makin hari aku makin tak berapa nak suka dengan makhluk ni
oleh kerana dia aku dihumbankan keje dia dengan alasan die tak pandai buat. halloooo aku dulu masa mula2 dapat tugasan tu pandai ke? belajarlah buat dari pengalaman
oleh kerana die nama aku dah masuk ke ingatan pengetua sbb dia tak dtg sekolah mc, relif dia aku tak dapat tapi rupanya aku yg kena relif dia
oleh kerana dia aku pulak yg die msg suh tuliskan nama kat papan putih
oleh kerana yang pertama itu takpelah aku consider dgn harapan dapat menolong dia
oleh kerana yg kedua dan ketiga tu dah buat aku betul-betul naik angin macam ape ke halnye yob?
tapi aku dengan jujur tulus ikhlasnya dah balas oleh kerana dia yang ketiga tu... lebih kurang gini bunyinya: "wslm. sebenarnya apabila seseorg guru itu mc maka adalah menjadi tanggungjawabnya utk maklumkan sendiri pd sekolah. sila telefon opis antara jam 7.00- 7.30pagi. nombor telefon opis ialah 06............ harap maklum."
nasiblah kan ko msg aku mlm2 buta aku nak tido. selama ini aku mc telefon sendiri opis minta tlgorg di situ naikkan nama.
oleh kerana yg kedua tu telah mencemar nama aku. aku jenis yang tak berani tak masuk kelas jika dapat relif. sape yg suka relif? tapi oleh krn itu adalah tjwb maka bila dapat kertas relif ataupun panggilan telefon dari opis maka pasti aku akn tunaikan. masalahnya oleh kerana dia mc dan lambat beritahu maka guru kanan pun lambat buat relif n org opis terlupa nak tepon aku. so bile pengetua round nampak kelas yg pelajarnya berkeliaran maka akn ditanya mana guru relif maka dah tentulah guru relif yg kena. aku tahu pun dari guru lain yg tanya nape aku tak masuk kelas tu. seedangkan aku tak dapat pun relif itu?
aku tak kisah kau nak berlagak tak matang tapi tolonglah matang sbb kau dah kwen. bukan bermakna org tak kwen tak boleh matang tapi kenapa selalu tindakan kau menyusahkan aku? kadang-kadang aku rasa macam nak swing je kau supaya sedar dari lamunan. tolonglah... dunia ini bukan kau yg punye! kau nak manja dengan laki kau, dengan mak kau tu kau punye pasal! tapi kat sekolah kau kena buat kerja macam org lain buat kerja ok!
sabar tot...biasalah tue maner tpt pun mcm tue...kekadang tue rasa fed-up kan....
ReplyDeleteishh.. sy baca pun sy geram. cos sy pn ada sorg colleague mcm spesis dia tu gak. bikin panas jer..
ReplyDelete