Ikut AiTotYati

8.6.14

PUISI BUAT PENGANTIN

"Alhamdulillah selesai walimatulurus adikku Izah Zaza dgn Izzat Mustafa dan adik iparku Nathirah Ghazali dgn Daniel Zolkapli
Selamat melayari bahtera rumahtangga. Survive the first 5 years and insyaallah you' ll survive the next chapter"

status Ai dalam fb. adik Ai menikah pada sabtu 31/5/14 manakala adik ipar Ai menikah pada 5/6/14. hanya selang 6hari. letih toksah ceritalah. kalau rumah Ai, kami tetap memasak untuk tetamu yang datang sehari sebelum majlis persandingan. 3malam berturut-turut Ai tidur jam 2pagi dan bangun jam 6pagi.

Sempena musim 'mengawan' @ perkahwinan ni Ai tulis puisi khas utk pengantin baru:

Masa belum kahwin
Debaran itu rasanya lain
Tapi bila dah nikah
Hilang semua resah

Bukan saja si dia jadi milikmu
Tapi dua keluarga menjadi satu
Sabar dan tolak ansur amat perlu
Jika tidak boleh haru biru

Kalau dulu suka ikut rasa
Sekarang kena lebih jadi dewasa
Jadi suami jangan suka memaksa
Isteri pula jangan merajuk saja

Keluarga bahagia bkn mudah
Jika tidak solat berjemaah
5 tahun pertama mungkin seksa
Sebab nak kenal baik buruk dia
Yang tidak diketahui kita
Please survive the first 5 years
Insyaallah you'll survive another chapter


Ikhlas,
Yg sedekad jd isteri.

1 comment:

  1. so true...the first five years, tahun utk mengenali...sabar is the key :-)

    ReplyDelete