakukan kesilapan. jadi berilah peluang kedua kepada mereka. dan doakan mereka insaf. jadi berjaga-jagalah dengan orang yang baik itu. kalau dengan orang baik kamu harus berjaga-jaga. apatah lagi dengan orang yang kurang baik. fahamkan?


aku rasa cukup dululah list take for granted aku ni. nanti ada masa aku sambung lagi :D

10.3.10

DATIN WANNA BE

tak tak. aku bukan nak cerita tentang drama tu.


sejak dari awal tahun setiap hari rabu aku akan pergi kelas berenang. kalau rajin dan sempat buat tutorial pada hari jumaat. dan tadi sebab dah bosan belajar benda yang sama (ceh ceh bajet dah pandai ni), aku pandai pandai sendiri belajar terapung secara terlentang dan berenang gaya bebas.

sebenarnya bukan nak cerita pasal aku. aku tak faham kenapa ada orang mesti pakai barang kemas waktu swimming. di tangan, leher. aku jugak pakai barang kemas tapi bila nak pergi berenang aku tanggalkan. nak dijadikan cerita, sebab aku dah pandai float terlentang (biasa meniarap gitu) maka beberapa orang yang lebih tua dan berpangkat dari aku minta aku ajarkan mereka cara-cara nak float dan buat kuak dada.

dan mereka fed up sebab asyik tenggelam atau tidak menjadi. dan disebabkan mulut aku ada insuran prudential yang mahal tu dengan tak sengaja aku tercakap,

"akak tenggelam sebab banyak sangat barang kemas tu"


ops maafkanlah aku. aku cakap sebab aku nampak. betul-betul banyak. bukan seurat dua ok. tapi memang macam dalam cerita mami jarum.

dan tadi baru aku tahu status akak-akak itu adalah datin.


ops lagi skali maafkan saye :P

7.3.10

HIANBBE part 6: AEON BANDARAYA MELAKA @ JAYA JUSCO

iye ini entry terakhir. ai tak tipu punye. hehehehehehehe. untuk entry sebelum ini klik link-link di bawah untuk part 1, 2, 3, 4 and 5. (kan aku dah cakap hari ni aku betul2 nak go blogging)


hianbbe-part-1-goodbye-yuyu-kesian-zaza
hianbbe-part-2-karnival-pendidikan-melaka-2010
hianbbe-part-3-kucing-harga-5k
hianbbe-part-4-coconut-shake
hianbbe-part-5-klia


entry kali ini cerita pasal JJ@AEON yang baru dibuka last month di tepi tesco peringgit tu.
aku amik gambar lanskap je. ehehehehe. layannnnnnnn



HIANBBE part 5: KLIA

klik link di bawah untuk part 1, 2, 3 and 4. (kan aku dah cakap hari ni aku betul2 nak go blogging


hianbbe-part-1-goodbye-yuyu-kesian-zaza

hianbbe-part-2-karnival-pendidikan-melaka-2010
hianbbe-part-3-kucing-harga-5k
hianbbe-part-4-coconut-shake


entry yg ini nak tunjuk gambo klia je.
(graf wat entry semakin menurun-tenaga nak habis dah sbb nak mask pula-jap lagi hubby balik :D)



g klia sebab anto dak emi g Aussie. rupanya takde gambo minah ni dlm handset aku. byk gambo aku dgn hubby dgn persekitaran klia je. sori mek. eheheheheh




gambar terakhir niadalahpokok yg telah ditebang di sekolah. sedih aku. pokok ambil masa yg snagt lama nak membesar sebasar itu. tapi akhirnya ditebang. sian pokok. so kwsn parking ni dah jadi panas sepanasnya

HIANBBE part 4: COCONUT SHAKE

klik link di bawah untuk part 1, 2 dan 3. hehehehehehe


hianbbe-part-1-goodbye-yuyu-kesian-zaza
hianbbe-part-2-karnival-pendidikan-melaka-2010
hianbbe-part-3-kucing-harga-5k


now untuk part 4 aku nak cerita tentang coconut shake.

