Ikut AiTotYati

31.5.10

HAZARD... HAZARDOUS?

hari ini setelah melalui 2kali kesedihan Ai dapat 3kesedihan.

satu kesedihan ialah pengetua kami akan berpindah ke Putrajaya.
kedua kesedihan ialah kawan sepanitia akan berpindah ke negeri sembilan (ok ok Ai faham Ai akan ambil alih kelas dia. macam tak biasa ajar form 5, kan?  last year buleh pulun 4kelas form5. kalau tahun ni diberi lagi kelas kawan Ai yg berpindah tu akan jadi 3kelas. Insyaallah kalau niat ikhlas buleh dapat result yang gemilang!!! )

tamat kesedihan satu & dua. mari ai cerita kesedihan ketiga.


ok gambar pertama itu ialah foto Ai memfoloow hubby ke... ke... ke... ke bengkel kereta. begini ceritanya...

setelah belum tamat majlis di sekolah Ai dah minta kebenaran keluar  ke GH utk fisioterapi. biasalah setiap isnin mmg Ai akan ke sana. sewaktu Ai berhenti di satu lampu isyarat, Ai telah meletakkan gear neutral. normallah kan if berhenti letak gear neutral. dan apabila lampu isyarat bertukar hijau maka Ai cuba nak masuk ke gear D tapi hamek kau gear tak mahu masuk. kejung keras kalau Ai tarik juga mahu patah kot. oleh kerana jalan itu menuruni bukit maka Ai hanya lepaskan brek tangan sahaja. masa ini Ai tidak panik cuma tertanya-tanya gaklah kenapa my baby pijot ni meragam. umurnya baru 1tahun 1bulan beberapa hari maka logiklah panggil baby, kan? cuma orang belakang Ai dah hon tak puas hati kenapa kereta Ai lambat bergerak macam siput.

Ai segera memikirkan cara terbaik dan Ai terus je bagi signal kiri sambil menekan pedal brek. tangan Ai terus je menekan lampu hazard yg terletak di tengah dashboard tu. Ai segera mematikan enjin kereta. dan kemudian on semula enjin. tapi gear tetap tidak mahu beranjak. Ai lihat jam pukul 1pm lebih. maka otak ligat berputar. Ai memutuskan menelefon hubby walhal tahu dia di sekolah. Ai tak kira telefon jugak. perjalanan pulang hubby mengambil masa lebih kurang 30minit jika tak jem tapi sbb tengahari maka jem maka jgn mimpilah dia akan sampai on the dot. maka Ai fikir lagi nk telefon sape lagi. Ai telefon bengkel kereta pijot ni (selaku pengedar dan tempat servis rasmi). telefon dgn harapan dia bagi tips tapi ko tahu jelah cha ya nun alif ni pk bisnes je. die suh Ai tepon insurans suh tow ke bengkel dia. cibai betul. opsss mencarut sorry. so Ai tepon kwn sekolah yg ade kereta sama mcm Ai (ok 2org saje ade kereta pijot ni di sekolah maka haruslah saling tanya menanya). tapi kwn pun tak pernah alamai perkara mcm tu so Ai dah mati kutu.

oleh kerana tersadai di tepi jalan tengahari buta dengan tidak beraircond maka ketiak pun melengas muka pun sama. tetiba Ai teringat nk sorok handbeg dan laptop. ko tau jelah kan tengahari buta sebelum ape2 jadi baik Ai sorokkkan brg2 berharga. ok walaupun, lokasi kejadian tidak jauh dari IPK Melaka tapi perasaan takut tetap ade. maka Ai berdoa dan terus berdoa. Ai biarkan enjin mati adelah kot dlm 10minit gtu. peh mmg sauna walaupun tingkap dibuka. well Ai tahu mmg banyak mata memandang tapi utk tolong Ai, tidak mungkin!!!  dan akhirnya setelah 5kali percubaan gear berjaya di tolak ke posisi D.

maka Ai selamat tiba di rumah. lps mandi solat terus ke bengkel. so foto pertama tu adalah kejadian mengekori hubby Ai ke bengkel pijot. foto yg seterusnya my baby pijot ditinggalkan di bengkel. mungkin satu, dua atau 3 hari blm dapat dipastikan. sangat sedih krn haruslah bangun lebih awal krn hubby akan hantar ke sekolah maka tak dapat tidur lebih lama. ngeeeee


ini foto lain pula. foto pada bulan lepas.. eh ke  dua bulan yg lepas... Ai selisih dgn hubby masa Ai nk g facial. masa ni hubby blk lewat sikit oleh krn appointment tu awal maka tidak buleh tunggu hubby. masa ni Ai di lampu isyarat tgh stop hubby pula dari jalan bertentangan masuk. yang kelakr tu masing-masing nampak kereta masing-masing kemudian sebuk nak telefon masing-masing maka talian masing-masing tidak dapat ditembusi. lps tu masa selisih buleh pulak main jelir-jelir lidah cuma tak dapat nk buat muka penyek kat cermin kereta. muka penyek? alalaaaa yg mcm penyekkan muka kat cermin tingklap tulah...hahahahaha



oh yg kamu nampak itu adalah side mirror kereta Ai. cuba kamu lihat awan dan pemandangannya. cantikkan? subhanallah.

best ape blm ada anak maka buleh keluar suka suka hati. lps ni nk cerita pula psl movie. 3hari kami tgk 3movie di cinema. ngeeeee. tapi selalu jugak dlm satu hari tgk 2movies di cinema. kire bajet marathonlah.. hehehehe...... walau apepun Ai sayang hubby Ai.

8 comments:

  1. ciannye pejot..
    mujur tak jadi pape..
    tadi pun anto en city servis since bulan ni die nak jalan jauh!
    take care babeh!

    ReplyDelete
  2. nurl~ tulah mujur tak kena langgar dari belakang ke.. ape ke..

    masyaallah minta simpanglah...

    weh drive carefully ya...

    ReplyDelete
  3. haha..weeee shomel..jelir-jelir lidah..

    ReplyDelete
  4. salam.
    kesedihan berganda ni datang tak diduga-duga.
    nak2 pasal kereta masuk bengkel ni.. nampak je ringgit berkepak melayang-layang..

    ReplyDelete
  5. salam yatie..alhamdulillah.yatie selamat..dan tak terjadi apa2 masa tu..

    ReplyDelete
  6. aimi~ chumles chumels buweeeks :B

    kak erna~ alhamdulillah kak. mujur gak jadi masa stop kat trafic lite. imagine if happen masa kereta tgh nbergerak n kereta belakang spedding, minta diajuhkanlah

    ReplyDelete
  7. kakpah~ mujur kereta masih under warranty kak. so bengkel tukarkan brg yg rosak tu je. alhamdulillah dah keluar dah si baby ni :D

    ReplyDelete