Ikut AiTotYati

30.9.09

ORANG BAGI TAHI, KITA BAGI BUNGA LAH!!!

yer.. itu prinsip yg nampak macam aku seorang loser.tapi bukankah itu lebih baik daripada menimbulkan perkelahian? bukankah begitu? hari ini berlaku satu pergaduhan di sekolah. kerana tidak punya kesabaran, giginya hilang.

bukan...bukan.. bukan aku yang tidak punya kesabaran tetapi pelajar aku. tau2 jelah kan kelas i tu ramai sangat jantan.. eh lelaki. kisahnya begini.

9.30am: loceng berbunyi menandakan P&P telah tamat. aku memang tiada P&P waktu tu tapi sudah ready di makmal sains menunggu pelajar kelas 5BB naik dari kelas mereka yang terletak di tingkat bawah. 5minit berlalu. bukan 5 tapi hampir ke 10minit. aku ni pantang orang yang tak tepati masa. jadi aku berdiri di tangga sambil mengadap kelas 5BB sambil menunjukkan jam tangan aku ke arah pelajar klas tersebut. mereka nampak aku tapi tak dapat nak keluar krn pada masa itu guru BI mereka belum keluar. so aku naik semula dan kembali duduk di makmal sains.

9.40am: pelajar2 mula masuk ke makmal sains. sedang aku fokus tenung muka pelajar satu persatu sambil melihat buku2 nota mereka berlaku kekecohan di luar. aku yg tak sedap hati meluru keluar. tompokan darah di atas lantai menyambut kedatangan aku. mujur aku bukan jenis yg panik atau takut darah. aku lihat hakimi sedang berusaha menutup hidungnya dengan sapu tangan. darah tak henti2 menitis keluar. aku tanya zarul & zakhwan yg mmg bestfriend hakimie. mereka menyatakan bahawa hakimi tersadung anak tangga. aku tau mesti ada yg tak kena.

"tersadung anak tangga cikgu, " kata zakwan

"awak bagitau betul2, ni bukan jatuh tangga ni. ni kes lain ni," aku menduga.

aku lihat muka zarul & zakwan kelat. aku arahkan mereka bawa hakimi ke tandas utk menghentikan pendarahan sementara aku menelefon pejabat bertanyakan tentang driver utk menghantar pelajar ke klinik. aku tidak buleh tinggalkan kelas tanpa pengawasan tapi aku terpaksa. aku tinggalkan mereka dengan seorang guru lain. manakala aku menuruti 3 sekawan itu ke tandas lelaki.

pening kepala aku masa nak masuk dalam tandas tu. bau hancing mak oiiiii tak tahan eden. ape tak basuh ka mereka ni?

di situ aku tanyakan perkara yang sebenar pada hakimi. akhirnya hakimi mengaku bahawa dia ditumbuk oleh asyraf. aku tau si asyraf ni mmg baran sikit. nakal tapi sejak nak hampir dgn spm ni dah insaf nampaknya.

aku minta 3sekawan pergi ke pejabat setelah pendarahan berhenti. kebetulan di situ pengetua sedang berada di kaunter. aduyaiiiiiii aku la plak yg nak kena menjwab. maka pengetua pun menyoal siasat hakimi sementara aku kembali semula ke makmal sains utk memanggil asyraf.

semasa menuju ke pejabat aku tanya pada asyraf sebab musabab die tumbuk hakimi. asyraf beritahu aku yg hakimi mengejek nama ayah die. nama ayah asyraf ialah baharam. rupanya hakimi tulis nama ayah asyraf dalam esei BI dia sebagai baharam b. haram. aku baca esei tu. ayat lebih kurang gini bunyinya,

"her husband's name is baharam bin haram".

alahai... kerana 2 perkataan itu patah gigi hakimi. dan aku pasti mereka berdua bakal digantung sekolah. aku sempat nasihatkan asyraf supaya berfikir sebelum bertindak. tadi HEM telah memfotostat esei hakimi utk dijadikan bahan bukti. pada pendapat aku, kedua-dua pelajar pun salah. hakimi ejek nama bapak asyraf, yang si asyraf lak tak sabar gi tumbuk hakimi. kan dua-dua dah susah!

akhirnya pelajar2 5BB tak belajar tadi. aku masuk semula ke makmal sains 5minit sebelum masa rehat. jadi aku sempatlah menasihati pelajr2 yang lain supaya BAGILAH BUNGA PADA ORANG YANG BAGI KITA TAHI. BERSABAR TIDAK BERMAKNA KITA LEMAH TETAPI ITULAH MANUSIA YANG PALING KUAT.

dan aku sempat lagi berseloroh dengan mereka,

"ok isnin minggu depan saya nak kamu semua siapkan bahagian B kertas 2 applied science. jika tidak saya tumbuk kamu,"

hahahahahhohohohohohihihihihihhuhuhuhuhuhheheheheheheh pelajar gelak nak pecah perut.

