Ikut AiTotYati

10.7.09

sms sekolah

smlm khamis jam 8.40am sedang aku syok mengajar, aku dgr handset berbunyi dr hbeg. aku tak brp nk suka angkt tepon masa aku sedang menerangkan sesuatu pd pelajr2 aku!!! aku abaikan je. tapi bila dh dering til 3kali aku terpaksalah angkat.

"kak, pengetua nk jumpa"

"kenapa?"

"pengetua dpt sms megatakan smssekolah tidak diselenggara dengan baik"

berderau darah aku. menyirap pn ade. ni sape lak manusia yg wat komen mcm ni nih? hbs je kelas aku trs trn menuju ke pjbt. tapi pengetua takde. dia round sekolah ms tu. so 9.30-10.10am aku masuk kelas yg lain pula. btl2 tamat je kelas kerani opis lak tepon.

"pengetua nk jumpa, urgent"

aku trs trn. jwpn2 telah disediakn dlm otak aku.

sampai je opis, aku masuk bilik pengetua n duduk.

"saya dapat sms ni" pengetua tunjukkan satu sms yg dia dpt dari mypressto.
sms tu berbunyi gini, "salam tuan. sistem smssekolah tuan tidak diselenggara dgn baik."

aku jadi heran. mmg sgt hairan. tak pernah aku abaikan aduan ibubapa. tak pernah cikgu sekolah tak guna. aku log in sistem tu sehari sampai 6-7kali demi nk pastikan semua aduan dijawab or atau nk maklumkan info2 terkini sekolah.

akuu terangkan pd pengetua n siap buka sistem tu dlm opis die. pengetua pun jadi heran gak. semua aduan berjwb. mmg pelik tang mana lak smssekolah tu tak diselenggara?

pengetua suh aku tepon syarikat yg selia sistem tu. aku trs menuju kaunter opis n dial no mypressto.

satu suara menjawab. ini jwpn mereka.

" sms tu mmg kami hantar pd semua pengetua/gurubesar sekolah. sebenarnya ditujukan khas utk penyelaras smssekolah yang tak jwb aduan n kemaskini webnya.

nah ini jwpn aku,"lainkali tolong hantar pd orang-orang yang bermasalah aje ye. saya selia dgn baik tapi awk telah menyebabkan pengetua baru sy tu panik."

dia jawab, 'minta maaf cikgu. lain kali tak buat lagi"

aku jumpa pengetua semula n terangkan perkara yg sebenar. pengetua faham n die kata,
"saya pun hairan masa dapat smssekolah ni sbb saya tahu kerja cikgu sentiasa beres n mmg boleh diharap. saya kesal perkara ini berlaku. lain kali cikgu janganle marah saya."

hahaha. aku nk tergelak dgr perkataan marah tu. sebenrnya aku mmg takde niat nk marah boss aku tu cuma aku ni jenis klu nk menegakkan kebenaran mmg muka serius gile. mmg ramai org ingt aku mcm marah. sbb tu bila aku kuarkan arahan aku suka senyum2 n mcm santai padahal sebenrnya arahan aku tu harus dipatuhi.

so lain kali sila jgn jolok sarang tebuan!!!

2 comments:

  1. tatutnyeee hehehe..
    gurau je.

    ReplyDelete
  2. irtiyah, saya mmg serius apbl diberi sesuatu tjwb. jd apbl dpt komen yg tak best, saya pun jd tak bestv(sbb kita tau kita wat keje dgn bersungguh2). Bukan niat saya utk kelihatan marah tp itulah saya. Pelajar juga melabelkan saya guru yg sporting di luar kelas. Namun di dalam kelas, jgnle bermain apiv(ini ayat mereka bagi). Nanti kamu dapat panasnya =P

    ReplyDelete