Ikut AiTotYati

28.4.11

CERITA ORANG TERTEKAN

minta tolong kepada anda semua, kalau bertanya dengan orang yang belum punya anak silalah tanya dengan berhemah.


jangan sesekali anda membuat perbandingan dengan orang lain.
contohnya seperti:

"masih takde anak lagi? anak pakcik yang sebaya kamu dah ade 4 orang anak dah. itu pun dia nak tambah lagi"


atau pun


"kenapa kamu takde anak lagi? kamu ada masalah ke?"


ataupun

"eh dah lama kawen belum ada anak lagi. iye ke?" sambil tanya berulang-ulang kali konon nak kepastian.


kami (eh tetiba jadi wakil kesatuan plak), boleh 'membaca' jika seseorang itu bertanya untuk tahu atau untuk membuat perbandingan supaya mereka boleh berlagak.

tiada satu manusia pun suka untuk dibandingkan.

kadang-kadang ringan je mulut Ai nak tanya balik, "kamu pakai kereta ape ye? Ai pakai bestari 206. maintanance tinggi tu. kenapa kamu pakai kereta nasional je? oh pasal takde duit ke?"

amacam?
kan nampak macam meninggi diri tu. tak baik nak bangga riak tu. rezeki tu semua Allah yang bagi. kalau Allah nak tarik, kejap je. habis semua harta dan keluarga kamu hilang sekelip mata. tapi Allah pinjamkan pada manusia supaya bersyukur. namun ada gak orang2 yg terlebih nikmat ni lupa nak berbudi bahasa.


iklan: anda semua kena faham, bukan semua orang yang belum punya anak itu banyak duit kerana sesungguhnya rawatan kesuburan itu mahal harganya.
eh ayat ni Ai amik dari blog hamka.
meh baca sini.


Ai seru, kalau kamu nak tanya pasangan yang belum punya zuriat silalah tanya dengan berhemah kerana kami ni sensitif jiwanya.

mungkin kami boleh gelak2 dan anggap itu gurauan. tapi gurauan yang menjatuhkan maruah pasangan belum punya anak sangatlah tidak patut.

 luka di hati, siapa tahu? (-_-")

12 comments:

  1. sabo la ai. Allah maha mengetahui. mungkin ada sebab kenapa tiada rezeki lagi buat masa ni. siapalah kita nak judge org lain, kan?

    ReplyDelete
  2. Ai..sabo aje yang boleh kan..akak pernah mengalaminya..
    ada yang jahat mulut siap cakap suruh pawahkan..dia ingat kita ni bukan manusia ke..
    alhamdulillah..akhirnya tuhan kurniakan jugak 3 orang hero..
    pun aada lagi yang tanya..tak de pompuan ke..ish..betul2 tak faham..

    ReplyDelete
  3. @Erna akak, memang Ai bersabar. kerana itu Ai luahkan di blog. harap dapat kongsi dengan orang lain perasaan kami. kami tak pinta jadi begini.

    setiap yang berlaku pasti ade hikmahnye, kan?

    :D

    ReplyDelete
  4. len kali bawak bekal cili, yat... kasi sapu mulut org tu, hehe

    ReplyDelete
  5. Sabar lah tot...
    InsyaAllah ada rezei nya nanti...but for the time being, untuk hilangkan stress, why not kita ambil yang positive...mungkin orang-orang itu cuba mempraktikkan sifat caring...
    atau mungkin mahu berkongsi pengalaman mereka...
    Sabar ye, aku pun berhadapan dengan soalan itu...

    ReplyDelete
  6. Yer..akak masih ada pengalaman mcm tu...anak akk mmg sorang jer...mulut semua jahat tnya naper x beranak lagi... Selalu akak tnya balik org tu : mmg nak..bila nak kasi? Esok kasi kita boleh? Ha...baru diorang tutup mulut sket..x kira la org tua ke muda..semua akk jwb cenggitu..

    ReplyDelete
  7. @Za Nans cili dah habis buat sambal tempoyak la kak

    :p

    ReplyDelete
  8. @Ila ya selalu amik yg positif.
    cuma adakalanya Ai perlu luahkan.
    klu tak mahu bernanah hatiku.

    huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. @Aziela menarik jawapan akak ni.
    pinjam boleh?

    takpelah kak, hanya org2 yg alami saje yg tau. mana2 org yg mmg senang lekat n beranak tu kdg2 depa mcm heran nape ade org yg sukar nk lekat n dapat anak. tapi tu kan semuanya takdir.. huhuhuhu

    ReplyDelete