Ikut AiTotYati

31.8.10

CUCI MATA dengan ASAM PEDAS KEMBUNG & JEMPUT BILIS MONTEL TOT

haish blog Ai ni dah jadi macam blog makan-makan pulak. takpelah bulan pose ni baik tengok makanan daripada bergossip eh? (^_^)

itu makanan berbuka semalam. asam pedas kembang kembung dengan jemput bilis.



oh ikan dah tenggelam. bendi lak timbul


slurrrrpppppppp...


jemput bilis yang mudah dan pantas


close up. yang belah kanan agak2 gelap tu bukan tahi ikan bilis ok.
itu daun kucai yg ala2 nak hangit.



RESEPI JEMPUT BILIS MONTOK MONTEL TOT


bahan-bahan:
segenggam ikan bilis yg telah dibelah
secekak kucai (cekak kecik je ye)
15 sudu besar tepung gandum
sesudu teh garam
1/2 sudu teh ibu roti/yeast mauripan
secawan air
sebiji telur


cara nak buat mudah je:

1. satukan semua bahan kecuali telur. kacau hingga rata.
2. bila semua dah rata barulah masukkan telur. kacau rata lagi.
3. biarkan adunan tu mesra selama 15 minit.
4. goreng secara deep fry.
5. bila dah kaler emas angkat dan toskan.
6.makan panas-panas


resepi ni adalah yg paling selalu dibuat tak kira bulan puasa atau hari biasa sbb sgt senang ok.


selamat mencuba (^_^)

30.8.10

BESTARI 206 > PEUGEOT: CUCI MATA dengan MEE GORENG & CUCUR UDANG MONTEL TOT & SAMBAL PECAL SAEMAH

BESTARI 206 > PEUGEOT: CUCI MATA dengan MEE GORENG & CUCUR UDANG MONTEL TOT & SAMBAL PECAL SAEMAH

CUCI MATA dengan MEE GORENG & CUCUR UDANG MONTEL TOT & SAMBAL PECAL SAEMAH

jeng jeng ye Ai mmg suka start ayat dgn jeng jeng :P



masih dalam kepanasan


oh apakah yang samar-samar itu


sape pernah makan cucur udang dengan sambal pecal?
aku & enJekjek. bagaimana dengan kamu?


inilah dia juadah berbuka semalam. teringin punye pasal buat jugak cucur udang yg montel-montel ni dengan mee goreng. enJekjek panggil cucur udang tot sempena nama chef yg buat ni


mehle Ai tulis resepi. Ai punye resepi sume main sudu-sudu je.

RESEPI CUCUR UDANG TOT

18 sudu besar tepung gandum - senang kire guna sudu yg sama je
1/2 sudu besar ibu roti@yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit
2cawan air- kalau nak kira sudu gak jenuh la pulak
secekak daun kucai-bergantung pd tgn masin2 lah ye
10 ekor udang- mesti cuci dan toskan
(Ai guna senduk berdiameter 6cm sbg acuan cucur udang ni. so dapatlah 10keping yg montel-montel)

cara nak buat? senang je

campur semua bahan (kecuali udang) dan biarkan selama 20minit.
dah kembang, panaskan minyak mesti deep fry okeh.
masukkan aduan adunan dalam acuan dengan seekor udang di atasnya.
ceraikan bini adunan yg dah agak2 lekang tu dari acuannya dan goreng seperti biasa.

resepi mee goreng? nanti lenkali. ni nk mandi nk g sekolah. dah kul 6.20am ni.


semalam buka dengan cucur udang pun dah kembung2 perut. so mee goreng tu buat sahur pagi tadi je.
sambil makan semalam enJekjek panggil cucur udang tu montel.lepas tu dia kata, "ni cucur udang tot ni macam tuannye"
tu yang Ai bagi nama cucur udang montok montel tot tu. hehhehehe memang montel ok cucur udang tu. puas hati dapat makan dengan sambal pecal.