29.9.09

HABIS KAU TU APE?

hari ini mood aku tak berapa nak elok. aku kena masuk kelas pengurusan stresslah !!!
mujur raya hari tu aku raya sakan jadi stat je keje semalam memang satu persatu kerja mula menimpa kepala otak aku. sudahla,h cakap pasal keje memang tak habis sampai mati. eh tapi klu dah mati pun kita akan dikerjakan oleh malaikat tau (meremang bulu roma aku)

stat semalam aku mula wat revision dengan pelajar2, so aku bagi mereka trial paper dari sm teknik lain2 zon. so minggu ni turn sm teknik zon utara. jadi tadi setelah kertsa diedarkan aku bagi tempoh pada pelajar utk siapkan dalam kelas. dimulakan dengan kertas 1 aku bagi masa 40minit utk 40 soalan objektif (real exam paper1 perlu disiapkan dalam masa 1jam 15minit).

aku ajar kelas 5 auto (ala yang sume boys tu) dalam makmal siber. sebab pada pendapat aku nk kasi keselesaan pd pelajar (ber aircond dan jauh dari gangguan kelas2 lain). tapi lain jadinya sebab ada 3org amik kesempatan on pc. aku dah bagi amaran utk mereka shut down tapi ade yg tegar (ko ingat penagih je ke yg tegar?) bila aku round mereka off monitor tapi mouse stil menyala (pc guna mouse yg ade lampu kaler2 tu). aku bg amaran lagi. suh shut down. masuk kali ketiga amaran tidak diendahkan maka aku tanpa rasa bersalah datang ke arah 3makhluk tu - fareeq hillan, hazim dengan israq. aku terus berjalan ke arah mereka, on monitor mereka dan terpapar myspace. tanpa rasa bersalah aku bagi penampar. a'ah aku tampar pipi kiri mereka. tak kuat mana pun. cukup utk amaran dan pengajaran pada yang lain2. sebab selama ni aku tak pernah nak garang2 maka hari ni aku garanglah. so sebagai hukumannya mereka tak boleh masuk ke makmal siber lagi. bukan mereka malah satu kelas aku hukum begitu. rasakan!!! tapi hati aku panas kejap je. sebab bila mereka nak meninggalkan kelas, boleh dikatakan satu kelas ucapkan,

"selamat hari raya cikgu, kami minta maaf zahir & batin"

aku wat dek aje. malas nak layan sebab hormon aku tak betul. nanti ntah ape2 ntah aku bebel.


itu kelas pertama aku masuk. masa nak stat masuk ke kelas yg kedua (5kfl) aku decided taknak buat di makmal siber lagi. so aku arahkan mereka masuk ke makmal sains. masa di makmal sains aku ke bilik persediaan makmal sains sebab nak ambil kertas trial pelajar 5kfl. tapi tetiba ada makhluk Allah ni bagi dialog,

"bulatttttttt"

pada masa tu aku cuma angkat kepala tanpa niat nak menjawab panggilan itu hanya memandang ke arah mereka sahaja.

tetiba makhluk tu kata,
" eh eh perasan dia bulatttttt" sambil makhluk2 tu ketawa macam setan!!!

bagi aku, memang sangat kurang ajar. dahle baru posting n kenal aku pun tak sampai setahun dan takdelah kamceng sangat manapun. tetiba panggil aku macam tu. dahle die tu lebih muda daripada aku. aku yang memang tengah panas hati campur hormon tak betul (tengok salahkan hormon lagi) terus je menjawab,

"kenapa panggil akak macam tu? mak abah akak bagi nama ye. kamu sangatlah tidak berbudi bahasa dan kurang ajar! "

aku membalas sambil pandang tepat ke arah mukanya dan berlalu pergi.

nak aje aku sambung bahawasanya jika aku bulatt dia tu ape? mungkin gedempol buleh kot panggil die. sebab saiz die lagi berganda2 dari aku padahal belum kahwin lagi tu. aku takpelah kot bulat lepas kahwin. tapi aku taknak sakitkan hati orang. cakap dia kurang ajar pun dah wat die terkesima. harap die muhasabah diri dan jaga tutur kata ye.

28.9.09

LAGI - LAGI DIALOG ANAK

patut keluar edisi raya 1 tapi panjang pula jika mahu meneruskan penulisan maka aku cuma nak share 2 dialog yang dicetuskan oleh orang-orang yang super senior semasa proses ziarah menziarahi tempoh hari.

senior 1 : kamu ni kenapa tak beranak-beranak lagi? nanti dah tua susah nak mengandung!!
senior 2 : bila lagi nak nak timang anak? kahwin dah nak masuk 4 tahun. tunggu lama-lama buat
ape?

itu 2 dialog yg paling melekat dalam otak aku. susah betul nak hilang. aku tidak memberi jawapan pada senior 1 tapi beliau telah dicantas oleh anaknya. berikut jawpan anaknye:

anak senior 1 : mak ni apelah tanya macam tu. anak tu kan rezeki Allah. manalah dia(merujuk pd aku) tau nak dapat anak tu bila.

aku cukup lega dengar jawapan anak senior 1. so aku tak payah nak kata ape2 dah. senyum je(tengok, sakit hati pun masih boleh senyum manis punye).

untuk senior 2 pula, aku jawab dengan sopan santun budi bahasa budaya kita. begini bunyinya.

aku: Allah tak bagi lagi rezeki anak pada saya. kami usaha tapi Allah jua yang tentukan.

lepas aku jawab begitu senior 2 dah tak tanya apa-apa lagi. malah meminta maaf atas kelancangan mulutnya pada aku.

kan dah termaktub bahawa jodoh, ajal, maut, rezeki tu semua ditangan Allah. lainkali janganlah tanya macam tak faham takdir. kadang-kadang aku pelik gak, orang yang konon berilmu agama tinggi, bertitle haji hajah bagi aku pertanyaan yang memang aku tak buleh nak jawab bila.

biarlah itu semua. yang penting aku dapat tengok desperate housewives season 6 tadi. hubby jeles gile sebab die stat download smallville season yg baru tapi stil tak dapat tonton. DH start download petang tadi tapi dalam 4 jam gitu dah habis. maka menari ronggenglah aku!!!

sila lihat gambar raya kami yang aku sangat suka tengok!!! yey!!

27.9.09

RAYA : EDISI PENGENALAN

wah bersawang sungguh blog ku ini!!!
seminggu bercuti mmg cuti sakan!!!
jika di kampung mmg tidak rasa stress!!!
aku pun hanya sempat mengintai-intai blog sahabat2. baca dan kemudian berlalu pergi.
kekangan masa utk memblog mmg amat2 terhad.

cukup untuk raya : edisi pengenalan. ada masa aku akan kupas satu persatu. eceh poyo saje!!
sangat banyak perkara manis, masam, tawar, pahit telah berlaku. sekarang harus fokus utk membuat tugasan sekolah yg aku buat2 lupa tatkala di kampung.

19.9.09

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua sahabat dan saudara mara tidak kira di mana sahaja anda berada. sudilah kiranya menerima kad raya yang saya ambil dari blog hubby saya. heheheheh


saya ingin menasihatkan anda supaya berhati-hati di jalanraya dan jangan main mercun. bahaya!!

18.9.09

AWARD LAGI!!!


itu award kedua aku.


irtiyah yang bagi. terima kasih irtiyah!!!! irtiyah dapat daripada wardah_faqihah. nak kena describe irtiyah ni satu cabaran buat aku sbb kami tak pernah bersua muka. walaupun aku hanya kenal di alam maya tapi aku rasakan persahabatan ini macam dah lama. okes ni 5 fakta irtiyah yg aku dapat tafsirkan melalui persahabatan alam maya ini (wah macam ahli nujum plak).

1. seorang yang amat peka.
2. seorang yang menulis blog dalam bahasa skema yg teratur. (i mean bukan rojak2).
3. mempunyai blog yg canggih berbanding aku nyer (betulle irtiyah, tgk saya nyer tak mcm awaknye blog).
4. sangat menjaga perasaan kawan2nye.
5. die selalu rindukan hubby nyer (sbb selalu tulis hubby).


owh lepas tu kena senaraikan 10 fakta tentang diri sendiri. fakta tentang aku(bukan tentang dia) yang kamu patut tahu (tak ingat takpe sebab tak masuk PTK pun).

1. suka masak utk hubby jika tak penat n bz dgn kerje.
2. sangat mementingkan kekemasan dan kebersihan. bagi aku, biar tak berjenama tapi bersih dan kemas.
3. suka susun duit kertas dalam wallet ikut urutan nilai (rm50 then rm10 then rm5 then rm1).
4. sangat suka menabung!!
5. suka carik duit syiling dalam seluar or pouch hubby aku dan masukkan dalam tabung botol pelancongan kami tuh.
6. tak suka orang menyampuk masa aku tengah bercakap.
7. tak pandai nak luahkan perasan marah. kalau luah aku akan suka hempas barang (hahahaha)~ perangai buruk.
8. sangat sayangkan hubby, emak, abah dan semua ahli family.
9. nak sangat sambung master dgn tajaan (dulu dpt offer tapi takde penaja- malas carik. hahahah)
10. tak suka bawak kereta macam siput. if orang depan aku slow macam siput aku akan overtake walaupun double line (weh bahaya, aku tu tapi aku tak suka siput) hahahaha.

oleh itu, saya nak beri award ini kepada rakan2 blog saya. kawan2 semua sila ambil ye. jangan malu jangan segan. tiada sebarang yuran dikenakan. kemudian jangan lupa buat 5 fakta psl saya dan 10 fakta tentang diri sendiri.

AKU NAK RAYALAH BUKAN NAK KERJA!!!

tadi aku dah pulun tanda semua kertas trial spm applied science pljr2 kelas aku sbyk 4buah kelas. bayangkan je lah nk tanda 2paper x 35org x 4buah kelas. walaupun buleh je nk bw balk kg tapi ape kejadahnya raya2 nk wat kerja sekolah!!!! aku nak rayalah bukan nak kerja!!!

tapi ade kerja lain yang menanti. assignment ni bos aku baru bagi massa hari selasa ptg tu. cuak aku masa kerani tepon n maklumkan yg bos besar nak jumpa. rupanya aku harus siapkan presentation sekolah utk lawatan TP BPTV lepas raya ni. logiknye, klu bos nak tgk lepas cuti raya,m bilakah masa aku nk stat buat? so maknanya aku kena watlah masa raya tuh. haish, menggugat keimanan betullah!! bahan2 aku dah kumpul semalam. so aku trylah wat ikut kepala otak aku mcm yg dicadgkan oleh bos. best betullah jadi org besar kan? ko arah je org2 kecik then adelah benda tu~ jangan merungutlah wei, buat jelah keje ko tu. tapi masalahnya aku nak rayalah bukan nak keje!

keje2 lain aku dah setelkan. alemak aiii mana lak dh setel. f4 nye nombor pendaftaran blm key in lagi dalam SMM versi 4 tuh. mujur yg f5 punye dah siap smlm hasil pertolongan pelajar2 aku. maklum jelah smlm rmai pelajar dah wat cuti sendiri. so aku mibta tlg yg dtg tu utk key inlah. terimakasih wat tieya n amirah.

so hr ni adalah hari mengemas n packing brg yg nk dibawa pulang. hubby takde g setelkan sume urusan dan byr sume2 yg patut sblm duit hbs sempen aidilfitri ni. apsl aku tak rasa meriah nk raye ye? mungkinkah sbb takde kasut baru? handbeg baru? eleh macm budak kecik je sume nk baru. hmmm tapi bj raya aku akn siap jumaat depan. ahhahaha lambat gile. biarlah aku mmg tak rasa nk raya pun.

