Ikut AiTotYati

Showing posts with label kad kredit bank rakyat. Show all posts
Showing posts with label kad kredit bank rakyat. Show all posts

6.6.10

KAD DEBIT VS KAD KREDIT

wah Ai rasa dah masuk dlm mood nak HIANNABE: Hari Ini Aku Nak Buat Banyak Entry.
dan ini adalah entry kedua dalam masa 1jam. muahahahahahahah. entry pertama klik sini ye

Ai nak berkongsi tentang pengurusan kewangan pula. dan topik pada kali ini adalah tentang penggunaan kad debit dengan kad kredit. jika kamu tak tahu apa itu kad debit & kad kredit. meh sini Ai kupaskan. definisi ini adalah berdasarkan pengalaman penggunaan Ai dalam kehidupan seharian.

kad debit
kad debit ialah kad yang akan menolak baki wang dari akaun simpanan anda. kad debit yg memudahkan urusan harian tapi kome kenalah shopping kat tpt2 mcm Mydin ke, JJ ke... senang cerita yang ade logo papar boleh bayar dengan debit kad. dengan kad debit  ini kome tidak perlu mengeluarkan wang dari mesin ATM. dan kome tidaklah dikatakn berhutang kerana wang utk pembayaran barang-barang akan ditolak TERUS dari akaun anda tanpa dikenakan sebarang caj. dan transaksi pd hari tersebut akan terus dipaparkan dalam online banking anda. takde float float eh. cuma dalam akaun simpanan kome tu kenalah ada RM yakni wang. contoh-contoh kad debit yang aku sendiri pakai ialah: (semua gambar ehsan dari en ehsan eh silap bapaknya iaitu en Google)

kad debit maybank- kad yang ini Ai selaluguna di Jaya Jusco.
sebab JJ setakat ini hanya terima kad ini. *kutuk: apelah JJ. koman betul

kad debit public bank- kerap digunakan di Mydin hypermarket ataupun JJ.
tapi selalunya kat Mydin le.

kad debit CIMB- kerap juga digunakan di Mydin dan tenpat-tenpat lain.
ngeeee

apabila kamu dah leretkan kad debit ini, sebelum duit ditolak dari akaun simpanan kamu maka kamu perlu memasukkan nombor pin akaun simpanan kamu. masa nak key in akaun simpanan ni pastikan kamu tutup@cover daripada cashier nampak ye. manalah tahu die ade komplot dgn kwn2 di luar. nanti kamu dah keluar dari banguann shopping, hanbeg kamu kena ragut n duit kamu dikeluarkan pula. ok ok Ai imaginasi melampau sikit. oh setelah masukkan nombor pin maka kite akan terima resit dan resit tidak perlu ditandatangani. ok habis cerita tentang kad debit. meh Ai story tentang kad kredit pula

kad kredit
dalam entry yg lama2 Ai ada terangkan camno nak guna kad kredit ni.
meh baca dulu pengurusan kad kredit di sini.

tapi rasanya tidak perlulah Ai jelaskan tentang kad kredit ni. rasanya semua orang dah tahu tentang kad kredit ini. 

nama glamer kad ni ialah kad hutang!!! ia dipanggil sebegitu rupanya kerana tuan punya kad yg dah swipe kad kredit tu akan kena bayar duit yg dipinjam dari bank pada tarikh yang tertentu. kad kredit ini juga mempunyai had yang akan menyebabkan tuan punya kad kredit mcm tak reti nak urus sbb tuan punye fikir die punye banyak wang. padahal itukan duit bank. apabila tuan punya nk bayar barang maka setelah kad kredit dileretkan kamu kena tandatangan resit pembelian tu. dan kamu buleh bayar pada bank selepas itu. adalah diingatkan kepada pemunya kad kredit, bayaran hendaklah dijelaskan sebelum tarikh matang yg ditetapkan setiap bulan krn jika tidak kamu akan dikenakan faedah yakni interest yg akan menyebabkan hutang kamu akn meningkat berganda-ganda.

kesimpulan
Ai lebih suka menggunakan kad debit kerana ia mudah dan tidak menyebabkan kita rasa berhutang. ada duit beli barang, takde duit kome duduk diam-diam. (^____________^)

18.2.10

PENGURUSAN KAD KREDIT

dulu aku ade beberapa keping kad kredit:

1. kad kredit BSN islamic (visa & masterkad)
2. kad kredit Bank Rakyat (visa)
3. kad kredit Cimb (mastercard)
4. kad kredit Maybank (visa)

bila dicampur had limit kesemua cc (kad kredit), ia berjumlah rm30k. dengan had limit terbesar ialah CIMB sebanyak rm12k. uish kalaulah boleh tukar ke wang tunai, aku pergi umrah sekarang juga!!!


nanti jangan terpesong tajuk. aku nak cerita bagaimana untuk menguruskan kad kredit tu.

sebelum terlupa, aku dapat kad kredit tu sebab:

1. kad kredit BSN --> buat personal loan
2.kad kredit Bank rakyat --> jadi penjamin org nak wat loan
3 . kad kredit CIMB --> nak beli penapis air elken
4. kad kredit Maybank --> nak buat ez payment senang

tapi 2 drpd kad kredit tu aku dah terminate aka potong dua aka dimusnahkan sebab BSN & bank rakyat susah nak pantau. BSN takde online, leceh. Bank rakyat--> akaun aku asyik kosong je.

so skrg tinggal 2 kad kredit jelah. dua-dua pun sudah bayar government tax yg rm50 tu. aku bayar guna points yg terkumpul tu. aku redeem.

kenapa aku perlu kad kredit ?

1. nak beli minyak kereta. apa kau fikir minyak masakkah? selalunya aku mls nk withdraw duit dr atm. the best way plug in je kad kredit tu kat pam minyak tuh. heheheheh

2. nak buat ez payment utk bli perabot rumah. ez payment adalah 0% maka aku tak makan interest sbb aku selalu byr on time. aku suka ez payment sbb duit yg sepatutnya aku buleh byr cash tu aku dapat simpan n spend utk benda lain.

3. emergency--> tetiba ko takde duit cash. apa mau buat?


pengurusan kad kredit

ok barulah aku masuk tajuk sebenarnya. cara aku guna kad kredit mudah je:

1. sentiasa bayar kad kredit sebelum due date. MBB aku due date adlh pd 26hb setiap bulan. CIMB pula adalah pd 3hb setiap bln. maka aku akan pastikan ada amaun mencukupi dlm akaun utk buat pembayaran.

2. pastikan berbelanja mengikut jumlah tunai yg ada. jangan berbelanja lebih. ini untuk mengelakkan sakitkepala-fikir-mana-nak-cekau-duit-bayar-hutang-kad kredit.

3. sentiasa fikirkan KESUSAHAN untuk bayar hutang kad kredit . jgn fikir keseronokan utk berbelanja.

4. berbelanja utk yang perlu shj. contoh: kau nak balik kg tapi cash money utk minyak tiada maka bulehlah guna kad kredit utk bli myk. nanti bln depan dpt gaji mesti terus bayar.

5. sentiasa ingatkan diri yg riba tu haram. maka bayarlah on time. jika tidak maka haruslah kamu bayar bunganya itu.

6. disiplin --> jika anda tiada disiplin baik pakai tunai sahaja. faham?

7. nak lagi senang, TERMINATE je kad kredit tu. kan mudah kamu tak perlu nak uruskan lagi

:P