Ikut AiTotYati

7.5.13

PENGUBAHSUAIAN RUMAH - ANJUNG KERETA

salam readers.

dah lama bercadang nak buat entry ni tapi kena tunggu masa yang sesuai. hahahhaha maksud sesuai?
biarlah Ai dan Allah sahaja yang tahu.

beberapa pengubahsuaian telah dilakukan di rumah kami pada januari yang lalu.
sebenarnya takdelah pengubahsuaian mana sangat pun cuma tambah dan bina apa-apa yang patut.
projek pengubahsuaian melibatkan anjung kereta dan bahagian belakang rumah.


1. anjung kereta
yang sebenarnya sejak duduk di rumah ini dari tahun 2007 memang tak buat sebarang penambahan melainkan pasang awning di belakang rumah. projek ini bermula apabila jiran baru mengusulkan untuk membuat tembok tapi kami minta postponed sebab duit tak berapa nak mencukupi. eh sekali dah cukup jiran baru taknak pula buat tembok tepi sebab dia dah tanam pokok. so duit yang ada dilencongkan untuk buat ubahsuai di anjung kereta.


tanah harus dikorek dahulu sebab kat sini ada batu bata



pasir dan batu dah tiba

tembok sebelah ni jiran sebelah yang buat.
ni salah susun

bila dah tanggal pagar dawai oh luas rasanya

tuan rumah lawat tapak.
Jek la tu. hihihi



ok tembok sebelah dah naik sikit.
ni anjung kereta sedang disimen sebelum dipasang dengan tile



errrr bersambung mungkin....?



6 comments:

  1. Simen semua ke kawasan belah tembok nak naik tu Ai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah simen sume biar luas sikit.hihi maklum tnh umh sekangkang kera je

      Delete
  2. Bolehlah saya parking kereta bawah anjung ni kalau ke rumah Yati .... hehehe

    ReplyDelete
  3. hihihi boleh kalau kereta kami tak parking bawah tu. ala YB, anjung kecik cuma muat 2buah kereta je. kawasan yang dikorek, ditambah tanah dan disimen tu dah buat tempat letak kucing2. hihihi

    ReplyDelete
  4. rumah saya masih dlm keadaan asal
    belum buat apa2 renovation pun..
    takde rezki lebih utk buat benda tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah bila anak2 dah besar nanti boleh buat:D

      Delete