minggu depan aku akan menduduki peperiksaan PTK (tahap kecekapan 1) di SMKA Sharod jam 11pagi hari khamis. oleh kerana aku malas nak belek buku jadi aku surfing dan jumpa beberapa link yang aku nak kongsi dengan kamu semua.
sila klik di sini. buat ulangkaji online sambil kamu boleh berblogging. bukankah heaven itu. betapa bertuahnya hidup di malaysia dapat study sambil main tenet.
ini adalah kali ke-2 aku ambil TK1. pertama kali ambil bulan mac09 lepas. aku dapat aras III. aku sangkut kat paper umum (ape umum? ish ish ish). paper umum dapat III manakala paper P&P (khusus) dapat aras IV. jadi keputusannya aku dapat aras III dan kena ulang lagilah. ada 2orang kawan aku yang baru pertama kali ambil PTK dah dapat aras IV utk ke2-2 paper.. wah bahagianya tak payah ambil lagi.
okes cukup aku mengomel. harap kamu semua dapat mendoakan kejayaan saya ye. harap sangat dapat aras IV. jika kamu juga ambil exam itu saya doakan selamat berjaya. jangan lupa klik link ini ya. study jangan tak study weh!
Ikut AiTotYati
21.8.09
20.8.09
TIADA LAGI JUMAAT UNTUK KAMU
"mohd syafiq yazid, cepat balik kelas..apalagi yang awak buat tu?" aku sedikit menjerit dari meja guru makmal Sains sambil menuju ke arahnya.
"kejap cikgu, sikit lagi nak habiskan nota ni, " syafiq menjawab sambil menulis. pantas sahaja tangannya menulis.
"itulah dari tadi saya suruh awak salin nota tu tapi awak nak main-main je," aku konon-konon nak marah sambil mengacah nak pulas telinga dia. tapi aku tak buat pun sebab aku memang lihat dia bersungguh-sungguh salin. aku kembali ke meja aku.
pelajar lain semua sudah bergerak ke kelas meninggalkannya seorang. cepat-cepat dia mengemas barangnya. sesudah itu dia mendekati aku.
"cikgu, saya minta maaf zahir batin ye," sambil dia menghulurkan tangan kepada aku.
"haaa mula lah tu buang tabiat ke? awak ada buat salah dengan saya ke?" aku menduga sambil membiarkan huluran tangannya tidak bersambut.
"takdelah cikgu, manalah tau saya tak sempat nak beraya dengan cikgu tahun ni. dahlah tahun lepas tak dapat datang raya rumah cikgu," dia menyambung kata.
"alaaaaa, nanti tahun ni saya buatlah makan-makan sikit jemput awak semua datang makan," aku berkata.
"cikgu, saya betul-betul minta maaf ni tau," dia mengulangi ayat itu.
"ha yelah tu. esok lusa buat salah lagi dengan saya" aku membalas semula.
"takdelah cikgu. manalah tau kita tak jumpa lagi ke?" balas syafiq.
syafiq telah melangkah keluar makmal. namun tiba-tiba dia berpatah balik ke arah aku yang masih mengemaskan laptop di meja guru makmal sains.
"cikgu, saya nak tengok kertas ujian topikal 2 hari tu boleh tak?" dia bertanya.
"hmmm... jumaat minggu depanlah ye. cikgu nak cepat turun ni," aku berikan jawapan sambil dia menawarkan bantuannya untuk menghantarkan laptop aku ke makmal siber. aku nampak wajah dia sedikit kehampaan tapi disebabkan tadi aku dah sebutkan markahnya sewaktu dalam kelas maka aku rasa tak perlulah tunaikan hasrat dia tu. tunggu jumaat minggu depan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
"syafiq yazid, kenapalah awak potong rambut macam tu? kan cikgu disiplin dah tahan awak," aku tanya dia selepas selesai program jejak pakar applied science jam 2.40petang, selasa 18/8/09.
"ala cikgu, takpelah saya tak kisah pun kena tahan. bila lagi nak wat gaya macam ni," dia berseloroh.
"awak ni, ade je jawapan. minggu lepas baru minta maaf dengan saya," aku perli dia.
"ala cikgu, takpelah mana tau nanti cikgu rindu nak bercakap dengan saya," dia membalas sambil memberikan senyuman paling manis.
"ada jelah awak menjawab. awak balik naik ape? nak tumpang saya ke?" aku bertanya.
"takpe cikgu, saya balik dengan kawan saya hari ini," balasnya.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
jam 11:04 malam tadi aku terima sms dari seorang rakan sekerja.
"salam akak. pelajar 5KFL mohd syafiq b. yazid meninggal baru ni ha... eksiden motor. akak ajar dia kan?"
sms yang aku terima betul-betul buat darah aku berderau. aku yang pada awalnya mengantuk terus celik mata. malam tadi lepas setengah jam bergolek-golek atas katil baru aku dapat melelapkan mata.
mohd syafiq b. yazid merupakan pelajar kelas 5kfl. aku mengajar arwah dari tingkatan 4 lagi. subjek yang aku ajar ialah applied science. arwah seorang yang agak nakal tapi bukan jenis yang mendatangkan masalah. mulut boleh tahan becok pot pet macam makcik tapi selalu ringan tulang. dia selalu tolong hantarkan laptop aku ke makmal siber. dan aku juga selalu tumpangkan dia balik sebab jalan aku balik memang lalu kampung arwah.
sebenarnya yang buat aku terkilan ialah arwah tak sempat nak tengok kertas ujian topikal 2 dia. sebab aku memang dah plan nak buat ulangkaji esok pagi (jumaat). tapi memang dah takdir dia tak sempat bertemu jumaat minggu ini.
menurut rakan-rakannya arwah kemalangan dengan lori. tempat kejadian sangat hampir dengan sekolah. malam tadi arwah kemalangan sewaktu nak pulang ke rumahnya di kampung tun razak. patutlah masa aku lalu jalan tu pagi tadi untuk ke tempat kerja, aku nampak serpihan kaca dan helmet bertaburan di atas jalan raya.
Buat syafiq b. yazid, cikgu memang sudah lama memaafkan segala kesalahan yang kamu lakukan samada sengaja atau tidak. tak sangka, kamu memang minta maaf seperti kamu tahu yang ajal kamu semakin hampir. kebaikan dan lawak kamu akan cikgu kenang. maafkan cikgu sebab tak tunaikan hasrat kamu nak lihat kertas ujian topikal 2 tu.
al-fatihah buat mohd syafiq b. yazid....... semoga rohnya dicucuri rahmat.

