Ikut AiTotYati

Showing posts with label bunga bunga matahari. Show all posts
Showing posts with label bunga bunga matahari. Show all posts

19.3.10

PICASA 3








saje bereksperimen dengan picasa 3 ini. sebelum ini tiada kesempatan (malas sebenarnya :P)


mari lihat foto-foto berikut (kawan-kawan kliklah gambar utk besarkannya ye):

cerita mengenai Zaza ada di entry ini. janganlah malu-malu nak klik. so ini adalah foto sepanjang minggu ini. Zaza suka makan sayur & kuaci. Zaza juga suka tidur di atas rumahnya. bukan di dalam rumahnya. Zaza sudah pandai buat akrobatik. pantang nampak Ai atau hubby lalu mesti die macam tak sabar nak menyapa kami.





foto diambil khamis pagi sebelum bertolak ke kuala pilah. nampak hubby Ai? dia bajet nak mengacau le tu sbb Ai dok snap pictures kt cermin. sekali dgn sengaja Ai snap gambr dia melalui cermin tu. haaaaa menari lagi? :P






foto diambil semasa dalam perjalanan pergi & balik dari kuala pilah. pergi ke sana ikut jalan tampin je. oh sangat mendamaikan. tapi jika anda seorang perempuan.. awas krn jln sunyi dan kurang kenderaan.






balik dari kuala pilah kami ke hot spring Gadek. terletak dlm melaka aje. tak jauh hanya 40minit dr rumah. oh lokasinya dalah di alor Gajah. tiket dewasa masuk Rm4. kanak2 rm2 ye tuan-tuan atau puan-puan.






saje letak gambar makanan. Ai & hubby makan semua ni dalam bulan ni. ish cuba kira berapa banyak kalori? oh tidak tidak





ini kucing jiran yang suka bertandang ke rumah kami. sangat suka. petang tadi hubby rajin gi layan main. sangat chumels ok. yang gemuk macam garfield tu Ai pernah tulis entry di sini.






entry mengenai bunga matahari ini pula di sini.



baiklah. sekian, terima kasih :D

24.10.09

BUNGA BUNGA MATAHARI

gambar 1



gambar 2



gambar 3


gambar 4


gambar 5


Terbitnya sinar mentari
Saban hari
Mengejut mimpi
Dari lena
Riang kenari
Di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari

Anggun mekar
Di taman sari
Warna jingga
Suntingan hati
Bagai tanda
Kasih bersemi

Hangatnya sinaran

Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan

Bangkitkan citramu insan
Dalam diam menyambung warisan

Sekilas sinar mentari

Melewati di senja menanti



tuan-tuan & puan-puan hendaklah jgn jeles meliht bunga matahari itu. hehehehehehehe. hubby yang tanam sebab dia kata nak gantikan pokok bunga yang dia 'teracun' dulu. dulu tu tak ingat bila. tak payah nak pergi jepun nun tu nak tengok bunga matahari. kata suami saya. sepatutnya ada 5 kuntum yang mekar tapi bunga yang kiri sekali tu dah kuncup gitu. maka takdelah ditangkap gambarnya.

ok mari saya describekan gambar-gambar itu mengikut urutannya.

gambar 1 : itu pokok bunga matahari yang ketiga. hubby tanam 8 pokok semuanya. hubby tanam dari biji benih yang beli kat mydin tempohari. ala yg dah dikeringkan tu. itu adalah gambar bunga matahari yang masih belum kembang lagi.

gambar 2: bunga matahari itu terletak di pagar. saje nak tayang rumput orang sebelah. hahaha

gambar 3 & gambar 4: itu adalah upclose bunga matahari itu. 2kuntum dari pokok yang berbeza. yang dikelilingi oleh kelopak bunga matahari itu ialah koci namanya. sooo yang korang dok makan buah kuaci tu kan dari bunga matahari(ye ke?). oleh kerana saya tidak ada kamera yng canggih manggih maka tak nampaklah semut-semut yang merayap pada bunga itu (maklum je la eden guna handset je sony ericson s500i yg dibeli pd dec 07- skrg hset itu sudah rm599 je... cessssssssss)

gambar 5: tadaaaaaaaaaaaaaaa... itu semua adalah barisan pokok2 bunga matahari. semua ada 8 pokoks (hahahaha plural weh) tapi yg diambil gambar hanya 6 aje. kereta, motorsikal, pokok bunga, pagar, paip yg kamu nampak itu ialah jiran rumah sebelah saya. jiran sebelah saya masih single mingle bujang (eh terpromosi plak :P). rumah beliau ade rumput yang hijau, rumput yang hijau oh rumput yang hijau. rumah kami takde rumput yang hijau tu sebab kami letak batu (konon2 tak mau rumput tumbuh tapi rumput oh rumput kenapa kamu tumbuh?)


kenapa saya suka bunga matahari?
saya suka sebab warnanya ceria!!!!!! hati riang gembira melihatnya. serius best gile. masa pagi nak pergi ke sekolah bunga2 tu kuncup lagi. bila balik dari sekolah jam 5.00 petang gitu (ape? cikgu balik jam 5pm?) bunga-bunga tu dah kembang menawan. terasa seperti disambut dengan riang!!! sebenarnya saya suka nak berkebun tetapi sebab sakit PID maka dr tak galakkan saya lakukan kerja-kerja berat yang mungkin buleh mengancam pergerakan saya pada masa akan datang.

jadi... apa bunga kegemaran kamu? ehhhhh... jadi tag pulak. tak kira nak tag juga.hhahaha saya nak minta insa-insan di bawah jawab tag ini:

1. irtiyah
2. nuril
3. akubudaksabak
4. cik panda (emi.... kamu le)
5. cik hantu milo (yerrr nathirah kamu le)
6. pn luna (sue jangan buat-buat tak ingat pula yer)
7. pn akuza (haaaa kawan depan meja jangan buat-buat tak baca yer.... hihihihih)
8. dan sesiapa yang baca entri ini seterusnya rasa rajin nak jawab tag dipersilakan

kamu cuma perlu link kan blog saya, masukkan gambar bunga kegemaran kamu dan ceritakan sebab-sebab kamu menyukai bunga tersebut. mudah bukan? hehehehehehe

sekian, terima kasih.

yang menjalankan tugas,
SAYA YANG SUKA BUNGA MATAHARI