Ikut AiTotYati

9.4.10

LIFE BEGIN AT 40

dengan rasminya saya nak umumkan yang Ai telah berusia 29tahun pada 5april yang lepas. Ai tidak suka berahsia tentang usia kerana... usia hanyalah sekadar nombor. yang penting adalah sikap dan tingkah laku kita. sebab kadang-kadang Ai agak geram dengan orang yang dah banyak umurnya lebih daripada Ai tapi masih belum matang2 lagi. bertambah banyak  usia bermaksud semakin pendeklah kontrak Ai di muka bumi ini.sangat shock dengan pemergian arwah Yani mentor dan arwah Din beramboi pada usia yang muda. al-fatihah buat meraka...

my BFF di sekolah telah buat satu surprise party makan2 siap beli kek lagi. Ai terkejut dan sangat terharu. sebenarnya dah lama sungguh tidak menyambutnya dengan kawan2. maklumlah sejak dah kwen lebih banyak masa dihabiskan dengan Jekjek. dan yang paling tak buleh blah tu Ai dapat teddy bear. bukan kecik2 punye teddy bear heh. ni bapak teddy bear punye besar. macam tau2 je en hubby Ai tu selalu takde makanya buleh le peluk teddy klu hubby takde. en hubby sangatlah jeles bile kite sayang2 teddy bear tu. harharhar. tengok bear tu... buleh muat kat recliner Ai. en hubby sangat jeles bile sesambil menonton tv kite peluk en bear (^_^)



lambatlah lagi nak jam 3petang ni. di petang jumat yg mulai ini Ai ada kelas tambahan utk SPM. Ai malas nk blk umah sbb stay back di sekolah buleh settlekan keje2 yg tak sempat nak buat masa waktu persekolahan. bulan april mmg buzy... tak tak Ai tak merungut tapi cuma nak inform readers betapa Ai komited menjadi guru. takpe demi pelajar duit n masa sanggup Ai korbankan (^_^)



tadi seorang pelajar Ai menangis. dia ada masalah keluarga. bukan niat Ai buka pekung dadanya (sentuh pun tak.. :P) cuma Ai simpati. Ai dah cuak gak sbb masa Ai mengajar die termenung. dan tiba-tiba Ai nampak dia menangis. tapi Ai biarkan je dulu. setelah habis kelas, Ai tanya dia. tetiba die macam kena histeria. menjerit-jerit kata penat. woii aku penatlah!!! tapi Ai dengan steady cakap....

"takpe ***** saya biarkan awk menangis dulu. nanti awak dah lega saya dengar masalah awak ye"

habis je Ai cakap mcm tu.. terus dia diam. dan Ai terus mendengar.

Ai simpati dengan nasibnya tapi Ai hanya mampu bagi kata-kata semangat dan perangsang. simpati pada dia kerana punya ayah yang begitu. tapi sebagai anak kita tak boleh membenci ibubapa kita.ada satu part tu dia cakap, "cikgu, solat pun tak mampu beri saya ketenangan. saya rasa nak bunuh diri"

Ai suruh dia mengucap. sebab tu kita ada agama. Allah tuhan kita. mungkin jiwa remajanya memberontak tapi pelajar ini telah dan akan berada dalam pemerhatian Ai. doakan yang terbaik untuk dia....

9 comments:

  1. baru 29..lama lagi nak 40..bagus cik gu..selain dari dirumah..cik gu la tempat mengaduka..tapi anak dirumah ni ....cakap cik gu..percaya sungguh..

    ReplyDelete
  2. kak erna,

    hehehehehe... mmg jauh nak 4otahun tapi risau juga kak sebab Ai masih belum ada rezeki anak kerana itulah soalan yg diutarakan semasa mereka mereka tahu umur Ai menghampiri 30an. kak doakan saya ye (^_^)

    ReplyDelete
  3. Salam

    kita sebaya.. hepi belated bestday.. :)

    ReplyDelete
  4. wslm irtiyah,

    terima kaseyyy... dah agak dah kite sebaya..ngeeeeeeengeee (^_^)

    ReplyDelete
  5. kita 2 baya kan..? ai lagi muda dari u kan..? hahahaha..

    ReplyDelete
  6. happy birthday Ai @ Tot.......semoga murah rezeki selalu n semoga sihat selalu n dikurniakan anak untuk kalian berdua.....

    ReplyDelete
  7. lieya~ eh kite kan berbaya-baya :P

    feenaz~ aminnnnnn & terima kasey :D

    ReplyDelete
  8. pst2.
    bile bley kenal2kan aku dgn en bear itu? ahaks!

    ReplyDelete
  9. nuril~ anytime je babe, sbb en bear takut nk kuar umah. nanti kena tangkap perhilitan (^_^)

    ReplyDelete