sape2 yg tatau what is coconut shake meh eden kaborkan. coconut shake ni adalah air dan isi kelapa yg diblender sekali. kt gerai ni diletakkan ice cream sebagai penambah rasa yg paling best sekali. oh mana aku minum? kat tepi caltex (berapa byk caltex? kt klebang kot. miss bumble bee if u r reading this then u know where it is rite :D)

memang banyak kereta berbaris di tepi jalan. eh bukan bukan. orang berbaris tunggu turn nak beli. sok aku ade fisioterapi aku cadang nk ajak hubby kn kt sini lagi. hahahahaha


yeah one for me one for hubby


mari minum



ade nasi lemak sekali. ni lah dinner kami. heheheh


cuba teka bayang apakah itu. pemenang akan ku belanja di gerai coconut shake ini

HIANBBE part 3: KUCING HARGA 5K





jika anda ketinggalan siri HIANBBE part 1 dan part 2. buleh klik link di bawah ini:


hianbbe-part-1-goodbye-yuyu-kesian-zaza
hianbbe-part-2-karnival-pendidikan


hahahhaha. serius nampaknye aku nk go blog (eh bukan goblog lah!!!) hr ni.
ini nak wat entry ketiga pula :D

aku nak cerita tentang kucing sengal mahal nih. eh kucing bukan sebarang kucing. kucing ni harganya RM5k tau. oiiii bukan rm5 tapi RM 5000. kucing ini kepunyaan jiran aku.

tatau kenapa satu pagi ahad yg hening hr tuh (tak silap aku masa Yuyu dah mati tu) kucing ni tersesat kt umah aku. terkejut aku sbb pagi tu aku buka pintu nk keluar menyapu. bila dah siap menyapu nampak kucing ni tengah catwalk kt tepi kete hubby. sudah sudah kurangkan bercakap ......layan gambar....


masa ni aku perasan kucing ni.
terus keluarkan handset yg adde dlm poket seluar.
snaplah apa lagi. kamu tgk , die tunjuk bontot. ish tak senonoh (^-^)


memang very very catwalk dowh



gambar gambar di bawah die menyengal kat sliding door umah aku.
terkejut aku


HIANBBE part 2: KARNIVAL PENDIDIKAN MELAKA 2010

jika kamu terlepas HIANBBE part 1. boleh klik sini.


so untuk entry seterusnya aku nak cerita tentang karnival Pendidikan melaka 2010 yang sedang berlangsung sekarang. (lepas ni aku refer sebagai KPM2010).

KPM start mulai 4-7 mac 2010. aku terlibat secara langsung sebagai wakil Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasinal (BPTV). jadi oleh kerana orang atasan sana telah menurunkan surat kepada pihak sekolah makanya insan insan yang terpilih telah dipanggil mesyuarat termasuk aku (eh meeting pun nk tulis ke?) oh aku cuma kena handle bahagian tayangan. kena sediakan powerpoint or movie or ape2 yg patut supaya org buleh tengok info tentng sekolah aku. camtulah lebih kurang bidang tugasnya. jadi itu mmg jawatan tetap & berpenden aku. hahahaha. dah dah jangan cakap banyak. layan gambar.

jam 7.30pagi aku dah sampai di MITC (Melaka International Trade Centre). nak parking pun senang gile sebab awal gile aku datang. itu pintu gerbang sebelum masuk ke dalam MITC.



dan itu adalah peta lokasi booth BPTV. BPTV diwakili oleh SMTeknik Melaka Tengah dan SMTeknik Bukit Piatu. sebelum masuk aku tengok dulu mana lokasi tu.
oh nombor 152 rupanya.
jom masuk.


itu pintu gerbang lagi sebelum masuk melalui pintu besar utama.



masa aku masuk dalam, belum banyak booth yang dibuka.
masing masing sedang set up sebab ada booth yang baru dapat turn nak buka hari sabtu mcm BPTV yang dapat turn hari sabtu & ahad. ada booth lain yg kena turn khamis-jumaat je.
ada yg kena 4hari terus.


wow!!! aku sampe kt booth kami tgk dah siap pasang. bagus2 cikgu2 ni mlm2 dtg pasang. aku lak dtg sbb nak set up kan laptop di bawah je. tapi aku tak angkat laptop ni. laptop 21 inci HP ni berat mcm ape kejadahnya. selalu aku cuma bawak my netbook yg halus mulus 800 gram ni aje. bila kena bw laptop sekolah yg berat ni aku mcm nak nangis je. dah le hubby takde sape nak tolong angkat. well hubby i kan g camping kat bt maloi, n9 bw murid2 bdn beruniform. hubby pelawa aku ikut tapi mcm biasalah, kami suami isteri bakal guru cemerlang mmg gile kerja. masing-masing faham komitmen.

