Ikut AiTotYati

Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

8.6.14

PUISI BUAT PENGANTIN

"Alhamdulillah selesai walimatulurus adikku Izah Zaza dgn Izzat Mustafa dan adik iparku Nathirah Ghazali dgn Daniel Zolkapli
Selamat melayari bahtera rumahtangga. Survive the first 5 years and insyaallah you' ll survive the next chapter"

status Ai dalam fb. adik Ai menikah pada sabtu 31/5/14 manakala adik ipar Ai menikah pada 5/6/14. hanya selang 6hari. letih toksah ceritalah. kalau rumah Ai, kami tetap memasak untuk tetamu yang datang sehari sebelum majlis persandingan. 3malam berturut-turut Ai tidur jam 2pagi dan bangun jam 6pagi.

Sempena musim 'mengawan' @ perkahwinan ni Ai tulis puisi khas utk pengantin baru:

Masa belum kahwin
Debaran itu rasanya lain
Tapi bila dah nikah
Hilang semua resah

Bukan saja si dia jadi milikmu
Tapi dua keluarga menjadi satu
Sabar dan tolak ansur amat perlu
Jika tidak boleh haru biru

Kalau dulu suka ikut rasa
Sekarang kena lebih jadi dewasa
Jadi suami jangan suka memaksa
Isteri pula jangan merajuk saja

Keluarga bahagia bkn mudah
Jika tidak solat berjemaah
5 tahun pertama mungkin seksa
Sebab nak kenal baik buruk dia
Yang tidak diketahui kita
Please survive the first 5 years
Insyaallah you'll survive another chapter


Ikhlas,
Yg sedekad jd isteri.

2.6.13

6 HARI DI PANTAI TIMUR

dari 26 may 2013 hingga 31 may 2013 Ai telah berada di pantai timur.
Ai temankan enJekjek yg kena hantar 2 orang pelajar ke the 1st national scrabble competition di kelab golf dan rekreasi petronas, Paka terengganu.


catatan:

26/5/13 (ahad)-
bertolak ke kuantan.
tidur satu malam di rumah angah.

27/5/13 (isnin)-
jam 10pagi bertolak ke Tisha homestay di kg baru kerteh. rumah sangat selesa dan owner pun baik.
petang gi daftarkan pelajar dan jalan2 di pantai kemasik.

28/5/13 (selasa)-
hari pertandingan. lps hantar pelajar Ai balik ke homestay buat tesis. enJekjek stay kat sana monitor pelajar.
malam kami g tgk movie Epic di TGV mesra mall. oh giant di situ dipanggil TMC.

29/5/13 (rabu)-
penutup pertandingan.
pelajar dapat tempat ke-5 dan ke-15 daripada 40 orang peserta yang masuk bertanding.
Johan dan Naib Johan dimenangi oleh peserta dari SK Taman Megah, Shah Alam.
petang check-out menuju ke Kuala terengganu.
check-in di asrama BTPN Marang terengganu.

30/5/13 (khamis)-
mengunjungi Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man utk kali ke-2.
kali pertama datang pada tahun 2008. masa tu baru buka jadi semua cantik. kunjungan kali ni banyak bahan pameran dah lusuh. yang dah reput pun ade. hohohoho
naik river cruise. ok berbaloi 45 minit.
masuk ke muzium negeri terengganu. tiket dewasa rm5 sorang. kanak2 percuma.
aktiviti wajib ialah shopping di pasar payang. hehehhe

31/5/13 (jumaat)-
nak singgah kedai keropok kt kelulut tapi Jumaat kan mcm ahad mereka so bayak kedai tutup. last2 bli keropok kt kuantan. kuikui.
selamat tiba di rumah jam 8malam.


sekian. catatan

20.5.13

TAMAN BURUNG MELAKA MALACCA BIRD PARK

melaka memang ade taman burung bird park.
lepas tu tutup. tempat tu jadi tempat ayam serama.
itu dulu.

sekarang, dah ade semula. lokasi?

sebelum simpang nak masuk ke Melaka wonderland. kalau datang dari tol ayer keroh, belok kanan nak masuk ke melaka wonderland, dan sebelum sampai ke melaka wonderland ade simpang masuk ke kanan, ade nampak ini
yaaa signboard Taman burung melaka

yang ada jaring tu taman burung melaka. konsepnya terbuka ya

taman burung ni baru sahaja dirasmikan pada 26 mac 2013 yang lalu oleh ketua menteri pada ketika itu (dato' ali Rustam)
inilah bangunannya. direkabentuk seperti sarang burung gitu

ini pelan lokasi

jawatan kosong pun ade. sila mohon ye

harga tiket yang dikenakan

wajib bergambar di sini

masuk je bangunan ade 2 ekor itik yang besar

menara tinjau

kami malas naik tangga so kami naik lif
makanan dan minuman untuk burung yang diikat di tepi

ohoi tangga turun

sape makan jagung serupa burung. eh?

burung ni kita boleh pegang

tengok, jek pegang Oli

cari itik tersembunyi

memang sah ai duduk ayer keroh

merak oh merak

bukan hujan tapi bawah waterfall

wakaf untuk berehat turut disediakan


haaaa..... agak2 bila kawan2 nak datang ke taman burung melaka ni?

