dari 26 may 2013 hingga 31 may 2013 Ai telah berada di pantai timur.
Ai temankan enJekjek yg kena hantar 2 orang pelajar ke the 1st national scrabble competition di kelab golf dan rekreasi petronas, Paka terengganu.
catatan:
26/5/13 (ahad)-
bertolak ke kuantan.
tidur satu malam di rumah angah.
27/5/13 (isnin)-
jam 10pagi bertolak ke Tisha homestay di kg baru kerteh. rumah sangat selesa dan owner pun baik.
petang gi daftarkan pelajar dan jalan2 di pantai kemasik.
28/5/13 (selasa)-
hari pertandingan. lps hantar pelajar Ai balik ke homestay buat tesis. enJekjek stay kat sana monitor pelajar.
malam kami g tgk movie Epic di TGV mesra mall. oh giant di situ dipanggil TMC.
29/5/13 (rabu)-
penutup pertandingan.
pelajar dapat tempat ke-5 dan ke-15 daripada 40 orang peserta yang masuk bertanding.
Johan dan Naib Johan dimenangi oleh peserta dari SK Taman Megah, Shah Alam.
petang check-out menuju ke Kuala terengganu.
check-in di asrama BTPN Marang terengganu.
30/5/13 (khamis)-
mengunjungi Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man utk kali ke-2.
kali pertama datang pada tahun 2008. masa tu baru buka jadi semua cantik. kunjungan kali ni banyak bahan pameran dah lusuh. yang dah reput pun ade. hohohoho
naik river cruise. ok berbaloi 45 minit.
masuk ke muzium negeri terengganu. tiket dewasa rm5 sorang. kanak2 percuma.
aktiviti wajib ialah shopping di pasar payang. hehehhe
31/5/13 (jumaat)-
nak singgah kedai keropok kt kelulut tapi Jumaat kan mcm ahad mereka so bayak kedai tutup. last2 bli keropok kt kuantan. kuikui.
selamat tiba di rumah jam 8malam.
sekian. catatan
Ha....banyak sopping kt pasar payang? Hehehe... Masa i keje kt sana dulu x smpat lg mesra mall tu siap... Tgh construction.
ReplyDeleteX byk. Bli utk diri sendiri 2psg, utk suami,mak abh adik sorg sepsg sutera.wiiii
Delete