27.8.10

DENDANG PERANTAU

sambil menaip dengar lagu dendang perantau ini background music tau. mesti bayangkan

hahaha ni saje je gubahan bunga ni. test power katanya. 
ade 4gubahan. well Ai amatur masih belajar. dan ade gubahan yang telah dirombak semula (^_^)



kesian, eh sekian (^_^)

25.8.10

DIALOG JEKjEK part 2

di satu petang yang nyaman sebab pasang aircond sementara menunggu waktu berbuka bertanyalah seorang isteri yang cantek jelita berbudi bahasa kepada suaminya yang gagah perkasa macam hero remaja


Ai: abang, nanti kan kalau kite dah ade baby macam mana ye? boleh ke ayang memasak lagi?
Jekjek: boleh
*foto ihsan encik G*


oleh kerana suaminya yang gagah perkasa macam hero remaja tu dah jawab macam tu maka isterinya yang cantek jelita berbudi bahasa senyum simpul rasa gembira terharu dapat suami mithali pun menyambung perbualan,


Ai: ooooo, nanti abang tolong jagakannya? baiknye abang
Jekjek: taklah... die boleh JAGA DIRI SENDIRI

Ai: bertuah punye laki tapi cakap dalam hati jelah


kesian, eh sekian (^_^)

TOWTRUCK diTOW oleh TOWTRUCK

tadi masa pulang dari kerja, Ai nampak tow truck ditow oleh towtruck.

macam nilah ghupanya:




sebab Ai terkojotlah tak dapek nak snap foto towtruck tu.



padahal yang sebenarnya sangat eksaited nak tangkap foto tapi dok raba-raba cari-cari handset dalam handbeg tak jumpa lak.





bolehlah kan?

kesian, eh sekian (^_^)

24.8.10

CUCI MATA lagi dengan nasi dagang kari ikan

kalau pandai cuba teka ape tu...?


oh ini bukan nasi  hat tapi nasi dagang. 
hehehehe juadah berbuka pada hari ahad gtu



mentang-mentang bulan puasa asyik nak letak entry pasal makan je. heheheheheh

yang ni pula ape?




yaaaaa ini adalah nasi dagang dengan kari ikan. 
bayangkan ni kami berdua je makan dan habis waktu berbuka tu juga. 
hehehhee. kami memang pemakan kuat makan.





motif gambar? 
tu tu bunga ros gubahan kedua Ai buat.
ada bakat semulajadi rupanya Ai ni.


saje nak buh resepi nasi dagang yang Ai tanya daripada bonda. lenkali takyah tepon bonda lagi. hehehehe. asal nak buat nasi dagang tepon mak. tepon mak pasal nak buat nasi dagang.


RESEPI NASI DAGANG BONDA SAEMAH - untuk makan 2org saiz kami

1 pot beras nasi dagang
2 pot beras pulut
sesudu kecil halba
400 ml santan (guna santan serbuk buleh or santan kotak buleh kalau malas nak perah santan ori)
sedikit garam

cara membuatnya:
1. cuci dan rendamkan semalaman beras nasi dagang , beras pulut dan halba.
2. kukuskan kesemuanya selama 40minit - pengukus hendaklah dilapik dengan daun pisang yang amik belakang umah je.
3. kecilkan api, keluarkan beras2 itu dan gaulkan dengan santan yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.
4. setelah itu kukuskan semula selama 30 minit. 
5. padamkan api dan buh dalam mangkuk buh pulak dalam pinggan dan makan. ngeee


untuk kari ikan Ai guna serbuk akri HPA dan ikut je resepi kat belakangnye tu dah malas nak menaip ni
kehkeh




kesian, eh sekian (^_^)



23.8.10

SESI SKODENG BOIPREN LAMA (^_^)

sesi skodeng skodeng kereta lama yang dah bertukar tuan.

masa ni Ai baru pulang dari sekolah on the way nak balik ke rumah.
bila nampak MBE 2921 tu rasa eksaited gile. 
terus je follow. lps tu makcik tu mcm pelik je. kehkeh.
kereta kancil tu Ai bli  JUN 2005. itu adalah kenderaan kedua selepas Ai bli motorsikal. dan kancil ni Ai bli dgn downpayment RM1k shj. hasil berkat menabung. sama macam motrosikal kriss. motor tu Ai jual pd emak Ai. ek eleh dgn mak pun ko berkira ke? 
road tax mati 1jun setiap tahun. sehinggalah pada April 2009 Ai jualkan sbb nak bli kereta baru. Ai jual dengan harga Rm14 000. syoklah anak makcik tu sbb tak hbs study lagi dah dpt kereta. kancil ni manual. Ai pulak lps kena sakit PID tu agak sukar nk mengawal manual maka blilah kereta auto. 

nombor plat tu cantekkk, kan?
ape ada dengan nombor?