19.8.09
25 Syawal 1426 @ 27 November 2005
itu adalah tarikh kami bernikah. ikut tahun hijrah ini adalah raya yang ke-4 sambut bersama suami. bermakna aku kena harus bersedia mental fizikal dengan soalan-soalan yang bakal menyucuk jiwa hati jantung aku. soalan-soalan:
1. bila lagi nak ada?
2. jangan tunggu lama-lama.
3. ko ni tak teringin ke nak beranak?
4. mana anaknya?
5. berapa lama kahwin? takde lagi?
selalu aku jawab, "belum rezeki lagi" atau pun aku senyum simpul aje.
raya tahun ini aku nak jawab macam ni:
"ikutkan hati sekarang ni juga saya rasa nak bersalin............ bersalin bajulah"
aci tak?

17.8.09
PENGARUH AKU?
itu bukan kali pertama aku mendengar dialog sebegitu rupa. dialog itu semakin panas menjelang 15ogos 2009., aku kira (termasuk yang minggu lepas punye), dia adalah orang yang kesebelas (mungkin jika aku tak miss yang lain2) yang cakap dialog itu depan aku. yang cakap belakang? aku tak tahu dan aku tak mahu ambil tahu.
"ini semua **** punye pasal!"
aku? aku dipersalahkan lagi. hahahahahahaha. tapi best apa! sekurang-kurangnya aku membawa pengaruh yang baik.
aku tau apa yang kamu fikirkan. apa kes lagi ni?
sebenarnya rakan-rakan sekerja aku yang lain harus membuat proposal kajian tindakan yang harus dihantar pada 15ogos lepas. so apa kaitan dengan aku pulak ye?
ok begini.
pada tahun 2007 aku telah membuat satu kajian tindakan. dan kemudiannya kajian tindakan aku itu telah terpilih untuk dibentangkan di peringkat negeri melaka. dan selepas membuat pembentangan pada tahun 2008 aku telah mewakili melaka ke the 1st malaysia-thailand educational conference yang telah berlangsung selama 5hari. kajian tindakan aku juga telah diterbitkan dalam buletin kajian tindakan dan dalam buku kajian tindakan. begitulah ceritanya.
jadi...kaitannya?
ada di antara rakan-rakan sekerja mengatakan akulah penyebab mereka kena membuat kajian tindakan itu kerana pada mesyuarat guru edisi 1(awal tahun 2009) aku telah diminta utk membentangkan kajian tindakan aku itu di dalam mesyuarat guru. yang sebenarnya ialah pihak BPTV baru mula menggerakkan budaya kajian tindakan ini di kalangan guru-guru sm teknik sedangkan jika di pihak JPN, memang ada unit tindakan khas (tak pasti jika sekarang masih ada atau tidak).
pada pendapat aku, jika aku membawa pengaruh buruk aku patut malu tapi aku telah membawa pengaruh yang baik. membudayakan kajian tindakan di kalangan guru-guru. bukankah itu baik? (sila kembang-kembang hidung sekarang..hahahahaha)
dan juga aku rasa gembira kerana dapat membantu rakan-rakan yang lain yang agak samar2 utk membuat kajian tindakan ini.

14.8.09
TAKNAK TAPI MENURUT
serius aku dah pening kepala menjadi kaunselor tidak bertauliah. sudah bergelen-gelen nasihat aku berikan tapi setiap kali aku dapat news update, begitu jugalah keadaannya.
aku suruh kamu laporkan pada pihak berkuasa kamu kata
"nanti gelap masa depan dia"
(monolog aku: ko masih sayang dia ke? tak nampakkah dia sedang menjahanamkan hidup kamu?)
aku suruh kamu cari rumah sewa kamu kata
"aku takde masa asyik outstation aje"
(monolog aku: keselamatan diri lebih utama)
aku suruh kamu jangan layan dia kamu kata
"aku tahu keupayaan dia yang di luar jangka"
(monolog aku: sebab itu kena lapor pada pihak berkuasa. apa2 hal kita tahu dialah penyebabnya)
jadi apa guna aku di sini? aku juga punya keluarga untuk di jaga hati.
harap keadaan akan tenang sutu hari nanti..aku sentiasa doakan)

Subscribe to:
Posts (Atom)