esok nak balik kg. maybe sok rasa nk raya kot. hrp2 lah tak jem!!!(ko jgn haraplah tak jem!!) hahahahaha

13.9.09

RAYA DI MANA?

raya di kampung la! sini tempat aku cari rezeki.

kami satu daerah. one way journey. nak balik rumah aku haruslah lalu rumah hubby dulu. jadi memang selalunya jika balik kampung wajib mesti bermalam di rumah hubby dulu. i tak kisah jenab. i dah biasa. lagipun i nak jadi isteri solehah.

sebab kalau aku balik kampung dan terus ke rumah mak aku, maka haruslah aku tadah telinga dengar leteran mak aku. mak aku cukup mementingkan hati besannya (bukan besen, harap maklum ye). kadang-kadang aku buat lawak beritahu mak yang aku tak singgah rumah mertua. lalu mak aku jadilah macam mak singa. hihihihihi. sebab mak kata, anak perempuan haruslah ikut suami lepas kahwin (mak, dah hampir 4 tahun kahwin ni pernah ke aku ikut orang lain? ~loyar buruk :P)

tahun ini adalah raya kali keempat. ikut perkiraan, turn raya di rumah mak aku. tapi aku tak kisah. aku dah cakap dengan hubby. malam raya dan pagi raya pertama harus kat rumah hubby. lepas dah salam2 kat rumah mak hubby baru balik beraya di rumah mak aku. owh kenapa? aku taknak dah jadi macam insiden masa raya tahun kedua. insiden ape? takpelah aku simpan sorang2 je.

jadi maksudnya balik kampung sabtu ni terus ke rumah aku dululah. letak barang dan bergotong-royong di rumah aku. kemudian lepas maghrib atau isyak baru bertolak ke rumah mak hubby. mak aku pasti bekalkan lauk pauk bertingkat-tingkat. hehehehe.. tak sabar nak makan daging masak manis. ish, puasa ke tak ni?

12.9.09

TERIMA KASIH ABANG!!!!

semalam aku menjadi hos majlis berbuka puasa (takdelah ramai aku jemput 2 org je.. sahabat lama yg kini baru jumpa semula). jadi aku stat masak kul 3pm semalam. sedang aku memasak nasi jagung (menu: nasi jagung, ayam masak tomato & acar mayonis mentah, puding roti butterscotch utk pencuci mulut beserta buah honeydew & air roselle) hubby ku muncul di dapur (biasalah hubby jadi QC makanan).

"ayang nak abang tolong ape2 ke?"

"takde ape2. dah nak siap dah"


kemudian tanpa disuruh hubby start membasuh pinggan mangkuk yg ada dlam sinki dan melontarkan soalan yang pada pendapat aku berbaur lucah kot.


"kalau orang tanya dah 4 tahun kahwin ni, masa apa yang paling best?"


dalam otak aku dah pikir yg biru-biru je. aku yang malas nak melayan pun jawab pendek je,

"entahle. abang rasa bila?"


agak2 ape hubby ku jawab?





kamu fikir?




kamu fikir
?




kamu fikir
?





berikut merupakan jawapan hubby yang aku C&P dari blog beliau:

"time nie le dpt rasa masakan ayg yang best-best... hehe... time biasa jarang masak yg pelik2.. cth.. puding roti ( now become one of my favourite ), puding caramel, nasi jagung, rendang (org wat rendang time raya, wife aku msk rendang time posa, hehe), popia goreng, pizza n byk lagi... wife aku part masak kalo time tgh rajin pergh... masyuk beb... cume kdg2 tue aku x sampai hati jer nk mintak yg bukan2... kesian tgk dia penat.. balik sekolah dh pukul 3 lebey... so apa yg dia buat... aku makan jer... xder masalah nyer... ikan masin ngan sayur bening pun jadik beb... xda hal la... buat isteriku yg tercinta... terima kasih sayang... i love you...."

wah terharu aku. sebenarnya hubby aku ni bukan jenis romantik2 ni dan mmg berat mulutlah nak kasi puji-pujian begitu. dan juga terima kasih utk bunga yang diberi. ayang dah amik dah letak kat blog :D



9.9.09

CERITA LUCU PART II

kertas: MPAV 1 -Mata Pelajaran Asas Vokasional (11.30 - 2pm)
lokasi: kelas 5KFL
waktu mengawas: 11.10 - 12.20 pm

masuk kelas 5kfl. buat list 1- 4. list ape? klik sini.

aku check kertas soalan tu. tiada ruangan utk pelajar menulis nama dan tingkatan mereka. betul tekaan aku sebab ada pelajar tanya,

"cikgu, nak tulis nama kat mana?"

aku jawab, "tulislah kat depan. kalau awak tulis kat belakang, macammana cikgu awak nak tahu kertas sape."

amirul yang duduk betul-betul depan whiteboard capai white board marker dan mula menulis namanya di white board itu.

aku: ya Allah. apa yang awak buat tu amirul?
amirul: cikgu kata tulis nama kat depan. saya tulislah ni.

dalam hati aku: loyar buruk lak budak ni. kalau tak kerana puasa dah lama aku sekeh!