ini foto jarak dekat. 
disnap selepas menghantar anak2 angkat pulang ke rumah masing2 semalam.

rindu dengan encik kancil. boipren ketiga Ai. rasa nak turun dan usap2 kancil tu.
kenangan membawa emak naik kereta ini pertama kali.
kereta keluar masa cuti sekolah jun 2005 tu. mak Ai turun all the way dari selangor utk temankan Ai bw balik kancil utk disembelih ke kampung. oh rindu emak!!!!

sekarang kalau rindu boipren ketiga, Ai  lalu shj jln ini.

oh MBE 2921, Ai rindu kamu!!!

kesian, eh sekian (^_^)





22.8.10

CUCI MATA lagi dengan PUDING ROTI MARBLE BUTTERSCOTCH

layankan jelah foto ni ye

semalam bosan sebab enJekjek tiada, maka Ai layankan diri buat puding roti marble butterscotch


tak sengaja saje bagi polka dot antara layer. kehkeh
potong-potong



habis kelas nanti nak gi umah pak menakan Mydin carik lagi bunga nak buat gubahan. 
heheheheh



semua foto adalah hasil tangkapan ikan dan editan oleh en Jekjek (^_^)




kalau nak resepi gaya Ai sila baca di bawah. Ai suka sukat pake cawan-cawan je. maklum dah pro konon. kehkeh. 
kalau nak tengok resepi asallllllll dari kak hana jepun nunn
dengan adenya insan seperti kak hana menggalakkan manusia macam Ai ni yg malas jadi rajin nk ke dapur. hihihihi. terima kasih kak hana!!!


RESEPI PUDING ROTI MARBLE BUTTERSCOTCH

bahan-bahan:

bahan A:
1/2 cwn gula
3 cwn air
1 peket serbuk agar-agar 10g
2-3 ketul gula batu- Ai tambah

bahan B:
4 keping roti gardenia butterscotch-suka sangat Ai dengan roti nih!!!
1/3 tin susu pekat manis
1/2 tin susu cair
2 biji telur
1/2 cawan air

bahan C:
1/5 potong buttercup (Ai malas nk cairkan so Ai potong je buttercup yg beku tu)
2 sudu besar serbuk koko vochelle (ayak)

cara-cara memasak:
1. memula panaskan bahan A dalam periuk
2. sambil panaskan tu kisar bahan B
3. bila bahan A dah panas/didih, masukkan pula bahan B
4. agak2 dah sebati tu masukkan potongan buttercup
5. kacau dan kacau dan kacau sampai nampak pekat dan didih
6. matikan api.
7. bahagikan kepada 2 bahagian. satu bahagian tu masukkan serbuk koko. kacau cepat-cepat.
8. cepat-cepat masukkan dalam loyang dengan cara selang-selikan adunan tu
9. biarkan sejuk pada suhu bilik
10. dah sejuk bolehlah masukkan dalam peti sejuk
11. potong dan makan. hehehhe



jangan lupa buat dan bereksperimen  ye


kesian, eh sekian (^_^)

21.8.10

KONGSI ILMU: Membazir masa antara kesilapan ketika Ramadan

salam semua.

hari ini sudah hari kesebelas umat Islam berpuasa. penuhkah puasa kamu?

dalam berita harian online ade dinyatakan tentang kesilapan orang yang berpuasa. antaranya ialah:

1. tidak menetapkan niat fardu puasa pada setiap malam hari walaupun telah niat pada awal bulan.

2. masih makan dan minum ketika azan subuh berkumandang.

3. boleh rujuk link ini.

jom cuci mata nak? terimalah

bubur caca pujaan hati



spaghetti yang dah masuk perut enJekjek totyati

the first ever gubahan bunga pernah Ai hasilkan.
bunga matahari yang menceriakan hati

 bunga ros penyeri bilik ini
gubahan keduaoleh totyati



kesian, eh sekian (^_^)

19.8.10

CUCI MATA

salam semua,

marilah lihat umah pak menakan Ai yang ade diceritakan dalam entry ini.


