Ikut AiTotYati

18.1.10

39.2 DARJAH CELCIUS

last aku demam panas adalah pada tahun lepas. buleh rujuk entri ini. nampaknya tahun ini bulan pertama sudah demam lorrr. sebenarnya takde hint hint yg aku akan demam. if dulu adalah gak sign batuk selsema, ni mmg on the dot je.


sebenarnya masa hari ahad tu belakang paha kaki kanan aku sakit. korang tau kan aku ada PID. apa itu PID boleh rujuk sini. so disebabkan sakit tu aku tuamlah dengan hotpack. dan lama2 sakit tu hilang. lepas dah hilang so kami pn berangkatlah le umah makcik suamiku di muar.


oh oh di sana black out semasa kami tiba. tapi walaupun black out keadaan dalam umah tak panas. rasa nyaman je gitu. oh kami ke sana sebab nak tolong settingkan router yg baru dibeli oleh suami makcik hubbyku. so sambil hubby setting router aku pun mainlah dengan sepupu hubby ku yg paling kecil. cuma aku nak tergelak dengan pertanyaan sepupu hubbyku yg kecil itu. alaaaa dia baru darjah 2. lagipun budak2 mmg telus dan jujur. korang nak tau apa dia tanya aku?


"kak yati kak yati, kenapa kak yati tak mengandung lagi?
kak yati tak boleh mengandung ke? lambat sangatla kak yati ni nak mengandung"



oleh krn dia kanak2 riang maka dengan hati terbuka aku pun jawable,


"apa kata yin doakan kakyati sekarang. doakan kakyati dapat baby kembar ke?"


aku usik dia sambil minta dia tadah tangan dan kami aminkan bersama-sama.
iye mmg kelakar saat itu.


dalam kereta on the way balik ke melaka aku ceritakan perkara itu kepada hubby. hubby aku gelak je. dan aku imbas kembali masa bulan puasa tahun lepas. masa tu kami datang ke sana untuk berbuka puasa. ok tahun lepas si kecik tu darjah 1 lah kan? si kecik tu lontarkan pertanyaan ini:

" kakyati ni datang nak makan aje ke?"--->makan tu merujuk pada berbukalah.

hahahahahaha. kami terkesima nak gelak pun ade.

2 comments: