akhirnya dapat makan classic cheese cake!!! nyummm nyum ----> 2 ayat di atas aku taip ms hr isnin. nak buat entry pasal ayam panggang tapi malaslah pulak!!!
selasa --->> malas melanda. hanya blog hopping shj sambil window shooping.
rabu--->> mood malas nk wat ape2. aku marathon desperate housewifes kt pc hubby. selalu aku bising pd hubby sebab dia layan dragon ball and segala kartun yang dia dah tengok. tapi bila aku pikir balik aku pun sama je. ntah berapa kali tengok pun aku tak tahu. tak campur lagi yang aku tengok berulang-ulang di 8tv ataupun 711(starworld). hihihihih.
khamis --->> ok hr ni mood dah ok sikit sbb hubby dah tolong tukarkan template baru. ntah sebelum ni ade masalah sikit dengan template.
esok aku akan mula bersekolah semula setelah seminggu ditutup kerana H1N1. (okes sebelum tu mc 2minggu. total tidak kesekolah = 3minggu) wah bagaimanalah rupa sekolah ye? rindu pada makmal siber dan kawan2 sekerja. terutama kak faizah (labmate), rindu meja , rindu nak kerja (ceh bila dah banyak keje stress pulak!!) dan yang penting rindu pada pelajar2 aku yang nakal tapi baik.
berikut merupakan gambar-gambar hero kesayangan pada tahun ini.
aku mula mengajar tahun 2003 (usiaku baru 21 tahun ceh taknak ngaku 22thn sbb masa tu aku hbs final exam final year masatu februari03), bekas pelajar yang batch pertama itu tentu sudah berusia 23 tahun(bukan di sini tapi selangor ye). dan aku telah pun menerima kad-kad undangan perkahwinan mereka.
itu kelas 5KFL-->33 orang semua hero!!
gambar curi. huh if tau aku nak snap gambar sumpah pasti mereka akan posing maut weh.
kalau dalam ranking, ini kelas paling akhir sekali tapi aku tak peduli gelaran itu kerana aim aku pada tahun ini ialah 100% lulus!!!
dapat dilihat dalam gambar yang paparan dari lcd projektor tu senget. supplier yang pasang senget. juruteknik tak dapat nak adjust sbb dah kena skru. huhuh. maka sebagai cikgu yang kreatif haruslah aku adjust slide powerpoint aku heh.gambar curi. huh if tau aku nak snap gambar sumpah pasti mereka akan posing maut weh.
kalau dalam ranking, ini kelas paling akhir sekali tapi aku tak peduli gelaran itu kerana aim aku pada tahun ini ialah 100% lulus!!!
yang atas tu pula ialah 5 Auto --36 org semua pun hero.
gambar ini pun snap curi2.
ini kelas memang pandai tapi kadang-kadang kepandaian mereka memakan diri sendiri.
gambar ini pun snap curi2.
ini kelas memang pandai tapi kadang-kadang kepandaian mereka memakan diri sendiri.
aku tidak pernah membezakan kadar kepandaian pelajar2 aku. kerana yang penting ialah mengajar mereka dan mendidik mereka. nakal sikit2 tu normalllah. dengan kanak-kanak ribena tu aku tak boleh marah2. if nak menegur harus dengan baik budi pekerti baru mereka nak dengar cakap. alhamdulillah setakat ini aku tiada masalah dengan mereka. kalau aku lambat ke makmal sains pasti mereka akan menyusul di makmal siber (ceh menyusul ade makna!!!)
pelajar2 kelas 5BB n 5 PPU je aku tak sempat snap gambar lagi. esoklah wat keje snap menyenap. hihihi
pelajar2 ku nantikan kemunculan cikgu mu ini!!! kita kan habiskan lagi satu subtopik je!!! yey (patut dah hbs 2 minggu lepas tapi sbb aku mc so tertangguh--> saje wat pelajar rindu-->poyo)
p/s: bila dah publish baru perasan tajuk entri tak bertukar. biarkan....
0 komen terulung:
Post a Comment