6.9.09

MAAFKANLAH DIA


cuba lihat betul2 apa yang aku highlightkan.
*
*
*
*
*
*
*
*
*



jumpa? tak jumpa buleh teruskan pembacaan ini.

aku tak marah pun dengan blogger yang letak iklan di atas dalam shout box aku tu. tapi aku dah nyatakan bahawa aku tak suka orang letak iklan/promosi ape2 jua perniagaan/pertandingan. dah jelas, nyata dan terang aku tulis di situ ---> NO IKLAN PLEZ. itulah 'ketegak'(degil) nak letak gak. kan dah salah letak. ish manusia manusia.

aku sengaja tak delete sebab aku anggap itu satu doa dan harapan aku agar nanti bila masanya dah tiba betullah seperti apa yang blogger itu letak.

moral : lain kali jangan degil. jika degil juga nak letak, tengok2lah dulu.

TERIMA KASIH DUNIA!!!

amboi bukan main tajuk entri aku ni. macam apekejadahnya semua itu? ish pagi2 yg hening dan suci ni dah guna ayat en kamarudin ntv7 (dulu la masa dia kt ntv7 - eh sekarang ktne?)

aku telah menjadi pilihan para juri utk menerima award di bawah (alemak aiii juri la plak. :B) poyo je aku ni. aku telah diberi awards oleh irtiyah. jika sesiapa nak tahu siapa irtiyah buleh klik link ini.



irtiyah, terima kasih banyak ye. saya dapat awards dari irtiyah yang dapat dari cinta hatiku yang dapat dari kliwons. saya juga nak copy paste pasal awards ni buleh tak irtiyah? (mesti bulehhhh) cayang irtiyah!!!

jadi saya nak bagi awards ini kepada semua rakan blogger saya. silakan ambil ya! jangan malu2.

Apa yang anda perlu lakukan ialah:

1. Buat Posting tentang Award ini.
2. Linkkan pemberi awards ini di entri itu.
3. Bagi para sahabat yang belum jadi Follower atau Bertukar Link, harap menjadi Follow atau
bertukar link dengan saya.
4. Copy-paste Image diatas.
5. Sebelum ambil jangan lupa tinggalkan komentar di entri ini.

Bagi sahabat yang belum tahu makna Award, sedikit gunanya...
1. Menambah mempererat jalinan Blokwalking.
2. Menambah jaringan link di web mesin pencari berita.
3. Cepat menambah tingkat Page Rank, baik dari Google, yahoo, msn, alexa atau yang lain.

jadi kawan-kawan. jangan lupa ambil ya. tak kena bayar lah. ambil jangan tak ambil, ambil! tata


4.9.09

ABAH OH ABAH

tengahari tadi aku try call handset emak sebanyak 2 kali tapi tak berjawab. kemudian aku try call telefon umah pun tidak berjawab. pelik jugak jam 11 am ke manakah ibu bapaku pergi? so aku try lagi sekali telefon rumah. aku perlukan no. IC & surat beranak emak abah sebab aku nak isi borang HRMIS (tiap2 tahun kena isi borang ni, lenguh menulis ~ isi jelah dah kena isi. jangan banyak sola buleh tak?).

so percubaan kali ketiga mendail nombor telefon rumah telah membuahkan hasil.

abah : assalamualaikum
aku : waalaikummussalam (selalu memang aku tak sempat bagi salam abah dah
bagi dulu).
kabare abah? (aku kan jawa generasi ke-5 di sini. weh namaku sepatutnya ada
RADEN dipangkalnya~takut tak? eh kita serupa je).

abah : waras. kakak kat mana tu? (kakak adalah panggilan aku di rumah walaupun
atas aku ada lagi 2 org abang~ sebab tu aku cepat
matang~bertanggungjawab~poyo)
aku : kakak kat sekolah. abah pergi mana lambat angkat telefon? telefon handset
takde orang angkat?

abah : ALA. ABAH TENGAH TENGOK MAK MENGECAT RUMAH.
aku : haaaaa? (sumpah dah gelak gila masa dengar jawapan abah). apa dia abah?

abah : abah tengah tengok mak mengecat rumah (abah ulang jawapan dia)
aku : arr kenapa.... (tak sempat habiskan ayat abah dah pintas cakap aku)

abah : tadi abah dengan emak mengecat sama-sama. tapi abah siap dulu jadi
abah tolong tengok ajelah mak yang tak siap mengecat lagi tu. (sambil ketawa
terkekek-kekek).
aku : hahahahaha ada2 je abah ni.



itu adalah antara perbualan aku dengan abah siang tadi. Kak F yang berada depan aku pun ketawa apabila aku ceritakan jawapan abah aku.

kelakarlah abah. umur abah dah 63 tahun. emak dah 54 tahun tapi kedua-duanya masih kuat (beza umur 9 tahun). begitu juga dengan mertua aku. ibu dan ayah mertuaku juga sudah 50an. alhamdulillah keempat-empat orang tuaku sihat walafiat. tiada darah tinggi, kencing manis atau sakit jantung. yang aku tau rahsia abah dan emak aku ialah berpuasa, bangun solat tahajud dan buat segala solat sunat dan jaga pemakanan (fast food memang tak makan. aku? kamu? hehehehe).

aku sentiasa doakan semoga mereka panjang umur, murah rezeki dan bahagia selalu. semoga mereka sempat menatap wajah anak aku nanti jika ditakdirkan aku ada baby. amin...

