Ikut AiTotYati

1.1.10

SIAPA BERHAK?

Aishah r.a. pernah bertanya pada Rasulullah saw.
"Siapakah paling berhak bagi diri seorang wanita?"

jawab Baginda saw..
"Suaminya"


"dan siapa pula paling berhak bagi diri seorang lelaki?"
jawab baginda saw.. "Ibunya"


cuma zaman sekarang ini sudah ramai lelaki yg terlalu menurut kata sang isteri. sayangkan isteri sampai terlupa dengan tanggungjawab terhadap ibu sendiri. buta menilai keadaan.

aku?

seboleh-bolehnya aku sentiasa mengingatkan suami ku agar tidak lupakan tanggungjawabnya terhadap kedua ibu bapanya. keredhaan ibu bapa penting. aku seboleh-bolehnya cuba untuk menjaga hati ibu bapa mertuaku. sebenarnya tiada istilah ibu bapa mertua dalam kamus hidup aku. aku sudah menganggap mereka spt ibu bapa kandungku sendiri. aku bertuah sbb punya ma ayah & mak abah. sebenrnya peranan seorg ibu juga sama pentingnya. aku telah dididik utk sentiasa mendahulukan ibu bapa mertua dalam segala hal. aku pernah cerita dalam entri terdahulu yg mak aku pasti 'kurang berkenan' jika aku terus pulang ke rumah ibu aku. dulu2 aku mcm memberontak juga tapi skrg aku semakin matang dan faham. syurga isteri di bawah tapak kaki suami. syurga suami di bawah tapak kaki ibunya. dan jika kita punya anak juga pasti kita mahu anak kita menjaga hati kita. jadi tunjukkanlah teladan yang baik dari anak itu masih kecil. terlalu memanjakan anak tidak bagus dan terlalu mengabaikan anak juga tidak bagus. jadi bersederhanalah.

renung-renungkan dan selamat beramal. opss dr izi pinjam tagline jap :D

4 comments:

  1. entry tahun baru yg begitu menyegarkan bagi mereka yang mahu renung2kan dan beramal ;)

    ReplyDelete
  2. yeah betul mari renungkan dan jangan lupa beramal

    ReplyDelete
  3. Salam
    saya setuju. InsyaAllah akan cuba amalkan.

    tq

    ReplyDelete
  4. irtiyah,

    yeah marilah kita amalkannnye
    (^_^)

    ReplyDelete