11.6.11

KEMBALI

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog Ai.

lama tak menatap dashboard blogger. maklum sahajalah cuti sekolah. dan sepanjang cuti sekolah Ai tidak berdiam diam tetapi poket tidak diam. errrr paham ke?


dan segala jenis entry yang kamu baca sepanjang minggu cuti persekolahan ini adalah dijana daripada android HTC Sensation Ai. hehehehe. itu kisah lain. nanti cite
sebelum terlupa meh Ai nak catat aliran perjalanan darah kaki Ai.


28/5/2011(sabtu) :                  
di melaka settlekan urusan2 yg perlu.


29/5 - 1/6/2011 (ahad - rabu) :
Medan --> Parapat ---> Danau Toba --> Berastagi --> Medan. nanti buat entry lain.


2/6/2011 (khamis)                  :
Melaka (tunggu kedatangan Mak +Abah, Aan + Ina, Adek)


3/6/2011 (Jumaat)                   :
ke Kesang Laut, Muar Johor buat jejak kasih. adek beradik moyang Ai ada lagi 2 orang yg masih hidup. so kami g ziarah.
lepas maghrib Aan + Ina dan Abah bertolak pulang ke Sabak bernam sbb cuti Ina tak diluluskan.


4/6/2011 (Sabtu)                    :
Parit Jawa --> Kg Terus, Panchor, Johor


5/6/2011 (Ahad)                    :
ke Jakel & Jusco Bandaraya Melaka dengan mak & adek. enJekjek jumpa kwn uruskan hal.


6/6/2011(Isnin)                      :
EnJekjek ke sekolah. lepas tu bertolak balik kampung di Selangor dengan mak dan adek.


7/6 - 8/6/2011(Selasa-Rabu) :
di rumah mertua.
Rabu pagi saje cek online dan alhamdulillah Ai berjaya untuk p'mohonan cuti belajar.
jam 3.30petang bertolak ke rumah mak abah Ai. tak jauh cuma 12 km saje dari rumah mertua Ai.


8/6- 9/6/2011(Rabu-Khamis):
di rumah mak abah Ai.
khamis pagi jam 9lebih bertolak pulang ke Melaka semula.
masuk shah alam cari stesen NGV. ade stesen NGV di Klang sentral tapi belum buka lagi. klu dah buka lps ni tak perlu masuk shah alam. cari kedai aksesori kereta 'SATO' sbb nk tukar absorber kereta. maklum jelah dlm bonet ade tong NGV maka harus tukar absorber. buat appointment akan dtg pd minggu depan.
sampai di Melaka terus ke office lawyer utk sign agreement rumah. alhamdulillah proses utk convert loan rumah ini daripada loan bank ke loan kerajaan telah berjaya. dan sekarang hanya ada satu nama sahaja iaitu nama enJekjek. dulu rumah ni nama bersama.
ada orang cucuk Ai kenapa serahkan share rumah pada enJekjek? Ai kata, apa2 hal senang. dan biarlah rumah nama suami. kan suami yang kena sediakan tempat tinggal isteri.lagipun Ai nak simpan loan Ai. nanti satu masa if ditakdirkan kami berhijrah ke kampung semula mungkin boleh bina rumah di kampung menggunakan loan Ai pula.


10/6/2011 (Jumaat)               :
enJekjek pergi sekolah. kemas rumah dan selesaikan urusan untuk mohon IPTA pula. Ai kena daftar master untuk intake September. Ai dah merayu pada pegawai KPM utk masuk pada Mac 2012 tapi pegawai KPM kata utk tahun depan kena buat permohonan lain. dalam minda Ai mmg tak sangka akan sepantas ini tapi Allah dah tentukan yang terbaik utk Ai. Isnin depan kena pos borang.
jam 6petang kami keluar utk dinner dan terus ke Jusco bandaraya melaka untuk menonton Xmen. tiket enJekjek dah beli online. movie jam 9 malam dan boleh la plak sama dengan Cik Nuril. hihihi.



11/6/2011 (Sabtu)                 :
enJekjek ke Linggi utk berkayak sempena Pesta Sungai Melaka.
Ai di rumah kemas n lipat kain baju dan iron baju stok seminggu. baju Ai dan baju enJekjek.
dah selesai semua tu baru boleh buka lappy dan mengadap blog. i'm enjoying my life (^_^)