Ikut AiTotYati

Showing posts with label parapat. Show all posts
Showing posts with label parapat. Show all posts

26.6.11

PERCUTIAN KE MEDAN, PART 2: parapat

part 1 ada di sini

lepas kami sampai tu, kami terus dibawa untuk makan tengahari
Ai dah lapar banget. mari makan nasi padang!!


jom intai lauk ape ade:
dah habis makan posing depan restoren ACC SM Raja.
dalam restoren ni ada surau. tapi suraunya campur. maksudnya pepandailah kome nak solat camne. biasanya lelaki di depan perempuan di belakang. 

walau restoren ni nampak mcm moden tapi tandasnya 'kurang menyelerakan'. 
sama juga masa di airport. ya tandas di medan enggak ade flush. harus jirus banyak2 selepas melepaskan hajat kecil atau pun besar.

ok lepas saje makan kami pun memulakan perjalanan ke parapat. 
perjalanan mengambil masa selama 4jam. masa dalam kenderaan belakang Ai dah macam sakit2 sbb terlalu lama duduk. yang menariknya, masa nak masuk highway tu ada tol so kena amik tiket tapi bukan manusia yang bagi tapi pemandu kena tekan tombol. tak sempat nk snap gambar. ala highwaynye kejap je dalam 20minit gitu. lps tu jalan biasa. jalannya kecil saje.

yaaa pengangkutan rasmi mereka. bunyi hon kenderaan tak payah ceritalah. sakit telinga duduk kat sana.

pengangkutan depa. depa duduk dalam ni macam sardin.


pondok polisi ini terletak di bawah fly over. tapi ramai je penduduk sana yang menjual makanan. masa kami berhenti di traffic light, akan ada orang yang ketuk cermin kereta untuk menjual sesuatu. oh sangat insaf melihat mereka yang berusaha utk hidup begitu.



setelah 2jam setengah perjalanan, kami berhenti sebentar di Permatang Siantar di kedai Paten. kedai ni menjual makanan berasaskan kekacang spt yang kamu dapat lihat pada gambar di atas. menarik bukan?




tapi Ai tak rasa pun, sebab was was. turun2 je Ai nampak anjing berkeliaran dalam kedai tu.
takmo Ai rasa. huhuhuhu


dan lepas tu kami sambung lagi perjalanan selama 2jam lagi. jalan di situ bengkakng bengkok lekuk lekuk. uihhh mmg tersangatlah mencabar tulang belakang.

dan kami tiba di Quality hotel di parapat. luas biliknye.

itu pemandangan daripada bilik hotel kami. memang nyaman. lps tu kami terus je dinner.




dan dah lepas dinner terus naik hotel, mandi dan tidur.



sambung di part 3 ye.


14.6.11

PERCUTIAN KE MEDAN, PART 1: DITINGGAL PENERBANGAN

tengok tajuk pun dah tahu, kan? takyahle Ai cakap banyak2.

iye buat pertama kali nak merasai terbang dengan enJekjek ke luar negara ecewah tapi kena tinggal dgn Air Asia.

dan memang pengalaman yang tak akan dilupakan. sebelum ni dah pernah terbang tapi tanpa enJekjek. dan sudah pernah ke luar negara juga tanpa enJekjek.


alkisah, kami bertolak dari rumah jam 5pagi. kemudian solat subuh di Seremban. dan tiket parking masuk ke LCCT menunjukkan jam 6.59pagi. terus je cek in. tapi kalau Allah dah kata kami akan ditinggalkan oleh kapal terbang, maka memang kena tinggal le. memang misteri..... dan kami terpaksa bli tiket baru dengan harga RM516. huh melayang lagi....




saje tayang kasut. hehehehe



ya ibu ib ibu dan bapak bapak sila kencangkan sabuk pengaman ya

pemandangan dari atas


ya ini dia Polonia international airport.
kecik je airportnye, lagi besar airport Miri tuh.

yaaa itu dia kijang. kijang tu toyota innova dan merupakan pengangkutan kami di sana.
group kami cuma 5 orang saje maka mmg selesa gile dalam kijang.

dari LCCT KL ke medan ni cuma ambil masa 45minit saje. 
macam melaka g seremban.
 
 
lepas ni sambung part 2 plak ye