Ikut AiTotYati

Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

3.9.10

CUCI MATA lagi dengan BiSKUT COKLAT CHIP MERDEKA

entry ini dibuat khas buat sahabatku nuril ok sila terharu

nama biskut kena gempak sebab buat masa hari Merdeka. perghhh mujur puasa maka biskut ni selamat. kalau tak memang 'selamat' kat mulut hubby Ai le jawabnye.

nak letak resepi dulu ke gambo dulu?

kite layan foto dulu boleh? tima kaseyyy kpd hubby Ai yg rajin snap dan edit.
peringatan: anda dilarang copi pes gambar Ai ok!!

badam yang kena disangan (goreng tanpa minyak)



adunan yang sedia utk diletak dalam dulang pembakar


adunan dibentuk sebesar syling 20sen. besar syiling 50sen pun boleh.


yaa... sudah masuk dalam oven. gile cepat oven elektrik ni. 
10minit dah buleh keluarkan.



ini bukan foto biskut hangus tapi gamabo ini telah diedit ye :D



biskut sedang disejukkan


perghh mmg details you all. siap nampak badam n nestum dlm biskut tu heh



1 adunan dapat 3balang saiz ni. ini adalah balang bertutup merah yang rendah tu.


so here is the resepi!!!
BiSKUT COKLAT CHIP MERDEKA

bahan A
1 buku buttercup
160g gula castor
1 biji telur kuningnya sahaja
1 sudu teh esen vanila

bahan B
230g tepung gandum
100g coklat chips
20 g serbuk koko van houten
50 g coklat urai
50 g badam cincang yang disangan (goreng tanpa minyak)
50g nestum - nk guna oat pun boleh

cara buat:
1. pukul buttercup dgn gula sampai kembang.
2. masukkan kuning telur dan esen vanila. pukul lagi.
3. masukkan bahan B sedikit demi ssedikit. masa ni guna le sudip kayu bior tak lekat.
4. dah kacau rata, buh dalam loyang. bentukkan sebesar syiling 20sen or guli or syiling 50sen kalau nak cepat habis.
5. bakar dalam oven gas pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit. kalau guna oven elektrik selama 10 - 15 minit je.
6. dah siap bakar, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

selamat mencuba!!!

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SAHABAT TERSAYANG, CIK NURIL.
MAAF ZAHIR BATIN YE (^_^)

selamat hari raya kepada semua pembaca setia blog Ai dan kepada 'stalker @ penghendap' sila jaga anak bini anda di rumah. tak paham bahasa ke Ai mmg takmo berkawan dgn kamu. cukuplah Ai block kamu di facebook.


kesian, eh sekian (^_^)

31.8.10

CUCI MATA dengan ASAM PEDAS KEMBUNG & JEMPUT BILIS MONTEL TOT

haish blog Ai ni dah jadi macam blog makan-makan pulak. takpelah bulan pose ni baik tengok makanan daripada bergossip eh? (^_^)

itu makanan berbuka semalam. asam pedas kembang kembung dengan jemput bilis.



oh ikan dah tenggelam. bendi lak timbul


slurrrrpppppppp...


jemput bilis yang mudah dan pantas


close up. yang belah kanan agak2 gelap tu bukan tahi ikan bilis ok.
itu daun kucai yg ala2 nak hangit.



RESEPI JEMPUT BILIS MONTOK MONTEL TOT


bahan-bahan:
segenggam ikan bilis yg telah dibelah
secekak kucai (cekak kecik je ye)
15 sudu besar tepung gandum
sesudu teh garam
1/2 sudu teh ibu roti/yeast mauripan
secawan air
sebiji telur


cara nak buat mudah je:

1. satukan semua bahan kecuali telur. kacau hingga rata.
2. bila semua dah rata barulah masukkan telur. kacau rata lagi.
3. biarkan adunan tu mesra selama 15 minit.
4. goreng secara deep fry.
5. bila dah kaler emas angkat dan toskan.
6.makan panas-panas


resepi ni adalah yg paling selalu dibuat tak kira bulan puasa atau hari biasa sbb sgt senang ok.


selamat mencuba (^_^)

30.8.10

CUCI MATA dengan MEE GORENG & CUCUR UDANG MONTEL TOT & SAMBAL PECAL SAEMAH

jeng jeng ye Ai mmg suka start ayat dgn jeng jeng :P



masih dalam kepanasan


oh apakah yang samar-samar itu


sape pernah makan cucur udang dengan sambal pecal?
aku & enJekjek. bagaimana dengan kamu?


inilah dia juadah berbuka semalam. teringin punye pasal buat jugak cucur udang yg montel-montel ni dengan mee goreng. enJekjek panggil cucur udang tot sempena nama chef yg buat ni


mehle Ai tulis resepi. Ai punye resepi sume main sudu-sudu je.

RESEPI CUCUR UDANG TOT

18 sudu besar tepung gandum - senang kire guna sudu yg sama je
1/2 sudu besar ibu roti@yis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil kunyit
2cawan air- kalau nak kira sudu gak jenuh la pulak
secekak daun kucai-bergantung pd tgn masin2 lah ye
10 ekor udang- mesti cuci dan toskan
(Ai guna senduk berdiameter 6cm sbg acuan cucur udang ni. so dapatlah 10keping yg montel-montel)

cara nak buat? senang je

campur semua bahan (kecuali udang) dan biarkan selama 20minit.
dah kembang, panaskan minyak mesti deep fry okeh.
masukkan aduan adunan dalam acuan dengan seekor udang di atasnya.
ceraikan bini adunan yg dah agak2 lekang tu dari acuannya dan goreng seperti biasa.

resepi mee goreng? nanti lenkali. ni nk mandi nk g sekolah. dah kul 6.20am ni.


semalam buka dengan cucur udang pun dah kembung2 perut. so mee goreng tu buat sahur pagi tadi je.
sambil makan semalam enJekjek panggil cucur udang tu montel.lepas tu dia kata, "ni cucur udang tot ni macam tuannye"
tu yang Ai bagi nama cucur udang montok montel tot tu. hehhehehe memang montel ok cucur udang tu. puas hati dapat makan dengan sambal pecal.