Ikut AiTotYati

Showing posts with label kancil. Show all posts
Showing posts with label kancil. Show all posts

23.8.10

SESI SKODENG BOIPREN LAMA (^_^)

sesi skodeng skodeng kereta lama yang dah bertukar tuan.

masa ni Ai baru pulang dari sekolah on the way nak balik ke rumah.
bila nampak MBE 2921 tu rasa eksaited gile. 
terus je follow. lps tu makcik tu mcm pelik je. kehkeh.
kereta kancil tu Ai bli  JUN 2005. itu adalah kenderaan kedua selepas Ai bli motorsikal. dan kancil ni Ai bli dgn downpayment RM1k shj. hasil berkat menabung. sama macam motrosikal kriss. motor tu Ai jual pd emak Ai. ek eleh dgn mak pun ko berkira ke? 
road tax mati 1jun setiap tahun. sehinggalah pada April 2009 Ai jualkan sbb nak bli kereta baru. Ai jual dengan harga Rm14 000. syoklah anak makcik tu sbb tak hbs study lagi dah dpt kereta. kancil ni manual. Ai pulak lps kena sakit PID tu agak sukar nk mengawal manual maka blilah kereta auto. 

nombor plat tu cantekkk, kan?
ape ada dengan nombor?


ini foto jarak dekat. 
disnap selepas menghantar anak2 angkat pulang ke rumah masing2 semalam.

rindu dengan encik kancil. boipren ketiga Ai. rasa nak turun dan usap2 kancil tu.
kenangan membawa emak naik kereta ini pertama kali.
kereta keluar masa cuti sekolah jun 2005 tu. mak Ai turun all the way dari selangor utk temankan Ai bw balik kancil utk disembelih ke kampung. oh rindu emak!!!!

sekarang kalau rindu boipren ketiga, Ai  lalu shj jln ini.

oh MBE 2921, Ai rindu kamu!!!

kesian, eh sekian (^_^)