mujur kwn2 sekolah memahami makanya aku pas pada penyelaras program ni.
aku dtg bw bdan je. sbb aku sampe awal makanya aku snap lah mana2 gambar yg patut :D



haaa itulah laptop bapak berat tu. dan itu adalah hasil kerja aku. jgn curikk!!! :P


ini bahagian SMT bukit Piatu. bahagian sekolah aku pd gambar yg 2 di atas tu.
pandai2lah tgk.


time ni petugas dah sampai. anak dara bertudung pink itu adalah pelatih. ye guru pelatih harus akur setiap tugasan yg diberikan. hahahahah (evil dowh). mereka kena ganti cikgu kaunselor yg tetiba kena cek up sbb masalah jantungnya berulang lagi.



dan tak lama lepas tu En Suraimi dari BPTV pun tiba.
maafkan saya en suraimi sbb buh gambo awak dlm blog saye :P
lega bile die berpuashati dgn bhn2 pameran yg telah disediakn.
beliau bawa banner nk gantung sbg backdrop kt blkg tu.
perhatikan pd gamabr yg ade guru pelatih tu bhgn di belakang masih kosong.


so legalah bila semuanya dah diset up kan. tak jauh dari booth kami, MOZAC pun tgh sibuk susun barg2 die. ade satu benda yg buat aku tertarik. jeng jeng jeng
mereka ade kiosk!!! aku jakun jap!!! dan aku menyamar jadi pengunjung. bersungguh sungguh pelajar tu explain. tapi kiosk die ni buat guna polistrine n papan lapis je. aku syak klu letak kt sekolah aku ni tak sampai 24jam dah jahanm. hahahahah.
sebab bos besar nk wat kiosk mcm nilah letak kt tempat2 tertentu.
tapi bile tanya syarikat yg nk wat tu, kosnya 8 ribu dowh.



maka selepas semua petugas datang, aku pun mulalah merayau rayau. aku biasalah lone ranger. aku dah biasa jln sorg2. aku hanya selesa dgn hubby n dgn org2 tertentu.
so bile hubby takde aku redah je.
pedulik ape. aku dah biassa ok. insyaalllah kt m'sia ni selamat.
aku mmg tak jaga booth tapi aku ikut sama menjaga. ekekekek temankan kakak2 yg kekurangan geng perempuan. so masa aku merayau aku g tengok pertandingan senamrobik dan pertandingan hiasan kek.
kreatif dowh semua org!!!! layan gambar lagi.




pertandingan senamrobik sekolah rendah. ada video tapi malas nk uploadlah :P



pertandingan menghias kek. tengok dari jauh je sebab cannot cross the line meh.



ini tapak UTeM. bapak gajah besar.
semua fakulti ade.
haruslah kan sbb UTeM ni IPTA yg melaka ade.
gambar ini saya tujukan khas buat cik nuril :D




dah puas pusing kt dalam aku keluar lak.
masa tu tengah ade pertandingan galah panjang.
kesian budak2 sekarg buleh main masa karnival je.
yelah dah ddk tmn perumahan mana ade kwsn lapang. hehehehe
masa hari khamis ade pertandingan formasi kompang.
aku takde fotonya tapi hubby ade. nantilah aku songlap dari digicam die.


dan PUM sekolah aku ade juga buka gerai jualan makanan.
gerai nombor 15.
layan gambar lagi....


dan aku amik keputusan jam 1 tengahari aku nk blk umah sbb aku gile mengantuk.
mane taknya. 2mlm akhir sblm KPM aku stay up. pdn muka buat keje last minute.
aku jangka takdelah byk nk edit tapi bila last minute bos kata nk gtu gini maka saya yg menurut perintah kena edit lagi lor...
aku tidur selama 1jam ptg sabtu tu. best giler!!!



ape kena mengena lak gambo UTeM ni?
hahahah cik nuril yg baik hati telah membawa aku dinner RFC. tima kasey sahabat!!!!
dan lps tu off ke UTeM sbb ade festival. eh perayaan. eh ape ye? aku lupalah tajuknye.
maka dapatlah aku masuk dewan UTem yg besar itu.
tapi besar lagi dewan USm (eh tiba tiba je :P) dan sengaja mengeja USM sebagai USm. hehehe
keluar rumah jam 6.45pm balik umah jam 9.45pm.



jadi begitulah cerita saya sepanjang satu hari sabtu 6mac2010.
saya merewang dan shopping sepuas hati dgn cik nuril. hahahahaha

sekian terima kaseyyyyyyyyyyyyy.