*dilarang kopipes*
ini adalah hasil kerja enJekjek ku sayang
boleh tgk blog beliau di sini


kesian, eh sekian (^_^)

18.8.10

KATA-KATA HIKMAT MENYENGAT

semasa Ai dok mengemas satu drawer yang usang, Ai terjumpa satu catatan kata-kata hikmat.
dan Ai tambah perasa supaya lebih menyengat.

terimalah:


rajin kerja dan rajin cakap = bagus bagus
rajin keje tapi malas cakap = selalu kena buli
malas keje dan malas cakap = tak berguna
malas keje tapi suka mengadu = nyanyuk le kamu
malas keje dan suka ponteng = baik ko berhenti keje keje sendiri je weh
malas keje tapi suka menyibuk = baik kamu disula pergi mati!!!


amacam, best tak?

*foto dirakam ketika Jusco Bandaraya Melaka (JJ baru) 
mengadakan pertandingan buat replika drpd belon peringkat Asia*
aish, takkan nampak pompuan belon pun nak terliur
ini bukan man belon punye :P


kesian, eh sekian (^_^)

16.8.10

EKSKLUSIF: FOTO SALLEH GREGOR SAMSA

Ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka idaman malaya  yang telah bikin gempak itu. nama galamer glamer beliau ialah Salleh Gregor Mendel Samsa.

Di bawah ini ada sedikit sedutan fb beliau. Ai rasa haramkan sajelah fb ni. banyak keburukan je lor.. buleh menggugat keamanan.


*untuk kesihatan mata klik situ ye*

Ai kasihan dengan dia. janganlah dimarah tetapi insan seperti ini perlu dibimbing ke jalan yang benar.




Oh dan secara ekslusif juga Ai paparkan foto



Ai tak kata itu foto Salleh Gregor Samsa ye, korang yang pandai-pandai sambung ayat tak bernoktah di atas

Itu adalah gambar seseorang yang tidak dikenalpasti identitinya. kejadian ini di sedari oleh Ai pada ahad (15/8/2010) lebih kurang tengahari gitu.

Ai dengan baik hati telah melabelkan kawasan / objek-objek yang berkenaan. Itu adalah kawasan belakang rumah Ai. Selepas pagar dawai itu ialah kawasan persendirian tauke cina. So sebagai sempadan itu tauke sudah tanam pokok kelapa sawit. Masa Ai sedar ada makhluk tu, Ai dengan senyap-senyap telah memanggil enJekjek. dan untuk mengelakkan orang asing itu terjaga hubby telah secara senyap-senyap snap gambr org misteri itu dari dalam bilik belakang. yang kamu nampak sedikit hitam itu ialah langsir bilik.

orang itu sangat misteri dan memang harus disyaki krn sangat mencurigakan. tanpa berlengah kami menelefon pihak rukun tetangga taman. namun orang misteri itu 'lesap' sewaktu Ai masuk ke bilik utk mengambil tudung mankala enJekjek pula menunggu rukun tetangga tiba.

kehadiran orang misteri itu kami curigai kerana:

1. tengahari buta baring atas pelepah sawit di tanah persendirian org dgn memakai jeans tak pose ke? agaknya nak makan secara curi-curikah?

2. itu tanah persendirian camne pulak dia buleh wujud kt situ. kalau die pekerja yg diupah oleh tauke cina tuan punye tanah, takkan pakai tshirt cun + seluar jeans tak lusuh tanpa parang/sabit.

3. kenapa perlu menyorok di sebalik pokok dan semak. kamu boleh nampakkan semak yg Ai labelkan?

4. muka yang tidak dikenalpasti bukan muka penduduk tempatan. lepas hubby ambil foto ni terus ke tapak pembinaan yg berdekatan. dan pekerja di situ tidak mengenali orang misteri itu.

5. orang misteri bukan rakan jiran sebelah. menguatkan spekulasi yg orang misteri adalah orang luar. Ai risau adakah orang misteri sedang mengusha kejiranan kami? maklumlah nanti kebanyakan penduduk akan pulang ke kampung berhari raya. Ya Allah jauhkan lah taman kami dari sebaarng kejadian yang tidak diingini.


untuk foto close up boleh klik gambar di bawah

sanggupkah kamu berbaring di atas pelepah kelapa sawit seperti itu?


kesian, eh sekian (^_^)


DIALOG JEKjEK

Pada suatu petang 5 ramadhan, di sebuah rumah yang aman damai. berkatalah si suami pada isterinya,

enJekjek: abang paling suka bulan ramadhan
Ai          : nape lak bang?

