Ikut AiTotYati

29.4.13

ABSORBER PEUGEOT BESTARI 206

selamat hari isnin kepada pembaca budiman.
semoga minggu ini akan lebih baik daripada minggu2 sebelumnya.

Dalam entry Servis 80,000km Peugeot 206 Ai ada cerita yang absorber belakag kena tukar tapi postponed kerana tiada dalam stok. jadi pada jumaat 26/4/13 yang lalu Ai dah selamat tukar absorber belakang tu. berikut merupakan kos tukar absorber belakang:

harga seunit RM303.90 x 2unit(sepasang) RM547.02 (less 10%)
labour caj RMRM28.80 lepas less 20%
total termasuk tax RM577.55

haaa itulah kosnye ye. 

sebenarnya ada kejadian semasa Ai menunggu absorber ditukar.
Ai duduk dalam showroom berseorangan sambil membaca buku, bermain note 10.1 dan minum air milo (pelagi perabih la kan yg ade dlm tu. hihihi). tiba-tiba ade seorang acik datang duduk di kerusi depan Ai (meja yang Ai duduk ni bulat dan ada 4buah kerusi).Ai pandang acik tu dan Ai lemparkanlah senyuman. Acik tu pun mula bercakap gaya nak ajak sembang. Ai tak kisahla nak sembang takde masalah.

acik: servis kereta ke?
Ai: tak, Ai tukar absorber belakang.
acik: oo ye ke. which one is your car?
Ai: oh yang tu (sambil tunjuk 206 Ai. so Ai tanya pula kereta dia yang mana). kete acik yg mana?
acik: yang tu (sambil menunjukkan 208 latest edition).
Ai: oh kereta baru ye acik.
acik: ye kereta baru. kat melaka ni baru SATU BIJI YANG ADE WHICH IS MY CAR.
Ai: ooo ye ke.
acik: anak I keje di peugeot kl tu. yang ni kereta ketiga yang dibawa balik. I cuma tahu drive je.
Ai: oooooo
acik: I dh pernah drive 508, then mpvnye tu. banyaklah. you kerja mana.
Ai: Ai tak keje. masih belajar (betul pe, Ai tengah cuti belajar ni).
acik: ooo patutlah.

hehhehe Ai senyum je. patutlah ape? patutlah Ai hanya mampu memandu 206 sahaja?

sebenarnya dalam hati mood nak sembang takde sangat sebab 'kawan karib' datang bertandang. Ai layankan jelah acik tu walau dalam hati ada sedikit meluat dengan acik tu (hahaha blame hormone Ai ye). Ai berdoa cepatlah kereta acik tu siap sebab banyak lagi butir2 dalam perbualan dia yang gaya meninggi diri.

hihihi tak baik. hari Isnin dah ajak readers mengumpat org. saje nk share cerita sini.
Tq (^_^)


6 comments:

  1. Memang menyampah bila ada org yg suka meninggi diri ni. Macam dia ajalah yg hebat.... huhu

    ReplyDelete
  2. Hmmm...mungkin dia rasa hebat bila boleh merendahkn org lain. Dah tabiat cam tu kot... bila dah tua payah nak ubah. Peringatan untuk diri sendiri ni jugak...kena pikir sebelum bercakap. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sweet tooth. buluh dah susah nak lentur.
      peringatan buat kita juga

      Delete
  3. perghhhhhhhhhh ayat acik tu
    penah jumpa jugak pesen mcm ni
    layan jelah..smbil ngutuk dlm hati
    hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu la. Ai pn sama luar senyum tp dalam hati. ohhhh tak daya nak melayan. kuikui

      Delete