Ikut AiTotYati

Showing posts with label ubahsuai rumah. Show all posts
Showing posts with label ubahsuai rumah. Show all posts

18.5.13

MEJA LAMA TUKAR TEMPAT

biasanya orang buat meja lama tukar baru. takpun slealu lori yang masuk kat taman perumahan Ai ni jerit,
"tilam lama tukar baru"

tapi Ai pulak, meja lama tukar tempat jadi nampak suasana baru.
hihihihi

meja kayu

meja kaca

heee yang sebenarnya Ai cuma tukar 2 buah meja tersebut. asal meja kayu di tempat meja kaca dan sebaliknya. dulu masa ade Bleki, dia sangat suka tidur di atas meja kaca tu sbb btl2 kena aircond. so sebab Bleki dh takde dan nk mengelakkan terbayang2 maka Ai minta jek tukarkan kedudukan kedua2 meja.

tapi ade cerita masa nak tukar meja ni pada hari Rabu lepas.

masa tu Jek sibuk assemble set gundam dia. Ai pun requestla pd Jek minta tlg angkatkan meja tu. Jek kata mcm tak sesuai je letak meja kaca kat situ. so Ai akur je. terus diam tak cakap ape2. yela dah suami kata tak payah, takkan nak melawan kot. tapi entah macam mana tetiba Jek kata kemas brg2 atas meja2 tu, nanti abg tukarkan. hihihihi. Ai pun senang hati tlg kemas dan Jek pun angkatkan meja2 tu utk ditukarkan tempatnya.

brg2 yang ada di meja kaca ni semuanya hadiah drpd org. latest edition is the blue fruit bowl. Jek dapat smlm sempena hari guru. Ai tak letak buah tapi Ai buh kunci umah dalam tu. hihihihi. frame gambar ikea tu asalnya dari rak lain tapi saje gatal buh kt situ. Ai rasa agak tak berapa 'kena' sbb kerusi kayu jati match dgn meja kaca. tak kisahlah asalkan suasana dlm rumah nmpk sedikit berbeza. heheheh

p/s: bunga2 tu Ai yg gubah tau pada tahun 2010. ada dlm entry ni. dah lama rupanya gubahan ni. nk tukar baru mcm sayang sbb elok lagi bunga2 ni.



kawan-kawan suka tak ubah2 perabot dalam rumah?

9.5.13

PENGUBAHSUAIAN RUMAH- TEMBOK BELAKANG

semalam Ai cerita tentang anjung kereta yang sedang diubahsuai di sini 
selain daripada itu, Ai juga bina tembok belakang setinggi 5 kaki.
mari layan gambar semasa proses pembinaan tembok itu.

pagar asal hanyalah dawai biasa. bahagian berbatu ini juga dikorek dan disimen.

itu pekerja tu tidur masa rehat

ok masa ni beam dah ditanam

belah kanan tu rumah jiran. nampak tak Bleki di situ?

masa ni batu2 semua dah dibuang dan mula disimen

errr sambunglah boleh?

7.5.13

PENGUBAHSUAIAN RUMAH - ANJUNG KERETA

salam readers.

dah lama bercadang nak buat entry ni tapi kena tunggu masa yang sesuai. hahahhaha maksud sesuai?
biarlah Ai dan Allah sahaja yang tahu.

beberapa pengubahsuaian telah dilakukan di rumah kami pada januari yang lalu.
sebenarnya takdelah pengubahsuaian mana sangat pun cuma tambah dan bina apa-apa yang patut.
projek pengubahsuaian melibatkan anjung kereta dan bahagian belakang rumah.


1. anjung kereta
yang sebenarnya sejak duduk di rumah ini dari tahun 2007 memang tak buat sebarang penambahan melainkan pasang awning di belakang rumah. projek ini bermula apabila jiran baru mengusulkan untuk membuat tembok tapi kami minta postponed sebab duit tak berapa nak mencukupi. eh sekali dah cukup jiran baru taknak pula buat tembok tepi sebab dia dah tanam pokok. so duit yang ada dilencongkan untuk buat ubahsuai di anjung kereta.


tanah harus dikorek dahulu sebab kat sini ada batu bata



pasir dan batu dah tiba

tembok sebelah ni jiran sebelah yang buat.
ni salah susun

bila dah tanggal pagar dawai oh luas rasanya

tuan rumah lawat tapak.
Jek la tu. hihihi



ok tembok sebelah dah naik sikit.
ni anjung kereta sedang disimen sebelum dipasang dengan tile



errrr bersambung mungkin....?