Ikut AiTotYati

5.1.10

NASIHAT AKU UNTUK PARA PELAJAR

" jika kamu hadir ke sekolah untuk melanggar peraturan sekolah atau berlaku kurang ajar dengan guru maka kamu hendaklah meminta penjaga kamu mendirikan sekolah kamu sendiri. di sekolah ini, kamu terikat dengan peraturan"

itu bait-bait puisi yang menerjah corong telinga gegendang telinga pelajar 5EE2 hari ini. hari ini baru masuk kelas. well jangnlah jeles kan... selagi form4 belum mendaftar maka ada sikit rilexlah dari segi pengajaran. tapi honeymoon tu sampai 25jan je. tapi aku tak honeymoon pun. banyak lagi kerja yg nak dibereskan. apa lagi jika bukan tentang sistem maklumat murid. data2 tingkatan 5 harus diselesaikan sebelum tingkatan 4 mendaftar pd 25jan. begitu juga dengan sms sekolah. alamak aku blm call mypressto lagi. erk soklah aku usha portal tuh.

eh.. ape aku ni. nak cite pasal 1st day teaching. ok sambung.

so tadi dah start mengajar modul 4 iaitu energy. mujur segala bahan2 pengajaran & pembelajaran (lepas ni refer as P&P ok) dah aku buat sepanjang 2tahun lps. so kira start tahun ni aku hanya perlu baiki mana2 yg patutlah. pd pendapat saya sebagai seorang guru yg menggunakan sepenuhnya ICT, ICT sangat2 memudahkan kerjalah. nak show video ke, ppoint ke, soalan ke... semualah... sangat mudah. sebab itulah aku takkan pergi ke kelas tanpa laptop kesayangan. masa mula2 mengajar aku gunakan laptop sekolah tapi sejak thn lps aku bli netbook yg amat ringan- sesuailah utk aku yg begini keadaannya. jap cari gambar lappy ade tak.
haaa tu amik kt website mana ntah lupa lak. mcm gitulah lappy eden. beratnya cuma 800g shj. dan jika aku bw tanpa begnya maka nampak mcm aku bw kertas puteh je. bajet suci lah. 12januari ni befdeinya yg pertama. nak beli kek ape ye? ok biol lah kau.

ok selain bahan2 P&P yg telah tersedia, aku juga telah membuat RPH dlm bentuk softcopy. hehehehe. jadi eden cuma hanya perlu edit2 mana yg patut. print dan tampal. aku mula teruja nak buat gitu lepas tgk hubby buat. apalah ko ni hubby jadi cikgu lambat tapi die lebih kreatif. well hubby MMU student haruslah die tu klu buleh semua nak print out n save dlm pc. ish tadi aku nak cite psl 1st day teaching nih.

biasalah aku bila 1st time masuk kelas harus nampak mcm 'cikgu ni mcm garang gile lah kwn2 so kite kena fokus'

hahahahahaha. itu feedback pelajar2 yg dah lepas. sebenarnya aku adalah seorg yg sporting tapi tegas. trylah tongkat dagu dlm kelas aku kalau tak kena ****** bukan cikgu yati heh. semua pelajar diwajibkan membawa buku nota, buku teks dan kulat kulat. aisey kalkulator lah!!! :P
2barang yg mesti ada sewaktu kelas applied science. so far alhamdulillah P&P lancar dan pelajar gembira. mana kau tau. hahahahaha

5 comments:

  1. がんばって、先生!!

    ReplyDelete
  2. bagus2.
    cikgu kreatif & inovatif melahirkan pelajar berwawasan!

    ReplyDelete
  3. lupa lak... maksud RPH ialah rancangan pelajaran harian. alaaaa lesson plan gitu namanya... alaaaaaa benda yg sume cikgu kena tulis dalam buku rekod persediaan mengajar :D

    rexD~ aduhai adek kekanda enggak paham dong... translate plez...

    nuril~ cikgu harus kreatif dan inovatif spy pelajar tidak mudah bosan :D

    ReplyDelete
  4. owh..sori2..
    bnyinye 'ganbatte, sensei!!'
    err...phm kn??

    ReplyDelete
  5. ada aku kesah...? hahahaha....!

    ReplyDelete