Ikut AiTotYati

21.7.09

cuti sakit

mungkin anda tertanya-tanya mengapa banyak sangat entry pada hari ini. waktu pagi pula tu. isk pelikkah? dan mungkin juga kawan-kawan yang mengenali saya tertanya-tanya mengapa saya menjenguk-jenguk blog anda pada waktu di kala semua orang sibuk menjalankan tugasan tidak kiralah sebagai seorang penjawat awam, atau swasta atau juga bekerja dari rumah.

iya memang pelik kerana aku seorang guru dan seorang guru tidak sepatutnya berblog pada waktu sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.

bagi menjawab persoalan kawan-kawan yang sedang berteka-teki itu, maka eloklah saya ceritakan perkara yang telah berlaku kepada saya yang menyebabkan saya telah diberikan CUTI SAKIT aka MC bermula 12 julai hingga 24 julai 2009.

apa? mengapa begitu lama?

sebenarnya aku telah disahkan oleh doktor HPAK yang aku ada PID atau lebih dikenali sebagai prolapsed invertebrate disc atau lebih popular dipanggil slipped disc. jika anda mahu tahu lebih lanjut anda boleh klik di sini. dan penyakit ini berulang semula kerana aku sendiri kurang menjaga keselamatan diri. jadi padanlah dengan muka aku ini.

oleh itu sepanjang proses penyembuhan ini aku harus menjalani fisioterapi. tidak kisahlah samada di pantai rehab center ataupun hospital besar melaka.

apakah kesan Prolapsed Invertebrate Disc terhadap penghidapnya?

ini aku cerita berdasarkan pengalaman aku sendiri. jika anda nak kongsi pengalaman and boleh tinggalkan komen.

1. punggung aku akan rasa sengal, kebas jika aku duduk terlalu lama di atas kerusi.
2. jika aku bersila, aku akan menghadapi kesukaran untuk bangun. (aku akan elakkan bersila)
3. jika aku terlalu lama berdiri atau cuba berjalan dengan laju aku akan terasa sakit di bahagian belakang.
4. jika banyak naik turun tangga aku akan rasa sakit di bahagian belakang badan.
jika ada kawan yang dengan sengaja menepuk bahagian belakang badan, kadang-kadang nyilu akan terasa.
5. trauma untuk mengangkat benda berat atau melakukan pekerjaan yang memerlukan aku untuk aktif.

tapi aku bukanlah manusia yang suka pada simpati orang. acapkali jika rakan-rakan bertanya adakah aku sudah sihat? aku akan jawab alhamdulillah. mereka menganggap aku telah pulih sepenuhnya dan bertimbun-timbunlah pekerjaan yang akan aku terima. aku tidak menyalahkan mereka kerana aku juga tidak pernah menolak jika diberikan tugasan. sebab aku berpegang pada prinsip 'Allah akan membalas atas segala perbuatan kita".

adakah persoalan anda telah terjawab? jadi sila jaga keselamatan, kesihatan dan pola pemakanan anda ya!!!


2 comments:

  1. Salam

    wah.. besar dugaan awak. gunakan tempoh ini untuk betul2 berehat supaya cepat sembuh. kena jaga fikiran juga.

    sejak umur mula dekat dengan angka 30 ni, saya baru la fikir nak jaga kesihatan. tapi... melaksanakan adalah suatu perkara yang lain pula. huhuhu

    ReplyDelete
  2. salam irtiyah,

    ya betul tu. kita harus menjaga kesihatan dan pemakanan kita. pengajaran paling penting daripada kes saya ini, jangan sesekali desk diri jika sudah tidak mampu (kerana saya begitu- tetap mahu buat yng terbaik untuk memuaskan hati banyak pihak sedangkan diri tidaklah sesihat mana).

    ReplyDelete