3.9.09

YANG SERONOK2 SAHAJA!!!

hari ini byk perkara yang menjengkelkan aku berlaku. sabar banyak2 cikgu. dugaan di bulan puasa tu. tapi aku taknak jadikan blog ni beraura negatif maka dengan itu aku dah buang segala perkara yg tak best2 tuh jauh2 semasa tidur petang tadi (tak suka tidur petang tapi ngantuk tapi dah tahan tapi tertidur gak. bangun jam 6ptg kepala mumet~pening. rasanya aku tertidur jam 5 pm kot~kot ye :P)

perkara kelakar hari ini ialah tidak lain dan tidak bukan berkenaan pelajar-pelajar kesayangan aku tu le!!! hari ini hari ke-2 trial spm. paper pagi tadi ialah pendidikan Islam dan sejarah. aku jaga kedua2 paper tapi kelas berlainan lah.


kertas: pendidikan islam 1 (8.10-10.10am)
lokasi: kelas 5KFL
waktu mengawas: 8.10-8.50 am

aku amik kertas dari bilik peperiksaan dan masuk ke kelas mereka. owh stat dari peperiksaan ini pelajar dikehendaki duduk mengikut angka giliran spm mereka. macam biasa sebelum mulakan kelas perkara yang harus dilakukan ialah:

1) " saya nak awak LURUSKAN barisan meja yang macam ular kena palu ni" ini ayat aku. pelajar kata, "cikgu, meja ni keras macam kayu bukan lembik macam ular"
cessss hampeh betul aku dikenakan oleh mereka.

2) "saya nak awak perhatikan lantai awak, kiri kanan depan belakang, jika ada sampah, tolong kutip. dalam laci meja mesti kosong dan laci hendaklah dipusingkan ke hadapan," ayat suruhan aku tu.
tapi ada sorang pelajar dia dok renung je lantai tu. bila aku tanya, dia kata dia nampak jawapan dalam lantai. huh hampeh!

3) "letakkan alat tulis di atas meja", tang ni semua pelajar patuh.

4) "senyap. jangan bercakap. awak dah bersedia? saya akan edarkan kertas jawapan kemudian kertas soalan. sudah sedia ke?" ayat tanya aku dibiar sepi.

SENYAP SEPI





SENYAP







SEMUA MATA MEMANDANG KE ARAH AKU


aku dah agak mesti mereka kenakan aku ni. aku pun cakap,
" tapi jika saya tanya sedia jawablah,"

"dah sedia cikguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu," amboi bukan main panjang lagi uuuuuuuuuuu tu!!

maka kertas soalan pun diedarkan. tak sampai 5 minit mereka menjawab dah ramai yang 'berwirid.' maklumlah kertas pendidikan islam. wirid harus lebih!! maka tugas akulah utk mengejutkan insan2 yg ber'wirid' tuh. sambil kejut aku bagi kata2 hikmah sikit,

"awak ni, camne nak jadi ketua keluarga ni? baru 5 minit jawab kertas agama dah terlentuk. klu dengar khutbah jumaat macam manelah ye?"

maka insan2 yg berwirid itu dengan mata merah2 terkebil2 memandang aku bagi aku satu senyuman sumbing.

itu kisah jaga exam dalam kelas.





kertas: sejarah 2 (11.30am - 2.00pm)
lokasi: dewan bunga raya
waktu mengawas: 11.10am - 12.20 pm

yang lagi satu ni kisah aku jaga kat dalam dewan bunga raya. dewan ialah pusat peperiksaan pertama (sekolah aku ada 3 pusat peperiksaan ~buleh bayangkan betapa ramai pelajarnye?). dalam dewan ditempatkan 4 kelas di sini. kt dewan kelas yang aku ajar ada 2 iaitu 5 BB dan
5 auto. so tadi aku jaga 5 auto (ala yang kelasnye semua pelajar lelaki tuuuuu)

kertas sejarah 2 bermula jam 11.30am tapi jam 11.10am aku dah tiba. yelah nak edarkan kertas segala. nak suh buat list 1-4 kat atas tu lagi. yang kelakar tu, masa aku bagi arahan tu, ada seorang pelajar namanya farhan. dia dok pandang aku je ( aku rasa tembus kot~ entah ape difikirkannye) so sebab dia pandang kat aku, aku pun senyumlah. laaa senyum cikgu pada anak muridlah. buleh plak die bagi respon:

senyum semula kat aku sambil tertunduk malu dan tersipu-sipu.

"laaaa ape kena lak budak ni?" dalam hati aku bertanya.

kemudian aku tanya dia (sebab dia duduk tak jauh dari tempat aku berdiri)

"awak kenapa, farhan?"

"errr, saya sukalah tengok cikgu senyum! jiwa yang kacau jadi tenanglah!" lebih kurang gitulah ayat dia.

hahahahahaha. dasar lelaki atau apekah?

"dah, tak payah nak mengayat cikgu. cikgu takkan bagi jawapan punye," aku bidas balik kata2 dia.

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?

kenapa aku kata aku takkan bagi jawapan? pelajar2 aku ni ada satu perangai. perangai suka panggil aku dan kemudian bila aku dah dekat dengan mereka, mereka akan bertanyakan jawapan soalan2 tersebut. ape kau ingat aku kioks bergerak?
contohnya macam tadi. beriya aku ke arah si akmal fikri. aku ingatkan die nak kertas lebih ke. sekali tu,

"cikgu, macammana nak eja nama tun dr mahathir?"

ceh hampeh. aku pun sebab kesian bagilah tau,

"M. A.L.A.S J.A.W.A.B" dan kemudian aku senyum pada dia sambil berlalu pergi. hahahahaha (evil grin)


bukan sikit yang dok panggil aku. bila aku lalu tepi mereka je (exam haruslah meronda, tak gitu?) mulalah dok "pssst cikgu" aku. takpun dok "cikgu, cikgu sini kejap," takpun, "cikgu bagi jawapan yang ni aje. satu pun jadilah"

akibat aku semakin 'panas' dengan situasi itu. aku ambil kertas kajang sekolah (test pad sekolah?) yang ada dan aku tulis besar-besar,


