iye memang boleh goreng aiskrim tu. bila dah goreng jadilah aiskrim goreng.
sangat mudah untuk membuatnye ye kawan2.
bahan-bahan:
aiskrim kegemaran-ape jenama sekalipun tak kisah
roti gardenia-ade fiber takde fiber pun boleh
minyak masak
peralatan:
gelas atau cawan yang bukaannya bulat
kuali untuk menggoreng
landas
cara-cara:
1. ambil sekeping roti gardenia.
2. letakkan aiskrim atas roti.
3. ambil sekeping lagi roti dan letak atas aiskrim (ala mcm nak buat sandwich tu).
4. ambik cawan tadi dan tekan atas roti yang dah diletak aiskrim tu.
haaa ni Ai buat guna roti gardenia wholemeal. yang bawah tu kulitnya yang Ai lipat dua psl takde partner. then bentukkan guna cawan. tu jadi bentuk mulut tu |
5. simpan dalam plastik dan letak di peti sejuk beku atleast 24jam.
6. panaskan minyak hingga betul2 panas.
7. keluarkan aiskrim roti yang dah dibiar semalaman tu.
8. gorengkan secara deep fry.
9. goreng kejap je-tiap bhgn tu dlm 15-20 SAAT gitu. cuma nk bagi roti tu kaler keemasan.
10. hidangkan ketika panas2.
perghhh bila makan boleh rasa roti yang rangup dan aiskrim yang sejuk di dalam.
selamat mencuba
Ni resepi terbaek! Senang n sodap. I slalu buat kt umah :-)
ReplyDeleteKannnnn? Tapi kan nina kita x blh amalkn selalu. Nanti diet lari. Hihi
Delete