Ikut AiTotYati

26.6.11

PERCUTIAN KE MEDAN, PART 2: parapat

part 1 ada di sini

lepas kami sampai tu, kami terus dibawa untuk makan tengahari
Ai dah lapar banget. mari makan nasi padang!!


jom intai lauk ape ade:
dah habis makan posing depan restoren ACC SM Raja.
dalam restoren ni ada surau. tapi suraunya campur. maksudnya pepandailah kome nak solat camne. biasanya lelaki di depan perempuan di belakang. 

walau restoren ni nampak mcm moden tapi tandasnya 'kurang menyelerakan'. 
sama juga masa di airport. ya tandas di medan enggak ade flush. harus jirus banyak2 selepas melepaskan hajat kecil atau pun besar.

ok lepas saje makan kami pun memulakan perjalanan ke parapat. 
perjalanan mengambil masa selama 4jam. masa dalam kenderaan belakang Ai dah macam sakit2 sbb terlalu lama duduk. yang menariknya, masa nak masuk highway tu ada tol so kena amik tiket tapi bukan manusia yang bagi tapi pemandu kena tekan tombol. tak sempat nk snap gambar. ala highwaynye kejap je dalam 20minit gitu. lps tu jalan biasa. jalannya kecil saje.

yaaa pengangkutan rasmi mereka. bunyi hon kenderaan tak payah ceritalah. sakit telinga duduk kat sana.

pengangkutan depa. depa duduk dalam ni macam sardin.


pondok polisi ini terletak di bawah fly over. tapi ramai je penduduk sana yang menjual makanan. masa kami berhenti di traffic light, akan ada orang yang ketuk cermin kereta untuk menjual sesuatu. oh sangat insaf melihat mereka yang berusaha utk hidup begitu.



setelah 2jam setengah perjalanan, kami berhenti sebentar di Permatang Siantar di kedai Paten. kedai ni menjual makanan berasaskan kekacang spt yang kamu dapat lihat pada gambar di atas. menarik bukan?




tapi Ai tak rasa pun, sebab was was. turun2 je Ai nampak anjing berkeliaran dalam kedai tu.
takmo Ai rasa. huhuhuhu


dan lepas tu kami sambung lagi perjalanan selama 2jam lagi. jalan di situ bengkakng bengkok lekuk lekuk. uihhh mmg tersangatlah mencabar tulang belakang.

dan kami tiba di Quality hotel di parapat. luas biliknye.

itu pemandangan daripada bilik hotel kami. memang nyaman. lps tu kami terus je dinner.




dan dah lepas dinner terus naik hotel, mandi dan tidur.



sambung di part 3 ye.


1 comment:

  1. wah bestnya yati pegi makan angin..tak ajak knur pun..huhu

    ReplyDelete