"SAYA BUKAN KAUNTER PERTANYAAN"



dan kertas itu aku pegang sambil berjalan mengawasi mereka. setiap kali ada yang dok pssst pstt aku takpun yang panggil nak jawapan aku tunjukkan je kertas tu pada mereka. lalu mereka tersengih malu2.

kreatif tak aku? :P

2.9.09

PUDING ROTI MARBLE BUTTERSCOTCH

sudah 12 ramdahan tapi kira hari ini hari pertama aku puasa kembali eh. raya nanti wajiblah aku ganti pasal puasa itu. cukup pasal ganti puasa. titik

mulai minggu ini nampaknya aku akan kerap blogginglah sebab hubby sudah temui cinta-hati-baru (uwaaaaaa). bukan ape yg kamu fikirkanlah!!!

di tv2 ada cerita police story A, eh police story. apa2lah labu aku pun tak pasti tajuknya. so lcd plasma kami sudah dicop oleh hubby. oleh kerana aku isterinya yg taat setia maka aku takmo gaduh2 nak rampas RC astro dr hubby. biarkan sahaja di situ. biasanya 6.30pm begini aku tonton hope & faith di 711 tapi nampaknya aku just akan hope lah nak tengok hope tuh. hihihihihi

jam 6.4opm tadi aku dah siap memasak. iyeee aku memang express rakyat. tak perlu kopek2 bawang. bwg2 segala dah aku blend siap2 n duduk dalam peti (wanita bekerjaya harus bijak- kerja2 gak- perut hubby mau jaga looooo- biar buncit supaya tak buleh mengorat - weh apekah?) ~abang buat2 tak baca eh perenggan nih :D

oh lupa lak. menu hari ini ialah:
puding roti marble butterscotch (resepi puding roti itu aku ambil dr blog kwn kpd kwn aku (search saje di internet puding roti marble - ada blogspot tu akak tu punyelah tu- akak tima kasih ye!!!) tapi aku guna roti gardenia butterscotch - haruslah sedap lemak meggemukkan ~ sebab aku tak turun2 even dalam bln puasa. nah amik menu ni. aku ade tukar sikit2.

Bahan-bahan ( satu loyang- aku guna saiz 18 cm, tinggi loyang 5cm )

* 4 keping roti (aku guna roti butterscotch)
* 2 biji telur nutriplus yg harge RM 3.45 tuh
* 1/2 cawan susu pekat myrasa bli kt Mydin ~
* 1/2 tin susu cair~ aku paksa hubby bli kt kedai kah Kah psl aku lupa nk beli kt JJ tadi
*10 gram serbuk agar2 jenama Agga aku bli kt JJ harga RM2
* 1/2 cawan gula - aku agak2 je tadi. hehehe
* 2 sudu besar butter ~ aku guna buttercup
* 3 1/2 cawan air~ tak suam tak sejuk ye
* 2 sudu besar serbuk koko vochelle

Cara-cara (tang cara2 ni aku follow sama)

1. Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 & gula ke dalam periuk.
2. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
3. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko. kacau cepat2!
5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
6. Dah siap bolehlah disimpan dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk!

okey selain itu, menu hr ni ialah kerang rebus yg aku bli rege RM2 di JJ kasi lawan dengan sambal kicap dan yg best sekali ialah sambal tumis ikan bilis. weh sambal tumis ikan bilis ni resepi dari mak aku. sonang ajo weh. aku berbesar hati kongsi dgn kamu.

resepi ikan bilis tumis gaya mak aku
200g ikan bilis (agak2 segenggam tgn. klu tgn kamu besar, nasible buleh genggam byk2. hihihih)
10 cili padi (ikut kepedasan)
2 bj bwg putih dan 2bj bwg merah.
sume bahan tu tumbuk tapi jgn lumat tau! blender tak boleh nanti tak kick!!

kemudian panaskan minyak dalam kuali cukp2 utk menumis.
bila minyak dah panas campakkkan (kejamnye perkataan) bahan2 yg dah ditumbuk tadi.
agak2 dah naik bau masukkan garam dan gula secukp rasa.
masak hingga bau bilis terhidu (guna ikan bilis memangle bau bilis mek oiiii)
siap dan ready utk mkn (tunggu bukalah)

selain mkn dgn nasi buleh juga mkn dgn roti termasuklah roti butterscotch tuh!! buleh simpan sebab tahan lama sesuai utk makhluk tak dapat nak puasa tapi malas nak makan ape so nk mkn roti je cicah sambal bilis ni.



oh tadi selepas balik dari sekolah jam 1.40pm (aku minta balik awal kerana ada hal) aku ke JJ setelah hal aku itu beres. objektif ke JJ ialah:
1.tukar bateri jam tangan
2. beli sticky glue (ada glue tak stick ke?), comb binding, plastik lutsinar.
3. beli lauk utk buka pose ptg ini (aku tatau ape lagi nk bli masa tuh)
4. cuci mata (wah apakah mengapakah? )

so aku masuk ke kedai jam chain city. oh tiada perkhidmatan tukar bateri bg jam aku. yelah jam murah je cap buaya yg nganga tu (sayang tu sbb jam hantaran kahwin- smlm jam hubby yg habis bateri- bbrp jam kemudian jam aku. dah 2kali kejadian yg sama berlaku~ oh menunjukkan kami sehati sejiwa-perasan!)
aku pergi ke bhgn jam berdekatan eskalator. oh di situ ada tapi terbang RM15. mahal betul!!! atau akukah yg kedekut? takpelah, kos bateri jam tu ddk dlm aircond, lampu cantik segala maka haruslah mahal kan, kan, kan?

