Ikut AiTotYati

25.7.09

yasmin ahmad kena strok

Headline berita itu dalam suratkhabar kosmo semalam membuatkan aku terkedu seketika. aku adalah salah seorang peminat filem-filem beliau. bermula dengankemudian dan
dan talentime (belum sempat tengok lagi..huhuhu..sebab tu tiada gamabr ye) semuanya telah aku tonton berulang kali selain ada simpanan DVD nya. pada pendapat aku, karya-karya beliau lain daripada yang lain. tidak hiruk pikuk macam sesetengah filem. aku doakan beliau agar cepat sembuh.

bila aku baca berita itu, aku teringat kisah aku jatuh sakit tahun lepas tatkala kena PID. kenapa aku kata demikin? sebab semua kawan-kawan aku terkejut semasa menerima berita aku admitted di HPAK. hal ini kerana aku masuk wad hari ahad sedangkan pada hari sabtu aku cergas, ceria dan gembira datang ke sekolah untuk mengajar kelas tambahan. siapa sangka, seorang guru yang sihat, aktif ke sana ke mari dengan beban kerja yang bertimbun-timbun telah mendapat mc hampir sebulan dan harus menjalani fisioterapi. sekembalinya aku ke sekolah, tiada lagi kelajuan berjalan di tahap maksima, tiada lagi jerit pekik di padang atau di makmal. yang ada hanyalah seorang guru menanti pelajar tiba di makmal sains atau makmal siber.

tapi keadaan itu berlarutan sekejap sahaja. tahun ini apabila aku sudah kelihatan cergas, aktif dan riang-ria ke sana ke mari aku telah ditimbunkan semula dengan semua kerja. namun, oleh kerana kegagalan aku untuk menguruskan masa rehat sendiri kerana terlampau obses dengan kerja maka PID aku timbul semula kali ini. aku tidak menyalahkan sesiapa tetapi diri aku sendiri. bak kata dr lim ah tee semalam, 90% effort comes from you. not me, your husband or friends.

banyak pengajaran berguna diperolehi sepanjang proses penyembuhan aku ini. paling penting, kita harus sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan dan harus sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan dan solat di awal waktu. masa aku tak boleh bangun waima menggerakkan badan ke kiri atau kanan (masa aku terbaring kt wad- kencing sendiri pun tak mampu-bayangkan), aku rasa sgt insaf. andai waktu tu Allah tarik nikmat boleh berjalan, macam mana aku nk mengajar. pelbagai perkara bermain-main dalam minda aku masa tu.

p/s: aku cuti lagi til 30july sbb sek aku ditutup krn h1n1. tiada yg postif cuma disyaki termasuklah cikgunye. aku baru berkobar2 nk g sekolah isnin nih. kwn2 kata g sek kena pakai

0 komen terulung:

Post a Comment