enJekjek: abang suka sebab bila ramadhan AYANG AKAN MASAK PELBAGAI JUADAH. bulan-bulan
               lain susah sikit nak rasa.
Ai          : ek eleh (sambil tersipu-sipu malu)

enJekjek: kan abang pernah cakap dulu. bulan puasa memang bulan yang ditunggu-tunggu
Ai          : *senyum sampai ke telinga



jadi bila Ai muhasabah dan belek-belek diri, betul jugak kata en Jekjek. biasanya hari lain mmg ade sikit malas. malas pertama sebab hanya sekali je makan di rumah iaitu makan malam. dan itu pun ikut mood Ai nak masak. sebab bila hari kerja Ai akan msk simple2 je macam nasi goreng ke or ape2 yg senanglah. lagi senang kalau bli kat pasar malam. hehhehe

setakat ni, baru 2kali enJekjek ke bazar ramadhan itu pun sebab bli kuih cara berlauk krn Ai teringin sangat nk makan. tapi rasanya mmg hampeh. bak kata my FIL, "manusia bila berjual takde konsep sedekah, makanan pun rasa macam sampah"

saje nak list down menu berbuka yang Ai dah masak utk 5 hari berbuka ini:

ramadhan 1: nasi dagang + kari ikan kembung + cempedak goreng
ramadhan 2: ayam selon oregano, kangkung masak belacan, kuih beli: cara berlauk
ramadhan 3: ayam singgang cendawan butang
ramadhan 4: mee bandung penuh udang + jemput jagung nestum bersusu
ramadahn 5: ayam masak kicap bercili, telur dadar, bayam merah rebus, roti sosej bertelur

terasa nak buat sticky entry lak menu ramadhan ni. buleh tengok selama 30hari ape yang Ai masak. ehehhe


comel tak? labu dgn labi skype dgn SIL, aimi yg ade kt Aussie
tq lutfi, akak amik jgn mare aaa. link lutfi di sini

15.8.10

BLOG LIST BEN ASHAARI



Salam kawan-kawan. 

Selamat berbuka kejap lagi. 
Sementara tu saje blog walking dan kemudian terjumpa pulak tentang entry en Ben Ashaari ni. 
jadi Ai pun ambil keputusan nak join memandangkan mood membuat enytry telah kembali semula. wahhhhhh!!!

nak tengok tentang entry ni silalah klik sini ye

dan kepada encik Ben Ashaari yang hensem, wah bodek baekkkk punye
Ai ingin berada dalam kategori PERIBADI.

kesian, eh sekian (^_^)



DINIHARI 14082010

Salam ramadhan buat semua.
Tengok, 7.02pagi dah keluar?
Sebenarnya kami ada misi.
Ai lupa pulak nk snap foto masa kt dekoder astro sebelum keluar rumah pagi tadi.
dekoder tunjuk masa yang ade angka 6.
Yang atas tu pula ialah masa dah masuk dlm kereta.
oh jam dlm kereta ni cepat 10minit. makanya kami keluar pagi tadi lebih kurang 6.55pagi.
ape kami nak buat?
ikuti catatan dinihari kami pagi tadi.

jeng jeng. masa ni dah sampe kt trafik lite depan IPK melaka.
enjekjek mmg rempit.
teruskan perjalanan.

kami pergi ke sini. nak shoot sunrise (^_^)
oh kat mana ni?
ikuti catatan ni selanjutnya.
berahsia sungguhlah ko Ai

oh masih tak pasti?
takpe layan dulu foto yg amik guna henset sbb bateri kamera Ai dah kong. 
patutle foto ko blur


enJekjek sedang mengusha port yang baeeeeeeeek punye.
jangan usha awek sudah


taman siapa mana pulak ni?

enJekjek sedang sediakan kamera.


kami berada di depan rumah orang-orang kaya ni.
rumah macm ni kalau kt kl mau harga cecah setengah juta.


kami berada di jalan mati kawasan perumahan ni.
lama Ai tenung kereta tu. macam biasa Ai lihat.
rupanya kereta kawan Ai. dia baru pindah ke situ.
ye rumah itu mmg besar.
dan pangkin yg Ai tunjuk awal2 tadi ialah taman di depan umah dia.
motorsikal tu ialah ustaz yg datang utk mengajar keluarga mereka mengaji.
macam inilah contoh yg baik. walau orang berada pada Allah tidak dilupa.

