Ikut AiTotYati

Showing posts with label Gregor Mendel. Show all posts
Showing posts with label Gregor Mendel. Show all posts

16.8.10

EKSKLUSIF: FOTO SALLEH GREGOR SAMSA

Ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka idaman malaya  yang telah bikin gempak itu. nama galamer glamer beliau ialah Salleh Gregor Mendel Samsa.

Di bawah ini ada sedikit sedutan fb beliau. Ai rasa haramkan sajelah fb ni. banyak keburukan je lor.. buleh menggugat keamanan.


*untuk kesihatan mata klik situ ye*

Ai kasihan dengan dia. janganlah dimarah tetapi insan seperti ini perlu dibimbing ke jalan yang benar.




Oh dan secara ekslusif juga Ai paparkan foto



Ai tak kata itu foto Salleh Gregor Samsa ye, korang yang pandai-pandai sambung ayat tak bernoktah di atas

Itu adalah gambar seseorang yang tidak dikenalpasti identitinya. kejadian ini di sedari oleh Ai pada ahad (15/8/2010) lebih kurang tengahari gitu.

Ai dengan baik hati telah melabelkan kawasan / objek-objek yang berkenaan. Itu adalah kawasan belakang rumah Ai. Selepas pagar dawai itu ialah kawasan persendirian tauke cina. So sebagai sempadan itu tauke sudah tanam pokok kelapa sawit. Masa Ai sedar ada makhluk tu, Ai dengan senyap-senyap telah memanggil enJekjek. dan untuk mengelakkan orang asing itu terjaga hubby telah secara senyap-senyap snap gambr org misteri itu dari dalam bilik belakang. yang kamu nampak sedikit hitam itu ialah langsir bilik.

orang itu sangat misteri dan memang harus disyaki krn sangat mencurigakan. tanpa berlengah kami menelefon pihak rukun tetangga taman. namun orang misteri itu 'lesap' sewaktu Ai masuk ke bilik utk mengambil tudung mankala enJekjek pula menunggu rukun tetangga tiba.

kehadiran orang misteri itu kami curigai kerana:

1. tengahari buta baring atas pelepah sawit di tanah persendirian org dgn memakai jeans tak pose ke? agaknya nak makan secara curi-curikah?

2. itu tanah persendirian camne pulak dia buleh wujud kt situ. kalau die pekerja yg diupah oleh tauke cina tuan punye tanah, takkan pakai tshirt cun + seluar jeans tak lusuh tanpa parang/sabit.

3. kenapa perlu menyorok di sebalik pokok dan semak. kamu boleh nampakkan semak yg Ai labelkan?

4. muka yang tidak dikenalpasti bukan muka penduduk tempatan. lepas hubby ambil foto ni terus ke tapak pembinaan yg berdekatan. dan pekerja di situ tidak mengenali orang misteri itu.

5. orang misteri bukan rakan jiran sebelah. menguatkan spekulasi yg orang misteri adalah orang luar. Ai risau adakah orang misteri sedang mengusha kejiranan kami? maklumlah nanti kebanyakan penduduk akan pulang ke kampung berhari raya. Ya Allah jauhkan lah taman kami dari sebaarng kejadian yang tidak diingini.


untuk foto close up boleh klik gambar di bawah

sanggupkah kamu berbaring di atas pelepah kelapa sawit seperti itu?


kesian, eh sekian (^_^)