jadi setelah itu aku bergegas ke popular cari brg2 dlm objektif kedua tuh. masa aku tgh carik plastik cover tuh, aku terus ke bhgn belakang kedai. dan itu dia!! jeng jeng jeng. drama agak2 suam pd hari ini. sepsg kekasih gelap sedang merendak. mengucap kejap aku. bukan ape. aku tak pk pun kt kedai ni ade masa depa nak ringan2 gurau senda. apabila depa menyedari kehadiran aku depa buat2 duduk kt kerusi mcm tangga yg sering digunakan utk kita mencapai buku2 yg tinggi2. aisey, depa pi duduk bersandar kt pigeon holes yg aku nk cari plastik cover binding tu pulak. so aku pn carik le kt area2 sebealh depa dengan harapan depa akan bangun atau beredar. aku buat2 mencari. tapi tetap tak blah. sabar sabar...
1



2



3


4


5

aku kira dalam hati dan aku dah fedup tunggu depa bangun aku pn cakap dengan sopan santun penuh budi bahasa (budi bahasa budaya kite ye) pd mereka,

"excuse me, could u please....." aku tak sempat habiskan ayat tapi 2 org budak mata sepet itu terangguk2 tersenyum2 malu kucing gatal dan barulah mereka blah. ish org mcm tu pun ade ke? baru nak faham aku nak carik barang kt situ ke? aduyai lembab betullah. elok2 aku buleh masuk kedai-amik barang-bayar dan blah tapi aku tersadai jap kt situ.



----proses menaip dihentikan seketika kerana aku berbuka puasa-----



okes dah buka puasa dan puding roti tu dah separuh loyang kami makan (a'ah kami memang pemakan orangnye ~ haruslah kami rendang dan segar bugar :P)
nasi juga habis seperiuk. weh seperiuk? a'ah seperiuk. tadi aku masak 1 1/2 pot. licin. kan aku dah cakap sambal ikan bilis gaya mak aku plus kerang rebus plus sambal kicap tu mmg sedap!!!! lupa lak, sayur kami mkn tomato jepun yg comel2 tuh. bli kt JJ gak rege rm2.50 utk 200g. (asyik promote JJ je kan?)

ok malam ini harus masak nasi lagi. okey2 nk g solat dah. titik (hubby ku sudah melaung itu!!)

1.9.09

LUCU KE?

sebagai seorang guru wanita yang comel lagi menawan (kasi canlah aku puji diri sendiri :P) aku sering menjadi mangsa buli pelajar-[pelajar2 ku sendiri (weh apekah? kena buli?).

maksud buli di sini ialah memandangkan aku ada 4 buah kelas SPM (5auto & 5KFL semua lelaki- iye semua lelaki dan 5BB&5ppu mix laki pompuan tapi masih ramai lelakinye) kadang2 mereka suka bagi soalan macam di bawah:


situasi 1: tadi aku sedang buat ulangkaji applied science utk trial SPM yg akan muncul esok. jadi aku bagilah hint2 atau spot question yg aku agak2 akan keluar. aku pun cakap,

" saya nak awak baca ms 78. ok saya nak awak tekankan pada topik prevention of pregnancy,"
waktu ni kelas dah mula riuh. seriuh itik pulang petang. aku tak habis cakap lagi pelajar dah potong,

"cikgu, cikgu macam mana nak pakai kondom?"

aku jenis selamba badak pun jawab,

"oh senang aje. awak pakai macam nak pakai stokin,"

kemudian seisi kelas pun mem boooooo pelajar itu. agaknye mereka tak sangka aku selamba badak jawab (weh aku bukan badak- tu perumpamaan je tau).

so aku sambung bagi penerangan. ku pikir dah habis pasal tu tetiba seorang lagi pelajar bersuara,

"cikgu, kalau benda tu dah ada dalam rahim camne nak buang?" soalan ni dia ulang 2-3 kali sebab aku saje malas nak layan tapi pelajar ni tak give up nak tanya aku.

aiseyh budak ni selamba je tanya. aku pun jawab, " yg kamu nak buang tu buat ape? haaaaaaa girlfriend kamu nak buang ke?"

seisi kelas riuh. yes aku telah berjaya mengalihkan topik itu. aku memang tak nak jawab soalan tu. bimbang nanti dipraktikkan dek kanak2 ribena itu.



situasi 2: kelas sunyi sepi sebab masing-masing sibuk nak kira peak voltage, frekuensi dan period bagi OSK (tatau OSK, CRO pernah dengar?). aku memang perasan seorang pelajar dok usha aku ya berada di depan. tapi aku selamba je. bila kelas dah tamat, dia jadi orang terakhir sekali berbaris nak keluar kelas. soalan yg ditujukan untuk aku,

"cikgu, ni kan bulan puasa. kenapa saya nampak cikgu macam mengunyah aje. cikgu makan gula-gula ye?"

sumpah dalam hati aku memang nak gelak golek2. amboi prihatinnya dengan aku. sedangkan aku bukanlah makan macam hisap gula2 atau ape. sebenarnya....

opsss aku pun jawab, "takdelah cikgu main gigi"

pelajar aku tu keluar kelas dengan penuh tanda soal ??????????????????????????????? lebih banyak aku rasa.

tapi sebenarnya memang aku main dengan gigi pun. main dengan gigi palsu ku. (hahahahahahahahaha)

tataulah tu memang dah jadi habit aku. gigi aku tu dah longgar. baru 3 bulan dah longgar. rasa nak wat barulah. hehehehe