wah tajuk tak hengat.. hari pertama di sekolah. hahahahaha. yelah lama bebenor cutinye (aku tau korang jeles!!!hahahahah-sengaja buat tuduhan).
hari ni aku datang dgn semangat baru. senyum sampai ke telinga. terima kasih kpd kawan2 yg mendoakan kesihatan aku dan tak lupa juga kpd suami aku yg sangat2 banyak bersabar menjaga aku (bila mau buat entri khas utk hubby?)
hari ni 2waktu awal je aku ada kelas.
jam 7.30pagi loceng dah bunyi. aku segera ke anjung makmal siber untk menonjolkan diri. wah make an entrance. tekaan aku tepat sebab pelajar2 5 auto memang sedang melihat ke arah anjung. aku dengar mereka menjerit
"weh korang, cikgu dah ada!!! cepat kita jumpa cikgu!!"
mereka berlari2 anak (anak2 memang suka berlari2).
aku kontrol gelak gile2 melihat keriangan kanak2 ribena tu. bila dah hampiri aku,
"cikgu kenapa cikgu cuti lama sangat? rindula kat cikgu. cikgu tahu tak kami bosan tak dapat belajar applied science?'
wah dialog membodek aku mmg pandai!!!
dialog si nur arif pula,
"cikgu tahu tak kami datang nak lawat cikgu di wad. siap bawa buah-buahan lagi. tapi bila sampai kat kaunter hospital tu kata cikgu dah discaj. sedih kami cikgu tak dapat jumpa, tapi kami gembira dapat makan buah-buahan tu."
hahahahahaha apalah punya dialog. ish, memang wajah2 gembira (poyo).
aku baru bersemangat nak mengajar hari ni tapi memandangkan ramai pelajar membuat cuti sendiri (sekolah kami tutup kerana h1n1 sehingga semalam), jadi aku terpaksa buat aktiviti bebas.
"itu sebablah kami sayangggggggggggg cikgu sebab cikgu bagi kami main pc," ceh ayat tak hengat. bodek pandai!!!
oh kedatangan pada hari ini utk kelas 5auto ialah 13/36.
fenomena yang sama juga berlaku dalam kelas 5KFL. hanya 10/33 yang hadir. jadi aktiviti bebas juga.
betapa aku rindukan udara smtmt.
oh hubby sekarang menjadi peneman setia menghantar aku pergi dan balik sekolah mulai hari ini.
hubby dah pesan supaya next week aku harus bangun jam 5.45am kerana tadi dia dah set duration aku bersiap2 utk ke sekolah stat aku masuk bilik air sampai siap pakai stokin. wah aku bangga sebab rekodnya ialah 45 minit!!!! ahahahhahahaha perempuan mmg macam tu. tapi aku pelik nape dulu2 aku bgn 6.30am tapi kuar umah jam 7.00am? adakah aku mandi koboi atatu ape?
oh oh aku tahu sebab pagi tadi aku kena adjust nature call. selain itu, aku juga harus memakai bengkung keselamatan. jadi aku kira, terpaksalah lama sikit. extra 15minit.heheheh
okes lepas ni bersedialah untuk mengadap kerja-kerja sekolah seterusnya. chayok chayok!!!
salam
ReplyDeletebegitu la kanak-kanak tu. kalau marah2 sgt time derang buat hal pun tak guna... esok jumpa kita sengih2, ingatkan dah insaf.
paling best dialog "sedih tak jumpa cikgu tp suka sebab dapat makan buah" tu hahahaha jujur.tulus.murni dan ikhlas dari hati kanak-kanak.
:D
ya betul tu irtiyah. kadang2 tak daya nak marah sebab kanak2 tu mc takde perasaan je.
ReplyDeletesmg kita kan jadi cikgu yang cemerlang, gemilang dan hasilkan modal insan terbilang!!!