rumah ni pula kosong. sape nak beli?
jangan tepon Ai. kehkeh

anak panah hitam ialah taman persendirian orang lain pula.
oleh kerana matahari tidak memunculkan diri maka kami beralih ke kawasan beranak panah kuning.
kena drive turun ke bawah.


anak panah merah menunjukkan kawasan yg kami pergi awal-awal tadi.
itulah deretan rumah yang bernilai setengah juta kalau kt KL.


dari port baru ni kami boleh nampak kawasan MITC (melaka international trade center)
dan situ jugalah kwsn rumah pak menakan Ai yg kejap lagi kami nak singgah.


matahari dah timbul.
ko ingat air ke Ai? matahari timbul?


kami patah balik ke port yg awal2. hubby siap keluarkan tripod.

operasi bermula

yey!!! Dang Sang Suria pun muncul

panorama snap guna henset cikai  s500i


lepas dah snap segala kami pun beransur ke umah pak menakan.
anak panah merah menunjukkan tempat berlakunya kejadian hazard hazardous.
cerita selanjutnya di sini.

dengar hitz pula. skrg 7.47pagi.


7.48pagi

sempat lagi singgah Planeterium Melaka yang tak best tu.
en Jekjek khusyuk tangkap gambar(anak panah merah)
nak tengok gambo hubby yg lain pergi blog dia di sini.


Ai dlm kereta, bosan setia menanti hubby (^_^)



en Jekjek syok dapat bangunan yg ade reflection sunrise


nak sampai rumah pak menakan Ai dah ni


rumah pak menakan Mydin lengang

8.00 pagi dah terpacak kat umah pak menakan aku. heheh


hahahah rupanya belum buka lagi

haa inilah waktu rumah pak menakan Mydin beroperasi.
saje aku snap so senang lenkali takdelah korang pulak datang awal sangat mcm aku.

so kami pun blah, cari aktiviti lain.
ni di kota fesyen, kedai masih belum dibuka. en Jekjek amik kesempatan snap foto.
hubby Ai mmg gila foto


kami ke dataran ayer keroh yang ada jam besar tu.
karnival Sua Rasa TV9 berlangsung di sini.
tak kosser aku nak pegi. setakat ni karnival tv3 pun aku tak pernah pergi.
jangan maraaaa aaa.

jam yg tunjukkan kepelbagaian waktu.

Ai namakan blog ini sempena pakwe kereta kesayangan ni

mujur kaler cerah, sebenarnya dah 2bulan tak mandikan.
kantoi.

mengancam tak mata saya? tanya abg BESTARI 206
umur saya 1 tahun 4 bulan.
makwe puan tuan saya bli masa befdei dia.
kesian, beli sendiri takde orang nak hadiahkan. kehkeh

agaknya hubby kesian dengan aku yang shot guna kamera henset je. lepas tu amik foto kereta sendiri je. so hubby berbesar hati mengajar aku satu teknik dalam fotografi. iaitu PENING PANNING.

panning tu ape?
panning tu kaedah fotografi le. malas sangat tu kenapa? pergi tanya Encik Google le. :P

hasil foto aku yang guna panning. eh pening jugaklah aku nak buat tadi.
nampak tak?
objek yang sedang bergerak tu clear manakala objek lain sume blur.
haaaa ni le pening panning.

lepas habis panning kami patah balik ke rumah pak menakan Mydin.
tengok, orang dalam waja tu lagi awal datang. tapi aku lagi awal sebab tadi dia takde pun kat situ.


usai melaksanakan hajat kecil, saje amik foto bag ni. 
sebab aku asyik posing dgn Cik Carlo je.

cet, ape la pak menakan aku ni, kedekut betul. setakat cover utk tempat tisu ni takkanlah tak boleh order yg baru? hari-hari untung juta-juta. 
pande je ko Ai kata aku untung juta-juta: dialog pak menakan aku.

sebab org takde, maka Ai sangat gembira nak gunakan mesin ni.

hasilnya:
BMI Ai 27, oh tidak normal. tu, dah overweight.
korang nak tau sangat berat Ai berapa kire sendiri le.
buwekkkkk

hubby gigih menolak troli. 
anak panah menunjukkan kami paring kereta betul-betul depan umah pak menakan aku.

tak caye? ni foto pintu depan
tengok, muka hubby Ai dah blurkan sedang gigih masukkan barang dalam troli.

dan operasi dinihari tamat jam 9.50 pagi.
dah dah balik umah kemas umah plak.


kesian, eh sekian (^_^)